CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 6

Musykil...tentang penjamin aka gurantoor

[Copy link]
Post time 30-1-2012 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Saya ada pertnyaan disini jikalau kita dah settle loan kita but dalam masa yg sam kita jadi penjamin kpd org yg x settle loan dia..makna nya nama kita sekali black list ka or kita still bole buat loan lain mcm loan keta...atas budi bicara pihak bank ka or mmg kita layak coz nama kita bersih dari sebarang loan kecuali jd penjamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 02:02 PM | Show all posts
kalo orng yg kita jamin tu x bayor utang, maknanya dgn penjamin skali akan kna blacklist
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 02:49 PM | Show all posts
sebenarnya kene tgk dan baca serta fahami term and conditions sebagai penjamin....namun....Kebiasaanya ( aku lebih suker guna ayat WAJIB )...mmg penjamin akan turut terbabit sama kalau peminjam tak bayar....kalau peminjam diblacklist ...bank akan carik penjamin....dan jika penjamin TAK BOLEH Bayar amaun yg gagal dibayar oleh peminjam maka akan sampai satu tempoh yg penjamin akan turut diblacklist....bukannya k=jika penjamin diblacklist hari ni..penjmain akan turut diblacklist pada masa yg sama....

Kebiasaannya Bank akan cuba carik jalan penyelesaian dengan penjamin dan jika menemui jalan buntu maka...jeng3x...penjamin akan disenaraihitamkan...

SBBNYA........aku hampir2 diblacklist oleh Bank ( penjamin Bank Rakyat )....tp disebabkan aku bayar sikit2 tetiap bulan.....sehinggalah isteri penjamin buat loan sbb nak settlekan utang suaminya...maka terlepas gak aku ....CUMA....daripada tempoh aku membayar sbb takmo kene blacklist tu udah abih riban2 duit aku wooooooo....

TAPI....lepaih tu Bank rakyat siap offer aku buat loan dengan depa ( kes khas - 2 hari lulus )....sbb keprihationan aku membayar duit peminjam...hehehehehe.............

ini kes dah lama..hampir sedekad yg lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:26 PM | Show all posts
mcmana ye,kalo penjamin  tu  x nak bayau,sbb peminjam ni sengaja je x bayau.
siap dia tambah harta,bli keta cash lagi 2nd hand la....
bini penjamin x bagi  penjamin ni bayau....
bole ke kalo penjamin settlekan utang tu dn wat surat perjanjian agar peminjam tu bayar balik kat dia?sbb dh selalu kene....penjamin dn peminjam ni adik beradik....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:53 PM | Show all posts
ni menjamin ape ni? kete ke umah ke or personal loan?.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 01:47 AM | Show all posts
Bole ajer buat perjanjian di antara keduanya. tapi kalau si penghutang tak nak bayar jugak maka back to square one.
Sedangkan dengan institusi kewangan pun tak nak bayar ini kan pulak individu yang di kenali...wassalam lah jawabnya.

Penjamin kenalah buat surat perjanjian terlebih dahulu sebelum melunaskan hutang.
Penjamin boleh mengadukan hal ke Jabatan Timbang tara dengan mengetahui di mana tempat tinggal peminjam dan kebuktian kebolehan peminjam membayar pinjaman untuk melucutkan hak sebagai penjamin kepada peminjam.
Tapi nanti saya kena check tu secara detail macam mana jalannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2012 02:03 AM | Show all posts
Institusi kewangan berhak menggunakan budi bicaranya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap peminjam dan penjamin sama ada secara serentak atau selepas kehabisan ikhtiar dari segi undang-undang terhadap peminjam.
Namun demikian, mulai 1 Oktober 2003, Akta Kebankrapan 1967
memperuntukkan bahawa bagi penjamin sosial, iaitu, seorang yang memberi jaminan untuk tujuan seperti berikut:
• Pinjaman, biasiswa atau bantuan untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan
• Transaksi sewa beli untuk kenderaan persendirian atau bukan untuk perniagaan
• Perumahan untuk kediaman sendiri
pemiutang ( institusi kewangan ) tidak berhak untuk memulakan tindakan kebankrapan melainkan ia dapat membuktikan bahawa ia telah kehabisan ikhtiar untuk mendapatkan balik semua bayaran yang terhutang oleh peminjam.
Tambahan pula, untuk pinjaman peribadi yang berjumlah sehingga RM250,000 yang diambil selepas 26 Mei 2001, institusi kewangan adalah dikehendaki untuk menggunakan usaha terbaiknya  untuk mengutip semula hutang daripada peminjam dan hanya boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap penjamin selepas satu tahun dari tarikh tindakan undang-undang dimulakan terhadap peminjam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040901 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list