Dari Abi Zar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “Jumlah para nabi itu adalah seratus dua puluh empat ribu (124 000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas (312).” (Hadits riwayat At-Turmuzy)
Samson atau Simson, merupakan seorang nabi di dalam ajaran islam yang dikenali dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS. Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa.
Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki kemukjizatan, iaitu dapat melembutkan besi, dan dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan turun-temurun di jazirah Arab. Cerita ini menjadi legenda sebelum Rasulullah lahir.
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali, diceritakan bahawa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang diutus di tanah Rom.
Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Kepahlawanan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin pada masa itu, yakni raja Israil.
Akhirnya raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un. Berbagai usaha dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasihat para penasihatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah ruah.
Ringkas cerita Nabi Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya. Kerana sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi Sam’un berkata kepada isterinya, “Jika kau ingin mendapatkanku dalam keadaan tak berdaya, maka ikatlah aku dengan potongan rambutku.”
Akhirnya Nabi Sam’um Ghozi AS diikat oleh isterinya semasa ia tertidur, lalu dia dibawa ke hadapan raja. Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan diikat serta dipertontonkan di istana raja.
Kerana diperlakukan yang sedemikian zalimnya, Nabi Sam’un Ghozi AS berdoa kepada Allah SWT. Beliau berdoa dengan dimulai dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah.
Do’a Nabi Sam’un dikabulkan, dan istana raja bersama seluruh penghuninya hancur beserta isteri dan para keluarga yang mengkhianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT, akan menebus semua dosa-dosanya dengan berjuang menumpas semua kebatilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti.
Ketika Rasulullah selesai menceritakan cerita Nabi Sam’un Ghozi AS yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, salah seorang sahabat nabi berkata : “Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam’un Ghozi AS. Kemudian Rasulullah SAW, diam sejenak.
Kemudian Malaikat Jibril AS datang dan mewahyukan kepada beliau, bahawa pada bulan Ramadhan ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahawa Rasullah Muhammad SAW tersenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika dimana seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing, masuk ke dalam syurga. Ada salah seorang nabi yang dengan membawa pedang, yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam surga, dia adalah Sam’un.”
Demikian kisah Nabi Sam’un Ghozi AS atau yang lebih dikenali dengan Samson atau Simson. Semoga dari kisah ini, dapat kita petik sebuah pengajaran di dalamnya.
owh.. kisah ni pernah dgr.. tp tak tau lak namanya sam'un ghozi a.s..
kisah pasal sorg nabi di ikat oleh isterinya dari rambutnya sendiri dan akhirnya semua yg khianat padanya dpt balasan..
sbb nabi ni tugasnya bkn mcm rasul, rasul diwajibkan memimpan dan menyebarkan ilmu Allah. Ada yg di beri kitab sbgi mukjizat, ada yg meneruskan ajaran rasul yg terdahulu. nabi pula tak diwajibkan memimpin.
Oleh kerana tugas para nabi berbeza – yang boleh pimpin umat, dan yang tidak boleh pimpin umat – maka dibekalkan mukjizat Maknawi kepada para Rasul, dan mukjizat Maddi (lahir) kepada para nabi.
Mukjizat Maknawi seperti tahan uji, tahan sabar dengan fiil pengikut, cakapnya masin, dll, selain diberi juga Mukjizat Lahir.
Manakala Mukjizat Maknawi tidak diberikan kepada para nabi, sebab mereka tidak diwajibkan memimpin umat!. Sekadar diberikan Mukjizat Lahir untuk mengerunkan musuh2 Islam, seperti boleh lompat gunung, berjalan atas air, dsb.nya.
Bestnya baca kisah nabi nabi..tak terbayang mukjizat mereka....tapi sekali sekala terlintas pulak aksi-aksi mcm cite X-Men dll yang memiliki kuasa mutasi...
Traditional locationTomb (Grave)תל צרעה - קבר שמשוןof Shimshon aka Simson (Ibrani: שִׁמְשׁוֹן Šimšon, Tiberias Šimšôn, Arab:شمشون Syamsyawn, Sam'un) and his father Manoach
Aerial view of the "tomb of Samson" at Zorah village aka (Sara'a village) aka Tel Tzora.
Shimshon aka Simson (Ibrani: שִׁמְשׁוֹן Šimšon, Tiberias Šimšôn, Arab:شمشون Syamsyawn, Sam'un) adalah hakim ke-3 dari terakhir dlam zaman Anak-anak Israel kuno, diceritakan dlam kitab suci Yahudi, Tanakh dan Talmud. Ia digambrkan dalam Kitab Hakim-Hakim bab 13 hingga 16. Dipercaya telah dimakamkan dkt Tel Tzora di Israel . Disana terdapat dua "batu" beso untuk Shimshon aka Samson dan ayahnya Manoah (Manoach) . Tempat ini berada antara kota Zorah (Tel Tzora) dan Eshtaol.
Shimshon aka samson artinye "yg berasal dari matahari" – mungkin untuk menyebut bahwa dirinya menebarkan "cahaya" dan perkasa, atau "Dia yang melayani Tohan".
Shimshon aka Samson adalah seorang tokoh seperti Herkules, yang menggunakan kekuatan fisiknya yang luar biasa untuk
bertempur melawan musuh-musuhnye dan melakukan beberapa aksi kepahlawanan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa: bergusti melawan singa, menghancurkan pasukan musuh dengan hanya menggunakan tulang rahang keledai, dan merobohkan
sebuah bangunan kuil palestine,di Tel Qasile
EB tak pelik pun dgn thread ni.
Satu masa dulu org tak tau pun ada nabi Daniel, nabi Samuel etc.
Keep up the good work Ace...
Enlighten us with more info
EB tak pelik pun dgn thread ni.
Satu masa dulu org tak tau pun ada nabi Daniel, nabi Samuel etc.
...
EmakBonda Post at 8-1-2012 19:54
Nabi Danial dlm english is Prophet Daniel
Nabi 'Asmuwail, Prophet Samuel
Nabi Zulkfli, Prophet Ezekiel
Nabi Yusha' , Prophet Joshua
Nabi Ilyas, Prophet Elijah
Nabi Khidir pernah ditugaskan utk 'membimbing' Nabi Musa serta saudaranya Nabi Harun..
2 rasul besar yg hidup sezaman dgnnya..
Seorg lagi nabi iaitu Nabi Yusha' menemani Musa sepanjang perjalanan manakala Nabi Harun incharge sementara kpd bani israel..