|
Effa akui belum pamer sentuhan pemusnah sebenar\r\"INI bukan jaringan terakhir saya, saya janji akan meledak lagi,” demikian reaksi Jean Emmanuel Effa Owona selepas meledak dua gol bagi membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Penyerang dari Cameroon itu yang beraksi bersama Hatta Club Dubai sebelum ini, mengakui dia belum mempamerkan sentuhan pemusnah sebenarnya dan percaya akan lebih tajam di depan gol selepas ini.\r\r\n\n\n\n\n “Ini satu permulaan dan saya percaya akan menjadi tumpuan pertahanan lawan selepas dua jaringan ini. Tetapi saya yakin ia bukan halangan kerana tugas saya adalah menjaringkan gol,” kata pemain 28 tahun itu.\rSementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah percaya kejayaan skuad muda bimbingannya melakar kejutan menundukkan Kelantan mampu membakar semangat mereka dalam menghadapi kancah Liga Super, bermula Selasa ini.\r“Bukan mudah untuk pemain muda bangkit daripada ketinggalan, apalagi menentang Kelantan yang dibarisi pemain berpengalaman dan ternama, tetapi pemain saya membuktikan sebaliknya.\r“Saya yakin kemenangan ini satu permulaan baik yang mampu merangsang semangat mereka beraksi lebih cemerlang dan meneroka lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.\r\n\n\n\rAzraai yang membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga tahun lalu mengakui faktor utama di sebalik kemenangan itu adalah strategi tepat dan komitmen tinggi pemain.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|