View: 2480|Reply: 1
|
Tiket AFC liputi rangkaian KL Monorail mulai Jumaat
[Copy link]
|
|
Tiket AFC liputi rangkaian KL Monorail mulai Jumaat
15/02/2012 7:09pm
KUALA LUMPUR 15 Feb. — Sistem tiket bersepadu bagi kutipan tambang automatik (AFC) yang menggunakan kad MyRapid, akan diperluaskan kepada rangkaian KL Monorail mulai Jumaat ini.
Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Bahagian Kereta Api, Khairani Mohamed berkata, sistem lama menggunakan kad magnetik akan dihentikan sepenuhnya dan hanya sistem AFC sahaja akan beroperasi.
Oleh itu, para pengguna diminta menggunakan kad MyRapid untuk mengelakkan daripada terpaksa berbaris di mesin tiket layan diri (TVM) apabila menggunakan stesen pertukaran Hang Tuah dan Titiwangsa, yang pada masa ini sedang diubahsuai, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi mereka yang menggunakan token perjalanan sehala perlu keluar sama ada daripada rangkaian LRT atau monorail yang digunakan mereka dan membeli token kedua untuk meneruskan perjalanan pada rangkaian yang lain.
Kerja-kerja di stesen integrasi itu yang dijangka siap menjelang Mac akan menyediakan integrasi fizikal sepenuhnya dengan berkesan bagi stesen itu dan menghapuskan keperluan untuk mendapatkan token tambahan untuk meneruskan perjalanan mereka apabila bertukar rangkaian, katanya.
Bagi fasa kedua sistem AFC yang membolehkan pengguna merasai perjalanan yang lancar pada keseluruhan rangkaian, dan ini termasuk rangkaian bas RapidKL menjelang suku pertama tahun 2012.
Sistem baru yang dilancarkan pada Julai tahun lepas dengan fasa pertama dilaksanakan pada November menghubungkan dua laluan LRT iaitu Kelana Jaya dan Ampang dengan Masjid Jamek sebagai stesen bersepadu membolehkan pengguna merasai perjalanan lancar dalam stesen dan pertukaran lancar antara rangkaian. — BERNAMA
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm |
|
|
|
|
|
|
|
patut la aq nek mnorail ari 2 gune mende cam koin 2..bli gune mesin..
mule2 cuak sbb xreti gune..pas tu wat poyo2 mcm reti gune..
nseb baik bleh..hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|