CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6583|Reply: 17

Awas : IPhone Tiruan

[Copy link]
Post time 28-1-2012 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Kalau rasa pakai tu bateri cepat kong, ha memang sahle itu tiruan
telor dan daging pun boleh ditiru, ini kan plak iphone, kacang je tu





Ditangkap kerana jual iPhone palsu
[size=78%]Iphone asli di sebelah kiri dan iPhone tiruan di sebelah kanan.


SHANGHAI: Polis China telah menahan lima orang kerana membuat dan menjual telefon bimbit iPhone tiruan.
Menurut polis, mereka yang ditahan adalah sebahagian daripada kumpulan terancang yang membeli komponen telefon bimbit di Guangdong di selatan China dan memasangnya di sebuah apartment sewa di Shanghai.



Kira-kira 200 telefon bimbit itu dirampas dalam sebuah serbuan. Kos untuk membuat sebuah telefon bimbit iPhone yang menggunakan sebahagian komponen asli adalah kira-kira 4,000 yuan (RM 1,200).

Harganya di pasaran gelap dan internet, kurang beberapa ratus yuan berbanding iPhone asli keluaran Apple Inc. Menurut polis, iPhone tiruan itu mempunyai fungsi yang serupa dengan yang asli tetapi jangka hayat baterinya lebih pendek.
Seorang anggota polis berkata, “Susah untuk pengguna biasa membezakan yang tiruan dengan yang asli.” Tiada pegawai Apple yang dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

China sering dikritik kerana membiarkan harta hak intelek dilanggar dengan meluas dan barang-barang jenama mahal seperti jam tangan, beg dan perisian komputer yang dicetak rompak, boleh didapati dengan mudah di kedai.

Pelbagai versi iPhone juga mudah didapati. Telefon bimbit versi ‘hiPhone 5’ yang ditiru melalui gambar yang telah disebarkan, juga sudah dijual. -Reuters
kredit : hmetro.com.my
Info Gallery - China kerap mengeluarkan telefon bimbit atau barangan elektronik yang menyerupai jenama terkenal seperti Nokia dan Apple.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 07:53 PM | Show all posts
teringat masa aku pergi KK tahun lepas..ramai jer datang jual ipon 5 kat aku...design luar mmg sebijik ipon tp tgk os dah tau lain..xtahan siap ada stylus tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Iphone tiruan ni kalau sesiapa yg biasa dengan iphone tentu boleh tau.. Sbb ios dah lain, kalau buka setting, general, about.. Pun boleh tau.. Tengok versi dan model...

Tapi bagi yg tak tau apa2 tentulah mudah tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:45 PM | Show all posts
pehh...naya je klu kena tipu....:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 02:34 PM | Show all posts
ade tips camana x nak kena tipu?bg yg x biasa dengan iphone ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 03:35 PM | Show all posts
Reply 5# tockmatt

Setting - General -About (Tgk version kalu yg latest 5.0.1) itu adalah ori...kalu tulis merapu kat bahagian tu sah tiruan...dan UI dia nmpk sgt tk smooth mcm ada delay sikit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 06:14 PM | Show all posts
klu lh diaorg jual yg tiruan tu rm300, sanggup kot aku beli.

haha, teringat aku kt satu insiden masa aku prgi ke sebuah pekan. ade la kedai mamat ni jual sweater nike hrga rm70. then, dia mati2 convince aku yg itu fresh n original. dia ingt aku ni budak 7 thn ke nk kne tipu? haha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:06 PM | Show all posts
Kos untuk membuat sebuah telefon bimbit iPhone yang menggunakan sebahagian komponen asli adalah kira-kira 4,000 yuan (RM 1,200).
boyagombak Post at 28-1-2012 19:48



    Sebahagian komponen asli tuh. Haku memang tabik dgn engineeer2 tak bertauliah China neh, research, curik info sana sini pastu buat phone sendirik. Yang kat malaysia ni bunyi nyer dasyat2, tp berlonggok ramai2 kat forum lowyat jah.   Iphone keluar je beratur ramai2 nak jadi the first katanya.

Btw banyak brg2 made in malaysia tak dijual di malaysia sendiri. levi's, adidas, tommy, zara pun ada made in malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 05:49 PM | Show all posts
nak decide nak beli iphone tiruan made in taiwan...ada sapa2 pernah pakai?
harga dia 450..saya tak pasti la os apa..ingat nak g cek sabtu ni
haritu husband dah tgk, dia kata mmg sebijik la iphone klu dari segi fizikal

mcmana nasihat forumar2 sekalian?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 06:57 PM | Show all posts
Reply 9# andra

Dari beli ipon tiruan yg belum tentu tu baik amik fon android yg murah2 jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:19 PM | Show all posts
Kalau rasa pakai tu bateri cepat kong, ha memang sahle itu tiruan
telor dan daging pun boleh ditiru ...
boyagombak Post at 28-1-2012 19:48


macam pernah baca je, article ni tahun lepas,,, dah basi ni kucing..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:50 AM | Show all posts
xiemean boleh bagi contoh android yg murah tak? murah tu berapa? dan ori ke yg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:21 AM | Show all posts
Reply 10# xiemean


Sekurang-kurangnya dapat ori ye tak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 03:47 PM | Show all posts
Reply 12# andra

Android yang murah boleh try samsung galaxy y..dlm 400 lebih
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:01 PM | Show all posts
Reply 12# andra


berlambak sesgt..hehe..if nak beli 2ndhand pun-byk je kat lowyat forum.coz kat situ,ramai yg jenis gila beli hp,pas 2-3bln nak tukar..

like myself-dah deal beli Huawei Ideos X5 ,dpt rega 540 je. dia baru guna sebulan..hehe..

if nak yg baru,galaxy y murah..ideos x3. csl pun byk yg ok rasanya-siap dual sim lagi.
cuma kena rajin usha forum la: http://forum.lowyat.net/index.php?showforum=72
carik la mana berkenan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:03 PM | Show all posts
bukan apa cik kak-beli tiruan,if waranti mau cari sape?
jgn la pk sebab nak bergaya je..huhu..

the main pron is fon tu mebi meletup ke, or if rosak-kedai mana mo anta?
nak upgrade apa2 ke,susah la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2012 09:12 AM | Show all posts
saya beli iphone4S tiruan berharga RM150 fi guangzhou..sampai now saya bagi org pakai ok je.cuma takda wifi..sama betul..bila compare dgn iphone ori sya...kalau jual kat sini pun terang2 org kena tipu..
lagi pula iphone4S tiruan feature sama dgn S punya..sebab saya punya takda S..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 10:06 AM | Show all posts
Reply 9# andra

Nasihat saya x payah la beli tiruan. Sebab memang lekat2, screen x cantik, software lak bukan dari apple store. Software dia yg cina yg reka tu je. Memang fail. Bettert beli samsung.

Rupa je sama, tapi dalam berbeza sgt2. Lamgsung bukan iphone.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.729875 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list