CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3710|Reply: 22

Kes Saiful Apek (update)

[Copy link]
Post time 15-2-2012 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Ujian air kencing Saiful Apek, rakan positif: Polis


2012/02/14
PETALING JAYA: Seorang anggota polis hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ujian saringan awal air kencing pelakon komedi, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain didapati positif dadah.

Sarjan M Sanggar, 48, berkata beliau menjalankan ujian air kencing terhadap Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, Noremy Mohamad, 28, selepas selesai melakukan satu operasi serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway dekat sini.


"Hasil keputusan ujian air kencing itu didapati kesemua tertuduh positif dadah," kata saksi kedua pendakwaan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika pemeriksaan utama.
Sanggar yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, berkata beliau kemudiannya menyerahkan sampel air kencing kesemua tertuduh kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Rozlia Razali untuk tindakan seterusnya.





Pada 1 November tahun lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
Terdahulu, Pegawai Risikan, Cif Insp Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertindak sebagai ketua dalam operasi serbuan pada jam 10 malam bertarikh 12 Jun 2010 itu turut memaklumkan bahawa hasil serbuan di dalam rumah itu pasukannya menemui ganja.





Mohd Shaifuddin berkata, beliau mengarahkan Sanggar dan Rozlia untuk menjalankan ujian air kencing terhadap kesemua tertuduh.

"Saya menerima sampel ujian air kencing mereka daripada Rozlia pada jam lebih kurang 11.15 malam dan pada jam 12.05 minit pagi hari berikutnya (13 Jun 2010) saya menyerahkan botol spesimen air kencing mereka kepada pegawai penyiasat kes narkotik iaitu Insp Syed Mohd Rohayat Syed Ramlee," katanya.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 27 Mac depan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 08:53 AM | Show all posts
tak boleh lagi kecik ke font ko
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:25 AM | Show all posts
tak boleh lagi kecik ke font ko
loslocos Post at 15-2-2012 08:53



    baru nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:37 AM | Show all posts
sakit mata..takleh nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:14 PM | Show all posts
apek merosakkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:34 PM | Show all posts
sebab tu arwah my dad kata jgn terjebak dgn apa2 dadah.. xkan jumpa u-turn punya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 05:46 PM | Show all posts
kenapa jalan macam tu juga yang dia pilih.....
sayang bakat yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:25 PM | Show all posts
tak abih abih lagi si saipul apex ni. udah2x le ko tu dah kertua jadile wat pangai memusnahkan badan dan negara. tak sian ke kat anak & bini tu.. sayang dia bebakat sgt tp hancuss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:51 PM | Show all posts
biaq betui....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:35 AM | Show all posts
owhh result die baru kuar ke... ingat kene tangkap lagi bebaru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:38 AM | Show all posts
tak abih abih lagi si saipul apex ni. udah2x le ko tu dah kertua jadile wat pangai memusnahkan badan ...
buttergal Post at 16-2-2012 22:25



    sokong disitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:44 AM | Show all posts
aku ingatkan font pc aku yg kecik..adeh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:45 AM | Show all posts
retis2 ni byk sgt duit kot, tak tau nk buat apa dah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 12:01 PM | Show all posts
Artis2 kalau terlibat ngan dadah org bleh lg terima n terima n terima..tp kalau org rakyat marhaen mcm kita ni kemain lg di pandang hena oleh masarakat sejagat kan... Patot retis2 ni elok je disumbat di dalam zoo negara jadi hewan2 kat dalam tu sbb zoo negara pon dah kekurangan sumber~
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 01:29 PM | Show all posts
dadah...dadah...dadah.....ini la penyakit kebanyakkan artis lelaki malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 01:39 PM | Show all posts
ngape x kecikkan lg font tu ...
gune size 4 atau 5
huuuuu ... seksa nak bc lah ...
makin rabun jd nyer ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 02:02 PM | Show all posts
ate lady x leh nak baca lah kecik sgt
tulisan dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 02:50 PM | Show all posts
oo mat ganja..
batang betik botol coca-cola...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 03:45 PM | Show all posts
pedihnya mata aku dok usha artikel nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 03:57 PM | Show all posts
nape dari dulu smpi la ni...seriously x penah minat ngan apek nik. tgk pun cam tau dah dia amik menda tu. ntah kat mana kelawakkan mamat ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.073656 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list