:: Tadi kena lock post aku ni.Aku heran,asal aku buka thread je,mesti org pangkah aku.Tak pahm teman..!!!!
salam..
aku nak tanya lah kan korang orang Perak ni.Tau tak tarian Dabus? dia ada kat tv1 pasal tarian dabus ni. Aku tengok mula2 dia memuji Allah dan Rasul sambil dok berkompang.
yang aku heran,penari dia perempuan,dah lah tak pakai tudung,sentuh laki perempuan pulak tu.nak-nak pulak memuji Allah dan Rasul tapi pegang tangan laki perempuan yang sah dikahwini. Tak ke pelik? penari dia satu tak pakai tudung. kedua prempuan ni dok menari pastu pi kat lelaki yg berkompang tu.lelaki tu sapu minyak kat tangan.perempuan ni cucuk tangan diorg dgn dabus.
macam diorg tak rasa sakit langsung.kiranya macam adat Hindu cucuk hidung time thaipusam tu lah..
soalan aku tak ke diorg punya perbuatan tu macam ada unsur syaitan..? seksa diri bagai..tak de,cuma aku risau lah sebab yang buat tu org Islam. Karang rosak akidah diorang..kalau ada keluarga yang asal dari Bota katanya tarian dabus ni,sy mintak maaf kalau menyinggung tpi nak kepastian je..prinsip diorg biar mati anak,jangan mati adat... kesian anak..memang jauh dari hukum Islam.
oh ya.saya lahir kat perak,mak ayah org kedah.tapi membesar kat serata negeri.Ayah pindah. Tapi aku declare diri aku orang Perak la sebab lahir kat situ.Tak salah kan org perak nak tau adat org perak..
Permainan dabus tradisional yang mempunyai unsur-unsur ritual ini tidak dapat dipisahkan dengan jampi serapah. Bagi memperkuatkan keberkesanan jampi serapah ini beberapa peralatan dan bahan yang digunakan di dalam perubatan tradisional adalah diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Kemiyan
Bertih
Beras Kunyit
Tepung Tawar
Air Penawar Bisa (Pemulih)
Kemiyan:
Kemiyan amat penting di dalam segala upacara atau majlis yang berkaitan dengan perubatan tradisional. Kemiyan ini dibakar di dalam sebuah bekas khas yang disebut perasap. Sebelum permainan dabus dimulakan, kemiyan diasapkan di sekeliling gelanggang.
Kemiyan ini jaga digunakan bagi mengasap peralatan-peralatan persembahan seperti anak dabus dan penari-penari sebelum mereka masuk ke gelanggang.
Bertih Dan Beras Kunyit:
Bahan-bahan ini digunakan untuk menabur dan menyiram seluruh gelanggang dan kawasan sekelilingnya bagi menjauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini.
Tepung Tawar:
Air tepung tawar direnjis sepertimana menabur bertih dan beras kunyit. Perenjis air tepung tawar ini terdiri daripada daun-daun pilihan seperti daun kabung, daun sepulih, daun setawar daun sambar dan daun ati-ati hitam. Daun-daun ini dirangkaikan dalam satu ikatan sebesar ibu jari dan direndamkan di dalam sebuah mangkuk yang berisi air.
Daun-daun itu dipilih berdasarkan kepada sumpahan daun itu sendiri. Umpamanya daun sepulih bertindak sebagai pemulih, daun setawar sebagai penawar dan daun kabung serta daun sambar adalah sumpahan bagi makhluk halus.
Air Penawar Bisa:
Air penawar bisa pula penting bagi membasuh luka-luka dan menawarkan bisa-bisa besi pada lengan penari-penari akibat tikaman anak-anak dabus. Campuran bahan-bahan air penawar bisa ini terdiri daripada hirisan umbut pisang, daun setawar yang diramas, daun sireh serta hirisan batang serai. Seperti bahan-bahan lain, air penawar bisa ini juga dijampi.
Tarian Dabus ditarikan di Negeri Perak. Tarian ini dikatakan mempunyai unsur-unsur agama. Sebelum tarian bermula, para pemuzik akan membawa lagu daripada buku-buku berzanji. Kemudian barulah tarian bermula serta diiringi dengan nyanyian. Apabila kemuncaknya para penari tidak sedarkan diri. Mereka akan mencucuk-cucuk lengan mereka dengan anak batu atau dengan senjata tajam. Seorang khalifah atau ketua terdiri daripada 11 orang penari. Alat muzik yang mengiringi tarian ini ialah gong, rebana besar dan rebana kecil.
Dulu mase kecik2 ada jugak orang buat persembahan tarian ni kat sekolah masa hari kantin/sukan. Sekarang ni susah nak jumpa dah, tambah orang ramai dah mula ambil berat pasal hukum. Asal-usul tarian ni selalu dikaitkan dengan pengikut syiah...
orang Perak tapi tak tahu kewujudannya, probably budak2 yg lahir after 1990s. Tarian gabus ni kalau orang Perak tak tahu, sila tanya parents. Dah tak berapa popular dah sekarang.
ada sorang porumer share experience dia buat tarian dabus, kat bod misteri. aku terlupa namanya nak search keyword pun tak sure word apa.
tak salah ingatan aku, awal2 katanya dia sedar, lama2 dia pun tak perasan dia tak sedar apa dia buat, tau2 bila dah sedar, tarian dah abis, badan calar balar.
kalau dah sampai benda lain take over badan, lain macam la tu kan.
wallahualam
dia join sbb orang yang organize tu kawan ayahnye ke apa ke, invite dia join sama. gaya ceritanya dia masuk pun sbb orang dah menjemput kan, dia beradab la kiranya so try la join. mungkin boleh simpulkan dia tak de niat lain pun nak join nari tu, tapi tu lah tau2 dah mahsyuk je. time dia sedar badannya dah calar balar sakit katanya. iols pun tak hengat sangat.