CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3954|Reply: 12

Orang Gua Musang tahu tak kes remaja mati dibakar?

[Copy link]
Post time 29-4-2012 07:41 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas menjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu.
Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering.

Katanya, pada mulanya mereka sangsi tetapi selepas diteliti, ternyata ia serpihan tulang dan gigi manusia.
“Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.

“Sedih  melihat serpihan tulang dan gigi itu dan kami menyerahkan kepada keluarga Nor Ain,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Ibrahim Daud, 37, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zalim yang dilakukan kerana sanggup membunuh dan membakar mangsa.


“Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi ada kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka.

“Sesiapa yang melakukan pembunuhan itu bukan lagi manusia dan boleh diibaratkan sama seperti binatang,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.

“Apabila berlaku kejadian seperti itu, penduduk memang bimbang, apatah lagi semakin ramai penagih dadah muncul di kawasan ini,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes Nor Ain.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah dipetik berkata, lelaki itu ditahan di RKT Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, jam 11.45 malam Khamis lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2012 07:42 AM | Show all posts
mungkin ada orang kampung tahu kenapa dia dibakar? teruk betul orang yang melakukan. kalau bakar motor ok le juga. ni siap bakar orang lagi. kesian kat mak arwah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 02:37 AM | Show all posts
Hmmm apa nak jadi dengan orang zaman sekarang macam takde benda lain nak buat. Selalu sangat kat berita sikit-sikit berita pasal rompakan la, ro**l la,khalwat sana sini la, buang bayi dan bunuh orang. Nampak gayanya betul la orang cakap sekarang ni dunia akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:30 AM | Show all posts
Da akhir zaman.mai kita bertobat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 03:15 PM | Show all posts
perbuatan yang sangat kejam
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 02:56 PM | Show all posts
ya Allah kesiannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2012 03:41 PM | Show all posts
ape nak jadi la dunia skang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 03:59 PM | Show all posts
terok.... tapi lagi sedih kisah yang dulu aku baca... entah ada ke tak dalam tread dulu... nanti aku check...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 04:03 PM | Show all posts
nak kasi hilang bukti bakar jela..tapi still bole detect jgk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 08:58 PM | Show all posts
kalau dpt tangkap si pelaku, bakar je die..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 05:20 PM | Show all posts
Ni isu yg sesuai ke? Baik letak kat ci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 09:55 PM | Show all posts
Reply 11# batman_2007
isu umum. tapi berlaku kat kelantan. beter saudara ni bac abalik sekali lagi kalau tak faham isinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 11:05 PM | Show all posts
Reply 12# cikgu_cina


    pham sgt..mungkin ko x sedar sb mmg x sesuai..di ci ada je utk politik n UMUM bg current issue mcm ni dikLasifiksikn temptan ..so ko kna cek blik b4 bikin thread..sampahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.092215 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list