CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4776|Reply: 26

Pelajar cemerlang dapat rumah

[Copy link]
Post time 17-1-2012 08:16 PM | Show all posts |Read mode

SAMANTHA GARVEY dipeluk ibunya,  Olga Garvey (kiri) dalam satu sidang media di  di Sekolah Tinggi Brentwood, New York kelmarin.



BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.
Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.
Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.
Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.
"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.
"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.

samantha menunjukkan segenggam kupang yang merupakan sebahagian projek sainsnya kelmarin di Sekolah Tinggi Brentwood, New York.



Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.
Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.
Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.
Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.
Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2012 08:18 PM | Show all posts
Tahniah.. kamu lebih jauh lebih bagus dari GoalKeeper yang dapat hadiah rumah tapi penuh dengan kontroversi .. putus tunang, pegi clubbing, bersosial dengan perempuan bimbo tanpa batasan agama dan paling penting penting IQ rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 08:22 PM | Show all posts
Cantik gak girl ni....good for her
Teringat movie 'Homeless to Harvard'
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 10:49 PM | Show all posts
teringat kisah sorg student pompuan negro yang disiarkan dalam rancangan oprah
homeless student yang sukses dalam study...
akhirnya ditawarkan belajar kat sebuah universiti yang berprestij kat US
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 10:55 PM | Show all posts
beauty with brain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 07:55 AM | Show all posts
beruntung...satu kelebihan........
pandai ada pula ganjaran....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 10:24 AM | Show all posts
terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 10:46 AM | Show all posts
Tuah ayam nampak di kaki..Tuah manusia sape yg tau...Rezeki..Sumer Allah yg bg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 11:55 AM | Show all posts
cun gila wei..nk ngorat la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 02:12 PM | Show all posts
Reply 3# Keduarc


    sedihkan cerita tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 02:14 PM | Show all posts
Reply  Keduarc


    sedihkan cerita tu....
krieysa Post at 19-1-2012 14:12



    Aah...sedih...suka tgk girl yg berlakon movie tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 07:00 PM | Show all posts
Reply 3# Keduarc

yg homeless to harvard tue based on true story gaks

kisah Liz Murray...cantek gaks kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 07:48 PM | Show all posts
Reply  Keduarc

yg homeless to harvard tue based on true story gaks

kisah Liz Murray...cantek  ...
ciksurie Post at 19-1-2012 19:00



    Haaa...yes Liz Murray...tq bgtau, iols lupa dah namanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 11:02 PM | Show all posts
pelajar bodoh dapat apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 01:27 AM | Show all posts
Reply 14# eltoro


   dapat flying kick la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 10:55 AM | Show all posts
baguslah...  pendidikan mmg boleh ubah cara hidup kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 05:34 PM | Show all posts
cantiknya dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 08:00 PM | Show all posts
aku jatuh cinta
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 08:01 PM | Show all posts
Reply 2# perang_sivil


    well said..actually berry start suka tgk bola sebab dia..(bukan sebab rupa paras tapi kebolehan dia menyelamatkan maruah negara)..tapi kenapa cepat sgt hanyut kawan dgn betina2 garik..plss la..

Anyway tahniah pelajar ni dpt rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 08:04 PM | Show all posts
Reply 12# ciksurie


    kisah lizz murray ke dia tu pelakon nyer?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.473562 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list