CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9185|Reply: 58

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

[Copy link]
Post time 3-5-2012 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mrjinggozzz at 3-5-2012 19:49

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

Al Fatihah.

SELAMAT TINGGAL BOB
Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal saya.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Al Fatihah


DARI BLOG yg dgt dipercayai
http://www.mazidulakmal.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 05:01 PM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirrojo'un
credit to fb mazidul akmal
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 05:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctaz at 3-5-2012 17:12

innalillahiwainnailaihirojiun........
Al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 05:16 PM | Show all posts
alahai.. innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 08:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 3-5-2012 20:38
Jenazah Husni Mohd Rawi, 41 tahun, kini berada di Masjid Kota Damansara dan akan dibawa ke Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas Maghrib.

Beberapa rakan artis arwah, Adlin Aman Ramli, Harun Salim Bachik, Amy Searc dan Aqasha hadir menziarahi jenazah di rumah.

http://www.mazidulakmal.com/

al-Fatihah utk arwah Husni B Mohd Rawi

1971-2012
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 12:35 AM | Show all posts
info terkini : http://www.mazidulakmal.com/
Sila rujuk entri ini.


Berikutan laporan itu, banyak pihak menghulurkan bantuan kepada anak kelahiran Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan terbabit.

"Bang, terima kasih kerana menolong saya," ujar arwah berkali-kali.

"Bob, saya hanya membantu sedaya mungkin"

Hanya kenyataan itu mampu saya ungkapkan.

Arwah ternyata amat terharu berikutan sumbangan dihulurkan orang ramai bersimpati terhadap keadaannya. Untuk rekod, dia antaranya disahkan mengidap sakit jantung, darah tinggi dan penyakit terlalu mudah tertidur.




Melalui pengamatan saya, Bob tetap bersabar setiap kali akaun Maybank miliknya disekat sekaligus menggagalkan orang ramai mendepositkan sumbangan mereka ke akaunnya.

Baca laporan di sini.

"Bang, macam mana saya hendak ke bank sedangkan hendak bangun pun saya tidak mampu," katanya.

Saya melihat penderitaan dilalui oleh arwah.

Kali pertama bertemu Bob pada 15 April lalu, sambil berbual dia kelihatan sukar bernafas namun sedaya upaya mencuba menerangkan situasi sebenar. Lihat aksi arwah 17 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.


"Biar aku pegang mikrofon ini, lama tidak keluar TV," usiknya.  

Dalam derita, Bob masih mampu bergurau senda ketika dikunjungi oleh wakil media cetak dan elektronik di rumahnya.


"... lu sendiri fikirlah," ujarnya dalam nada bergurau.

Kenyataan itu ditujukan kepada David Teo berikutan ketidakpuasan terbuku di hatinya.

"... kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah ... Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang ... Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah"

Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (Sumber: Tonton.com.my) sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan terbabit disiarkan di rancangan hiburan terbitan TV3 itu, dua minggu lalu.

Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama David dan semua pembaca blog ini. Barangkali dakwaan jutawan terbabit bahawa beliau pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada arwah benar biarpun saya tidak melihat buktinya lagi tetapi ketahuilah masih ramai lagi rakyat Malaysia berhati mulia biarpun bukan berstatus jutawan. Mereka tanpa sebarang persoalan dan pertikaian membantu Bob melalui pelbagai kaedah tanpa nama disebut.

Sebilangan hadir ke rumah arwah contohnya memberikan ubat tradisional manakala sebilangan lagi menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai.

Ingin saya tegaskan di sini, arwah BUKAN PEMINTA SEDEKAH, dia penerima derma disumbangkan oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa berhati mulia.

Teringat saya kepada kenyataan rakan, Razali Harun sebelum ini.

"Dia sebenarnya bukan mementingkan duit bro tetapi jika boleh ingin diziarahi oleh rakan dan kenalan dalam keadaan begini"

Ahli politik mewakili PAS dan Barisan Nasional, ahli SENIMAN, persatuan kebajikan dan ramai lagi sempat singgah menziarahi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Benar kata David, barangkali kerana kesibukan tugas, dia sentiasa berada di luar negara, masakan mempunyai masa terluang menziarahi pelakon dan pelawak terlantas sakit.

"Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati saya jual seperti topi dan baju di blog, " pintanya kepada saya sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.

Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini.

Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.

"Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan. Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda musibah," balas saya.

Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar manusia. sesaat bakal hilang segalanya tanpa mengira bangsa dan kedudukan.

Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob bernafas kembali.


"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak kelihatan sebarang respon positif.


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan arwah namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan ke atas tubuh Bob.




"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," kata kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata sedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu," bisinya kepada saya.


Isteri arwah, Norma Ibrahim berasal dari Mukah, Sarawak dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


Sewaktu 2 kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Jenazah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke ruamh keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, selepas solat Jumaat esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2012 02:58 AM | Show all posts
dia dah selamat tiba kat tempat kampungnya di negeri sembilan.

p/s makluman dari adik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:48 AM | Show all posts
al-fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 07:23 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un...daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali...

Jadikan iktibar...masa susah memang ramai orang yg dulu mengaku 'sahabat/kawan' lari. Kita yg masih hidup kenalah beringat-ingat, jangan terlalu leka dgn apa yg kita ada. Kita tak tahu bila Allah akan tarik nikmat yg Dia telah kurniakan pada kita.

Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman...Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 07:38 AM | Show all posts
takziah untuk keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 07:47 AM | Show all posts
Ye laah... Jadi kan iktibar pada kita semua.. Amin.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 07:48 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un..
Ya Allah Ya tuhan Kami, tempatkanlah umat nabi Muhammad ini di tempat yang Engkau kasihi disisi Mu..aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 07:58 AM | Show all posts
mana saiful apek? bukan dulu diorg rapat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:02 AM | Show all posts
Takziah dan Al-Fatihah....

Kesian pada isteri arwah yang baru dinikahi...
anyway...betul kata KnowLee....kene beringat...especially mereka yg dlm bidang pekerjaan yg kais pagi makan pagi, kais petang mkn petang....maybe today byk income...tomorrow..belum tentu ada keje lagi...

lg satu tak patut pic saat kematian arwah di pamerkan dlm mana2 blog...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:02 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihiroji'un... takziah buat keluarga  arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:09 AM | Show all posts
al fatihah...moga roh beliau dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 08:14 AM | Show all posts
semoga rohnya aman di 'sana'
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:21 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun......

selamat tinggal bob...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:22 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihiroji'un
takziah buat keluarga arwah
dariNya kita dtg kepadaNya kita kembali
moga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama golongan yg beriman..aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:33 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihiroji'un...... Al-Fatihah buat Arwah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058661 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list