CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

MNCF salah pemandu punca kemalangan

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAH keselamatan sudah dipertingkatkan namun kelalaian pemandu dikatakan antara punca menyebabkan pelanggaran membabitkan empat pelumba negara yang sedang berlumba bagi pemilihan ke Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC).\rTimbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Naim Mohamad berkata kemalangan tidak berbau itu menyebabkan tiga pelumba Masziyaton Mohd Radzi, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid diberikan rawatan ke Hospital Putrajaya sementara Mariana Mohamad yang mengalami kecederaan serius dibawa ke Hospital Pakar Damansara. \r\n\n\n\n\r  “Daripada segi keselamatan, kita sudah mendapatkan kerjasama polis trafik dan kita juga mempunyai marsyal yang bertugas,” katanya selepas melawat Mariana di Hospital Pakar Damansara, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Naim berkata Mariana, 34, yang sebelum ini patah tulang selangka akibat kemalangan pada Sukan Asia Guangzhou 2010, berada di kelompok depan pelumba dan menyebabkan dia terkena impak paling besar apabila melambung dan basikalnya patah dua hingga menyebabkan tangan kirinya patah manakala lutut kanannya berlubang.\r“Doktor yang merawatnya mengesahkan dia perlu berehat selama tiga bulan kerana kecederaan itu membabitkan kepala lutut. Selepas pemeriksaan x-ray tadi, rahangnya juga didapati bengkak dan juga rusuk kirinya retak.\r“Dalam kes ini, kita merasa terkilan kerana Mariana antara taruhan utama negara dalam acara lebuh raya wanita di ACC nanti. Apa pun kita bersyukur tiga pelumba lain hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah dibenarkan pulang,” katanya.\rSementara itu, jurulatih lebuh raya negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan, berkata perlumbaan semula pemilihan pelumba lebuh raya wanita dan remaja lelaki tidak akan diadakan semula berikutan kemalangan itu.\r\n\n\n\r“Kami tidak boleh melakukan pemilihan hanya berdasarkan perlumbaan yang berlangsung selama dua pusingan, jadi kami harus membawa perkara ini ke meja rundingan untuk memilih pelumba ke ACC 2012,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.378902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list