GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen KRT semalam menunjukkan Kim Jong-un menaiki sebuah kereta kebal di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
SEOUL - Korea Utara semalam memuji pemimpin muda baharunya, Kim Jong-un kelmarin dengan gelaran "genius antara genius" di dalam sebuah filem ketenteraan yang disiarkan pada hari lahirnya dan merupakan pujian pertama sejak beliau mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya.
Dokumentari itu mengisahkan kemuliaan Jong-un dan antara imej yang disiarkan ialah dia berada dalam sebuah kereta kebal dan memberi arahan kepada pasukan tentera bermeriam, tentera laut dan pasukan unit udara manakala anggota-anggota tentera mengalu-alukan pemimpin tentera tersebut.
Filem itu juga memuji Jong-un dan antara skripnya adalah: "Yang dihormati, Kim Jong-un yang sangat mahir dalam strategi ketenteraan serta memimpin pasukan tentera dengan sangat baik."
Askar-askar kemudian melompat kegembiraan melihat Jong-un.
Parti Komunis Korea Utara telah mengiktiraf Jong-un, yang dipercayai berusia lewat 20-an sebagai pengganti yang hebat kepada bapa beliau, Kim Jong-il, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu. - Agensi
cian penduduk korea utara...
otak mereka dah dibrain wash utk memuja dan menyembah pemimpin tertinggi mereka....
kalo ar korea utara dipimpin oleh pemimpin yang berfikiran terbuka...
sahsah korea utara akan maju seperti korea selatan dan negara negara lain yang berjiran ngan mereka
taksubnya diaorg ni dengan pemimpin sendiri.. adoi la..
sosimple Post at 9-1-2012 22:42
Saya pernah pegi Korea Utara...... Kaki Kembara.. Kesimpulan Saya
1. Negara yang paling bersih sebersih bersihnya.. air longkang dia sangat jernih dan mcm boleh mandi...
2. Rakyat Korea Utara sangat polite dan berdisiplin...
3. Org Korea Utara berprinsip dan dan beradab masa makan.. Tak suka membazir...
4. Dakwaan mengatakan kebuluran di Korea Utara adalah pembohongan besar Amurika.. mmg ada kemiskinan dan kebuluran tapi sangat terpencil...
5. Org Tua baya-baya nenek datuk kita masih rajin membaca , jauh lebih advance sebab baca pasal roket scientist..
6. Keindahan natural mmg sangat cantik...
7. Pukul 8 mlm dah suram dan mcm bandar vampire..gelap.. Fasilitas 20 tahun kebelankang berbanding malaysia samada Hotel, Transport dan kedai..
10. untuk kaki berhibur, sorry sebab ini adalah Negara paling membosankan di dunia.
11. Org Korea Utara respek sama org Malaysia sebab era 70 kita sama-sama develop dgn dia...
ada bagus dan baiknya Presiden dia didik rakyat Korea utara supaya sayang dan setia pada pemimpin...
Kalau Seri Paduka Baginda YDP Agong atau PM meninggal adakah kita akan menangis dan meratib mcm kehilangan keluarga tersayang????
Aku cadangkan ko pergi melawat Korea Utara via Beijing naek Air Koryo.. stay sana seminggu.... Harap dapat merubah persepsi ko terhadap Korea Utara... jangan terpengaruh sangat dengan Youtube atau cite buruk pasal North Korea Sahaja...
yg aku tgk tentang rakyat nya sndiri yg ngaku terseksa sampai nak lari dari korea utara tu cmner????ko tinggal kt mana di sana???
tak boleh simpan hp/kamera kan??????
yg aku tgk tentang rakyat nya sndiri yg ngaku terseksa sampai nak lari ...
mawarputih2612 Post at 10-1-2012 14:12
Aku tak jumpa plak rakyat yang mcm tue.... Tapi org yang nak lari ni maybe bukan mewakili DPRK... mcm kes Lina Joy dan beberapa org yang nak keluar malaysia.. adakah mereka mewakili Malaysia??
Budaya Org Korea utara masih menebal dan tak terhakis... Yang itu mmg kita malaysia kalah... pasal hp/camera tue , gomen diaorg larang bawa .. tapi time aku pegi boleh bawak dslr dan iphone aku, lepas plak masa checking... tapi anti amerika mereka sangat dasyat....
letak la gambar ko ambik dari sana pulak
tol ker masa kim jo ...
mawarputih2612 Post at 10-1-2012 14:30
segan la nak upload gambar...
tsnys pskcik gugel je la kalau nak tgk picca...
entah la kalau ada hukuman mcm tue.... believe me mereka tak sezalim tue, tapi kalau tgk propaganda anti amerika mesti kita akan benci ngan amurika... mereka ni dididik supaya menghormati dan menyayangi presiden mereka... rasanya sebelum start class kat sekolah mereka kena bow dulu pada gambar presiden...
I suggest to u... pergi la visit Korea Utara kalau ada Matta fair kat PWTC, better stay kat homestay jangan duduk kat Hotel...
ala perang..........letak la gambar ko sndiri...sambil tu ko citer la...
sbb nyer gambar ko sendiri, ko sendiri yg citer...kalau org nak tanya lebih2 pun boleh....
google tak leh cayer sgt...tgk sndiri google translate
homestay?????
cmner nak bcakap dgn dorg ???
ckp korea selatan aku pndai skit2 tgk kt drama tv hari2
Maybe dari kecil mereka mmg dah dididik mementingkan disiplin, kemudian ala2 tentera plak tu (komunis)........tapi kat sana ada jual nasi goreng tak? kalau ada leh la pegi......hehehe.....