CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

Bisnes Dunia: China diramal hadapi krisis ekonomi 2030

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Laporan  Bank Dunia beri amaran pertumbuhan lemah \rCHINA akan berdepan krisis ekonomi jika ia tidak melaksanakan penyusunan semula ekonominya dalam 20 tahun akan datang, kata Wall Street Journal, yang memetik laporan daripada penyelidik Bank Dunia dan kerajaan China.\r\n\n\n\n\r  Laporan China 2030 yang akan dikeluarkan pada Isnin ini memberi amaran bahawa ekonomi negara itu akan berdepan pertumbuhan perlahan yang mendadak. \r\r\n\n\n\n\n  Ia akan menyebabkan berlaku kemelesetan ketara di ekonomi kedua terbesar dunia itu, kata akhbar berkenaan.\rLaporan itu turut membentangkan beberapa cadangan pembentukan semula model pertumbuhan ekonomi China, termasuk mengurangkan enterpris milik kerajaan dan menjadikannya beroperasi seperti firma komersial.\rIa juga menggesa Beijing mengubah kewangan kerajaan tempatan dan menggalakkan persaingan dan keusahawanan, kata akhbar itu, dengan memetik pendapat sejumlah enam pakar yang terbabit dalam menyediakan laporan itu.\rLaporan itu yang akan dibentangkan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick pada sidang media di Beijing, bertujuan mempengaruhi generasi pemimpin akan datang China, yang akan mengambil alih kuasa pada akhir tahun ini.\r\n\n\n\r“Laporan itu membentangkan cadangan bagi laluan pertumbuhan pembangunan bagi jangka sederhana, membantu China membuat perubahan dalam menjadi sebuah masyarakat berpendapatan tinggi,” kata Zoellick awal minggu ini dalam satu kenyataan yang mengumumkan lawatan beliau.\rLaporan itu yang disediakan Bank Dunia dan Pusat Penyelidikan Pembangunan di bawah Majlis Negara, Kabinet China itu telah dikritik oleh pengawal selia syarikat milik negara dan dijangka cuba untuk menyekat penggunaannya, kata akhbar itu.\rBeijing melarang atau menyekat pelaburan asing dalam sektor strategik seperti auto, tenaga, kewangan, perbankan dan telekomunikasi, menarik kritikan daripada pesaing luar negara terhadap keku-rangan akses pasaran dan layanan yang tidak adil.\rPada peringkat domestik, firma persendirian sering mengadu tentang kekurangan persaingan dan sebenarnya mereka tidak boleh mengakses pembiayaan daripada bank perdagangan, yang lebih suka untuk meminjamkan wang kepada perusahaan utama milik kerajaan.\rPemimpin China sering berbincang mengenai keperluan pembaharuan model ekonomi negara, sebahagiannya dengan mengurangkan pergantungan kepada eksport dan meningkatkan penggunaan domestik.\rTetapi pembaharuan yang ketara   perlahan kerana pemimpin   terlalu terpengaruh terhadap kestabilan, cuba untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045716 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list