View: 210|Reply: 0
|
Li Lian yakin jadi sebutan di Macau kutip mata berharga
[Copy link]
|
|
SELEPAS sering disisihkan daripada pertandingan antarabangsa, Yang Li Lian kini harus memiliki alasan terbaik memikat dan menambat hati Persatuan Badminton Malaysia (BAM). \rIni kerana sumbangan pemain berusia 19 tahun itu jelas tidak ternilai apabila dia membutirkan mata kemenangan dan memastikan skuad Piala Uber negara mara ke suku akhir ketika menundukkan India 3-2 dalam perhitungan hidup mati kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Saya akui kecewa sedikit kerana kurang diberi peluang beraksi, tetapi saya tidak mahu mempersoalkannya. Apa yang saya tahu, tiada jalan mudah dalam hidup ini dan saya perlu bekerja keras,” kata penuntut kolej swasta itu.\r\r\n\n\n\n\n Li Lian yang memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi sebutan apabila dia yang berada di ambang kekalahan bangkit mencatat kemenangan dramatik ke atas G Sayali 11-21, 21-15, 22-20.\rKemenangan pemain kelahiran Subang Jaya itu membantu skuad negara layak ke suku akhir dan jika tewas dalam perlawanan itu skuad negara terpaksa berkemas pulang awal.\r“Saya beraksi di pusingan kelayakan ini pun pada saat-saat akhir kerana menggantikan Sonia Cheah yang cedera. Tetapi, saya gembira kerana jurulatih memberi peluang beraksi selepas tidak diturunkan menentang China.\r“Saya akui tertekan kerana di tangan saya terletak nasib pasukan dan tambah membimbangkan saya tewas dalam set pertama dan ketinggalan 2-11 dalam set penentuan,” kata juara kebangsaan bawah 18 tahun lalu.\r\n\n\n\rSementara itu, jurulatih beregu, Rexy Mainaky menyifatkan Li Lian adalah permata perlu digilap dan diberi banyak peluang beraksi.\r“Dia seorang pemain yang baik, tambahan dia seorang yang pintar. Saya yakin jika dia digilap dan diberi lebih banyak peluang beraksi, dia mampu bersaing di pentas antarabangsa,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|