CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Belum panas lagi!

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rehat seminggu beri peluang pasukan perkemas barisan pemainSELEPAS empat perlawanan, penyandang juara Liga Super, Kelantan gah mendahului saingan dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri, serta satu-satunya pasukan yang kekal dengan rekod tanpa kalah.\n\n\n\n   Terengganu - naib juara musim lalu - di tangga kedua (9 mata) selepas bangkit daripada kekalahan pertama kepada Perak sebelum merakam tiga kemenangan berturut-turut.\n\n\n\n\n   Perak yang juga mengumpul sembilan mata, menghuni tangga ketiga manakala tiga pasukan - T-Team, Negeri Sembilan dan Lions XII - mengumpul tujuh mata untuk mengisi tangga keempat hingga keenam.FELDA United, Selangor, Sarawak dan Sabah mengisi tiga tangga terakhir di atas zon penyingkiran manakala PKNS, Johor FC, Kedah dan Kuala Lumpur masih tercari-cari rentak (kecuali Johor FC) untuk berada dalam kelompok tercorot liga.Namun kedudukan itu bukan boleh dijadikan gambaran sebenar kekuatan musim ini yang buat pertama kali menampilkan semula pemain import selepas lima tahun kerana beberapa pasukan masih tidak dapat menurunkan penyerang importnya seperti Sarawak dan Selangor (akibat kecederaan).Pengendali Sarawak, Robert Alberts mengakui barisannya mengalami masalah tindakan penyudah kurang berkesan.\n\n\n“Ketumpulan barisan depan yang dibarisi pemain muda tempatan menjadi punca kekalahan tipis kami kepada Sabah dan Terengganu, tetapi saya yakin selepas masalah ini diselesaikan dalam masa terdekat, Sarawak akan mula merakam kemenangan,” kata Alberts.Irfan Bakti Abu Salim turut mengalami masalah serupa apabila import yang diharapkan, Lelo Mbele masih belum mampu diturunkan.“Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Selangor musim ini. Selepas isu penyerang diselesaikan, saya yakin kami akan bangkit,” kata Irfan.Yang pasti, kehadiran penyerang import belum menampakkan perbezaan ketara apabila senarai penjaring masih dikuasai pemain tempatan dengan Zairo Anuar Zailani mendahului dengan tiga gol, diikuti tujuh pemain dengan dua gol dan hanya Jean Emmanuel Effa Owona dari Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pemain import dalam kelompok itu.Selepas tarikh tutup terbaru pendaftaran pemain import dilanjutkan kepada 13 Februari, setiap pasukan dijangka menggunakan tempoh rehat seminggu Tahun Baru Cina ini untuk merangka pelan B masing-masing memantapkan pasukan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.314045 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list