|
LONDON: Jose Mourinho kini sedang mencari sebuah rumah baru di London, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa jurulatih Real Madrid itu bakal kembali menjadi pengurus Chelsea.\rNamun dikhabarkan juga Mourinho menjadi sasaran Tottenham kerana pengurusnya, Harry Redknapp mungkin mengosongkan jawatan itu untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan England.\r\n\n\n\n\r Mourinho yang pasukan bimbingannya ketika ini sedang mengungguli tangga teratas Liga Sepanyol pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Bernabeu pada musim panas ini dan kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris.\r\r\n\n\n\n\n Dia yang digelar ‘The Special One’ turut mendakwa masih mempunyai urusan yang belum selesai di Stamford Bridge dan dipercayai mampu membentuk semula kerjasama dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.\rMourinho pernah membawa Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga sebanyak dua kali serta trofi Piala FA sekali sepanjang tiga tahun menjadi pengurus kelab London itu.\rPengendali dari Portugal itu difahamkan sudah meninjau lima buah rumah di sekitar kawasan Knightsbridge dan Mayfair di London serta dilihat sedang makan di Chelsea, kelmarin.\rMourinho sebelum ini meninggalkan Chelsea pada 2007 selepas tiada lagi persefahaman dengan Abramovich tetapi kemudian menjalin semula hubungan baik dengan hartawan Russia itu.\r\n\n\n\rPengurus Chelsea ketika ini, Andre Villas-Boas sedar dia mungkin akan dipecat jika gagal mengubah nasib pasukan itu yang terumbang-ambing musim ini. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|