View: 118|Reply: 0
|
Apple uji komputer tablet baru, tawar skrin lebih kecil
[Copy link]
|
|
APPLE Inc sedang menguji komputer tablet dengan skrin lebih kecil berbanding gajet terlarisnya iPad, lapor The Wall Street Journal (WSJ), semalam.\rAkhbar itu memetik sumber yang rapat dengan Apple berkata, pembuat gajet dari California itu bekerjasama dengan pembekal komponen Asia untuk menguji komputer tablet dengan paparan lebih kecil.\r\n\n\n\n\rWSJ memetik pegawai di syarikat pembekal Apple berkata, mereka sudah menunjukkan reka bentuk skrin dengan paparan lapan inci (20.3 sentimeter) peranti berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nIPad yang memiliki paparan 9.7 inci (24.6 cm) terjual lebih 55 juta unit sejak dilancarkan pada April 2010.\rWSJ berkata, Apple sedang bekerjasama dengan Taiwan AU Optronics Co dan LG Display Co dari Korea bagi membekal panel percubaan.\rAkhbar itu melaporkan, Apple sering bekerjasama dengan pembekal bagi menguji reka bentuk baru dan berhak untuk tidak meneruskan peranti itu.\rApple dilaporkan merancang melancarkan versi baru iPad pada minggu pertama Mac ini. \rMenurut WSJ, versi baru iaitu ‘iPad 3’ dijangka didatangkan dengan resolusi skrin lebih tinggi berbanding iPad 2, namun dari segi saiz ia masih sama.\rAmazon dan Samsung masing-masing menawarkan tablet lebih kecil dan harga lebih rendah berbanding iPad.\rBekas Pengasas Bersama Apple, mendiang Steve Jobs yang menolak tablet lebih kecil berbanding iPad berkata, mereka sebagai ‘tweener’ yang disifatkan terlalu besar untuk bersaing dengan telefon pintar dan terlalu kecil untuk bersaing dengan iPad.\rPada Oktober 2010, beliau mencadangkan mencipta skrin tujuh inci (17.8 cm) termasuk penggunaan skrin kasar yang membolehkan pengguna menggerakkan jari untuk memanfaatkan kekunci pada skrin. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|