CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8822|Reply: 4

Haid atau Istihadah?

[Copy link]
Post time 5-6-2012 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kengkawan forum

Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang tahu atau pernah mengalami situasi seperti saya ni.
period saya selalunya dalam tempoh 7-8 hari. memang tak pernah cecah 10 hari. Tapi pada bulan februari lepas saya telah keguguran dan menjalani D&C.

Pada 20hb April baru period datang semula. tapi kali ni period tu lama..dalam tempoh 13 hari. saya fikir mungkin time D&C tu tak kluar habis jadinya rahim buat proses pencucian sendiri.

Kemudian bulan 22/5 yang lepas saya period lagi..Period ok. lepas 7 hari dah kering. saya pun dah mandi wajib dan solat pada hari ke-8. Masalahnya pada hari ke-15 (hari ni) tetiba ada kluar darah pulak. Darahnya kaler merah gelap mcm darah period. Nak kata banyak..tak la banyak..sekarang pun dah stop pengeluarannya tapi cukup la nak menembusi panties yang saya pakai. Selalunya saya pakai panty liner tp ntah kenapa hari ni bole terlupa pulak dan tetiba jadik pulak kejadian mcm ni. tensen la jugak.

sekarang ni saya dah confuse.. adakah itu darah haid yang tak lepas time last period hari tu atau..ada penyakit lain yang bersarang kat rahim saya ni? Bila jadi camni sy bertambah2 confuse dengan tarikh subur saya..dah la sekarang ni tengah nak mencuba semula utk pregnant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 12:11 PM | Show all posts
masuk hari ke -16 dah kira darah istihadah
better TT ade kalendar utk nih..
macam saya mg wat tiap bulan dan tahun sbb dah 3thn peod tunggang langgang dan heavy bleading for almost that time

ade kemungkinan nak mengira nih
cth:1hb datang peod...then berhenti pd hari ke 7 ..hari ke 8 solat then tetiba hari ke 10 kuar darah..-> takleh solat sbb masih dikira sbg peod...pd hari ke 16 darah masih lg keluar..haaa yg tuh kene solat sbb dikira darah istihadah....

harap dpt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 03:01 PM | Show all posts
sama la jgk ngn aii....
period mkn smpai 14 ari...
1st ade,ari ketiga xde,keempt xde dan kelima trus ke 14...
gerammmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 01:17 PM | Show all posts
Saya juga sedang menghadapi masalah yg sama. Period saya sudah melebihi 15 hari. Warna dan bau sama saja dgn darah haid tapi saya ikut pada pendapat dari sini http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/dua.htm.  Tak perlu nak pening2kan kepala.

Tempoh haid.

Para ilmuan juga berbeza pendapat dalam persoalan tempoh haid atau kadar masanya. Terdapat enam atau tujuh pendapat dalam persoalan ini. Berkata Imam Ibn al-Munzir rahimahullah:

Menurut satu pendapat: Tidak ada batas bilangan hari bagi tempoh minima atau maksima (haid).

Ini adalah sepertimana pendapat Imam al-Darimi yang lalu dan ia adalah pendapat yang dipilih oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah. Ini adalah pendapat yang benar kerana didokongi oleh al-Qur’an dan al-Sunnah serta pemikiran yang sihat. Sebab-sebabnya seperti berikut:

Pertama:

Firman Allah Ta’ala:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. [al-Baqarah 2:222]

Dalam ayat di atas Allah menjadikan “suci” sebagai syarat penyudah kepada tegahan. Allah tidak menjadikan tempoh sehari semalam, tiga hari atau lima belas hari sebagai syarat penyudah tegahan. Ini menunjukkan bahawa sebab timbulnya hukum ialah bermula dan berakhirnya haid, sehingga apabila suci daripada haid maka hilanglah hukum-hukum yang berkaitan dengan haid.

Kedua:

Dalam Shahih Muslim tercatit sebuah hadis yang sahih di mana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ‘A’isyah radhiallahu ‘anha yang di saat itu sedang berihram untuk umrah dan didatangi haid:

“Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang berhaji kecuali jangan kamu bertawaf di al-Bait (Ka’abah) sehingggalah kamu suci.” ‘A’isyah berkata: “Maka pada hari menyembelih aku telah suci….” [Shahih Muslim – no: 1211 (Kitab al-Haj)]

Dalam Shahih al-Bukhari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam  bersabda kepada ‘A’isyah radhiallahu 'anha:

“Tunggulah maka apabila kamu telah suci maka keluarlah ke Tan’im.” [Shahih al-Bukhari – no: 1787 (Kitab al-Haj)]

Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadikan “suci” sebagai syarat penyudah tegahan. Baginda tidak menetapkan apa-apa batas masa atau tempoh tertentu. Ini membuktikan bahawa hukum haid ditentukan dengan bermula dan berakhirnya haid.

Ketiga:

Sesungguhnya perkiraan tempoh masa (minima dan maksima bagi) haid yang dilakukan oleh (sebahagian) ahli fiqh tidak terdapat dalilnya di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Padahal ini adalah persoalan penting yang sangat berhajat kepada penetapan daripada dua sumber tersebut.

Seandainya penetapan tempoh ini termasuk daripada hukum fiqh bagi umat beribadat kepada Allah, nescaya Allah dan Rasul-Nya secara terang dan jelas akan menerangkannya. Ini sebagaimana hukum-hukum fiqh yang lain seperti solat, puasa, nikah, talak, pesaka dan sebagainya.

Allah dan Rasul-Nya telah memperincikan bilangan solat, waktu-waktunya, rukuknya dan sujudnya; Zakat, harta-hartanya, nisab-nisabnya, kadarnya dan tempat ditunaikannya; Puasa, tempoh dan waktunya; Haji dan seterusnya.

Allah dan Rasul-Nya juga telah memperincikan adab-adab makan, minum, tidur, jima’, duduk, masuk-keluar rumah, membuang hajat sehinggalah kepada bilangan batu-batu untuk beristinjak dan pelbagai lagi perkara-perkara kecil yang lain.

Ini semua termasuk kesempurnaan agama Allah dan nikmat-Nya ke atas orang-orang yang beriman.

Firman Allah:

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu. [al-Nahl 16:89]
Firman Allah:

Bukanlah ia (al-Qur’an) cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu. [Yusuf 11:111]

Apabila perkiraan tempoh masa (minima dan maksima bagi) haid tidak terdapat dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, jelaslah bahawa ia sebenarnya tidak berhajat kepadanya. Yang dihajatkan, atau yang dijadikan syarat ialah kewujudan haid itu sendiri pada seorang wanita. Hukum-hukum syari’at bergantung kepada wujud atau tidaknya haid, bukan tempoh masa haid.

Dalam ertikata lain, tidak wujudnya hukum perkiraan tempoh masa (minima dan maksima bagi) haid di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah menjadi bukti bahawa perkiraan tersebut tidak memberi apa-apa manfaat atau ilmu.

Sesungguhnya segala hukum syara’ tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil dari syara’ sendiri iaitu daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, atau ijma’ (kesepakatan) yang maklum (diketahui) atau qiyas (analogi) yang sahih.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebut sebuah kaedah yang amat penting:

Dari apa yang dikenali sebagai haid, Allah telah kaitkan dengannya beberapa hukum dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Allah tidak menentukan baginya tempoh masa minima dan tempoh masa maksima. Allah juga tidak menentukan tempoh masa suci antara dua haid. Sedangkan perkara-perkara ini adalah umum terhadap umat dan mereka berhajat untuk mengetahuinya.

Dari sudut bahasa, ia (al-Qur’an dan al-Sunnah) tidak membezakan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. Maka sesiapa yang menentukan satu tempoh tertentu maka sesungguhnya dia menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah. [al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms 35]

Keempat:

Pemikiran yang sihat berdasarkan qiyas (analogi) yang sahih akan mengetahui bahawa Allah Ta‘ala menjadikan haid sebagai satu bentuk kotoran. Faktor penyebab hukum (‘illah) bagi haid ialah kotoran. Maka apabila sahaja didapati wujud haid maka wujudlah kotoran tanpa dibezakan antara hari kedua dan hari pertama, hari keempat dan hari ketiga, hari keenam belas dan hari kelima belas, hari kelapan belas dan hari ketujuh belas.

Justeru haid tetap haid, kotoran tetap kotoran, dan ‘illah (faktor penyebab hukum) tetap sama pada dua hari tersebut. Maka bagaimana mungkin dibezakan hukum antara dua hari tersebut sedangkan faktor penyebabnya adalah sama? Ini menyalahi qiyas yang sahih kerana faktor penyebab yang sama akan menyamakan hukum antara dua hari tersebut.

Kelima:

Wujud perselisihan pendapat di kalangan orang-orang yang membataskan tempoh tertentu dan tiada satu jua di antara pendapat-pendapat ini yang kuat hujahnya. Ini disebabkan di antara pendapat-pendapat ini, tidak ada dalil yang dijadikan sumber rujukan. Ia adalah ijtihad yang terbuka kepada kebenaran dan kesalahan sehingga tidak ada satu di antaranya yang terlebih utama untuk diikuti.

Tempat rujukan ketika berlaku perselisihan ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Jelas daripada dua sumber ini bahawa tidak ada pembatasan tempoh minima dan maksima haid.

Oleh itu apabila seorang wanita mendapati darah mengalir keluar secara fitrah tanpa disebabkan luka atau seumpama, maka ia adalah darah haid tanpa ditetapkan umur atau tempoh masanya.

Berkata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah:

Pada asalnya setiap darah yang mengalir keluar dari rahim adalah darah haid sehinggalah ada bukti yang menunjukkan ia adalah darah istihadah.

Katanya lagi:

Apa-apa darah yang keluar ialah darah haid jika tidak diketahui bahawa ia adalah darah istihadah atau luka. [al-Risalah fi al-Asma’ allati ‘Alaq al-Syar‘i al-Ahkam biha, ms. 36 & 38]

Lima sebab di atas menjadi hujah bahawa tidak ada penetapan tempoh minima dan maksima bagi haid. Hujah-hujah ini bukan sahaja benar dari sudut dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan pemikiran yang benar, tetapi juga mudah selari dengan ruh Islam.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. [al-Hajj 22:78]

Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:

“Sesungguhnya agama adalah mudah, dan tidak seorang pun yang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia menewaskannya[1], maka hendaklah kamu semua membuat yang betul dan menghampirkan kepada kebenaran dan memberi berita gembira.” [Shahih al-Bukhari – no: 39 (Kitab al-Iman)]

Dikenali daripada akhlak Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bahawa apabila diberi dua pilihan, Baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selama mana tidak melibatkan dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 01:41 AM | Show all posts
Mungkin ramai yang belum mengetahui kehebatan produk SNE dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan individu, dan Kapsul SNE telah membantu beribu-ribu individu berpenyakit kronik mendapatkan kembali kesihatan mereka dan pesakit-pesakit ini membina kembali kehidupan mereka.Berasaskan Buah Seabuckthorn yang mengandungi lebih dari 200 vitamin & mineral yang digabungkan bersama 27 makanan berkhasiat. 100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL.Ikhtiar kepada penyakit anda atau ahli keluarga hadapi..........

www.produksne.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.207356 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list