View: 3209|Reply: 6
|
Tahniah!! Muar dan Batu Pahat dapat 16,000 expatriate
[Copy link]
|
|
Kerajaan benarkan kemasukan 16,000 pekerja asing bagi industri perabot
2012/04/26
MUAR: Kerajaan membenarkan kemasukan 16,000 pekerja asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor industri perabot di daerah Muar dan Batu Pahat, bulan lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah berkenaan bagi mengekalkan nilai eksport perabot Malaysia sebanyak RM7 bilion setahun supaya tidak terjejas ekoran kekurangan tenaga pekerja di sektor tersebut yang mendesak, kebelakangan ini.
"Kerajaan sedar 40 peratus nilai eksport perabot Malaysia disumbang daripada pengusaha-pengusaha perabot dari dua daerah ini. Langkah ini juga penting kerana negara kita menduduki tempat ke-10 pengeksport perabot dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan makan malam MITI bersama Persatuan Perabot Muar, di sini, malam tadi.
Pengusaha kilang perabot di Muar dan Batu Pahat sebelum ini menghadapi masalah meneruskan perusahaan masing-masing apabila tempoh pekerja asing mereka tamat selepas lima tahun dan sukar untuk memperbaharui permit.
Mustapa berkata kerajaan sedar banyak syarikat perabot akan mengalami kerugian sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diatasi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing dari Nepal, Indonesia, Bangladesh dan tempoh kelulusan permit pekerja berkenaan dipercepatkan kepada dua minggu berbanding sehingga setahun sebelum ini.
"Kelulusan yang cepat itu dibuat setelah masalah ini dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan kerajaan," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
sungguh internasional |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat tempatan nak keje opis je
keje kilang xnak.... tapi xleh salahkan jugak majikan da bagi gaji kecik... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada lah TT....
Tapi ai nak kutip +1 dulu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah susah nak dopek perkerja tempatan….perkojo asing tak poyoh bayaq EPF, SOCso tak perlu Union, bulih gono namo perkerja asing yang dah belah amik gaji masuk pokek tokey..banyaq tu…senang je |
|
|
|
|
|
|
|
makin b'tambah la lambakan foreigner time hr2 minggu kat bando muo ni..pi bando hr minggu da mcm pi melancong kat negara bangla da.. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni dh tak syiok la nk turun muar pegi mkn mee bandung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|