View: 179|Reply: 0
|
Apek elak NS ‘rosak’ hari jadi
[Copy link]
|
|
Fahmi tekad penuhi sasaran Presiden menangi semua piala\rHARI ini harus menjadi detik bermakna buat penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kerana menyambut hari jadi ke-23 menjelang perlawanan sumbangsih menentang Negeri Sembilan, malam ini.\r\n\n\n\n\r “Saya tekad untuk menjadikan esok (malam ini) hari jadi paling bermakna dan sebagai permulaan baik pasukan memenuhi sasaran memenangi semua piala seperti diidamkan Tan Sri Annuar Musa (Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan).\r\r\n\n\n\n\n “Kemenangan esok begitu bernilai untuk kerjaya saya dan mahu menghadiahkan kepada Tan Sri serta penyokong setia pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui, semalam. \rKhairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan Apek bagaimanapun tetap berwaspada dengan ancaman bakal diterima daripada Negeri Sembilan kerana beranggapan lawan adalah pasukan yang berbeza berbanding, tahun lalu.\r“Walaupun melakukan semua persiapan namun kami tidak boleh leka dan perlu berjaga-jaga dengan ancaman mereka. Saya akan cuba berbincang dengan rakan sepasukan yang pernah menentang mereka dalam pra musim sebelum ini kerana saya tahu mereka adalah pasukan yang berbeza berbanding tahun lalu,” katanya. \rSementara itu, penyerang sensasi The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha berharap gandingannya bersama pemain import (Dennis Antwi dan Muhamad Ghaddar) dapat menghasilkan kejayaan kepada pasukan.\r\n\n\n\r“Untuk perlawanan esok (hari ini) kita perlu berwaspada dengan pemain import mereka. Saya harap gandingan saya dengan dua pemain import dapat membantu Kelantan untuk menang,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|