CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

‘Senduk, periuk nasi bom Bali’

[Copy link]
Post time 12-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Suspek pengganas Indonesia dikenali sebagai Demolition Man kerana kepakarannya mengendalikan bahan letupan memberitahu penyiasat dia menggunakan bahan asas di rumah termasuk senduk nasi dan penimbang dapur untuk menghasilkan bom besar yang memusnahkan kelab malam di Bali.\rSelepas lebih sebulan menjalankan kerja dengan berhati-hati, Umar Patek meletakkan bom seberat 700 kilogram itu di dalam empat kabinet yang dipasang di dalam van yang memusnahkan dua kelab malam pada 12 Oktober 2002, membunuh 202 orang, menurut dokumen yang memperincikan soal siasat ke atasnya. Kebanyakan mangsa adalah pelancong asing.\r\n\n\n\n\rPatek dibicarakan esok (Isnin) kerana dakwaan pembabitannya dalam pengeboman di Bali dan tindakan ganas lain berikutan sembilan tahun melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa yang membawanya dari Indonesia ke Filipina dan Pakistan.\r\r\n\n\n\n\nWarga Indonesia berusia 45 tahun itu akhirnya ditangkap pada Januari 2011 di bandar sama di Pakistan yang menyaksikan pembunuhan Osama bin Laden oleh tentera Amerika Syarikat beberapa bulan kemudian. \rPatek, suspek pembuat bom paling terkenal Asia Tenggara, bersembunyi dalam bilik di bilik di atas sebuah rumah di Abbottabad, ketika tentera Pakistan yang bertindak atas maklumat Agensi Perisikan Pusat menyerbu. Ganjaran AS$1 juta (RM3 juta) diberikan untuk kepalanya.\rSelepas pertempuran yang menyebabkan Patek cedera, dia ditangkap dan diekstradisi ke Indonesia.\rPenangkapannya dilihat sebagai kayu pengukur kejayaan yang dicapai pasukan keselamatan Asia, dengan bantuan Amerika, menentang pertubuhan Jemaah Islamiyah, yang dikaitkan dengan al-Qaeda, yang didakwa mendalangi pengeboman di Bali dan beberapa serangan lain di Indonesia. Semua pemimpin lain pertubuhan itu dihukum bunuh, dibunuh oleh pasukan keselamatan atau menanti hukuman mati.\r\n\n\n\rPatek didakwa dengan pembunuhan terancang, menyembunyikan maklumat mengenai keganasan, memiliki bahan letupan secara haram dan konspirasi melakukan keganasan dan kini berdepan kemungkinan dijatuhkan hukuman mati. Pendakwaan juga menuduh Patek menyediakan bahan letupan yang digunakan dalam serangan menjelang Krismas ke atas gereja pada tahun 2000 yang meragut 19  nyawa.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.182735 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list