CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11354|Reply: 39

Bloody Mary: Misteri Hantu Dalam Cermin

[Copy link]
Post time 16-6-2012 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by novelloverzz at 16-6-2012 11:26

Kisah hantu atau seram merupakan kisah entiti yang sering menghantui masyrakat kita sejak dahulu lagi..Bagi korang yang meminati kisah seram, mungkin korang pernah dengar cerita pasal hantu Bloody Mary @ hantu cermin..Bagi yang tak tahu, meh layan kat bawah ni..


Di negara-negara barat (khususnya Britain dan Amerika) terdapat satu cerita misteri yang menjadi buah mulut di kalangan masyarakat mereka. Sebagai analogi, sekiranya di Indonesia ada cerita hantu Jelangkung, kat sana pulak ada kisah Bloody Mary.


Menurut kisah, sekiranya seseorang itu menyeru si "Jelangkung", dia harus menyebut serangkap jampi serapah atau mentera seperti ini, "Datang tak dijemput, pulang tak dihantar." Untuk menyeru "Bloody Mary" pula, cara yang sama juga dipraktikkan cuma jampi serapah nya sahaja yang berlainan iaitu, "Mary Worth, Mary Worth, I believe in Mary Worth" secara berulang kali -- ikut peraturan asas, hanya perlu seru 3 kali sahaja untuk memanggil hantu tersebut, namun kalau boleh, sebut secara berulang kali sehingga terasa ada perkara aneh yang berlaku dari dalam cermin.


Siapakah Bloody Mary atau Mary Worth ini? Okay, menurut kisah nya pada suatu ketika dahulu, hiduplah seorang gadis muda bernama Mary Worth. Paras wajah nya sangat cantik. Banyak lelaki yang tergila-gila kan si Mary Worth ni.


Suatu hari, Mary Worth mengalami kecelakaan sehingga wajahnya hancur dan tidak di kenali lagi. Ibu bapa Mary Worth terpaksa menyembunyikan cermin dari rumah mereka agar Mary Worth tidak berasa sedih dengan wajahnya yang sudah buruk. Padahal, sewaktu sebelum kecelakaan itu berlaku, Mary Worth sering mengagumi wajahnya di hadapan cermin.


Pada suatu malam, setelah semua orang di rumah tidur, Mary Worth teringin sangat melihat cermin. Mary pun menuju ke arah kamar yang ada cermin. Betapa sedih dan terkejutnya Mary ketika melihat wajahnya yang hancur itu. Secara tidak langsung, Mary menghancurkan cermin tersebut dan menangis sepuas-puasnya.


Saat itu, dia menjadi sangat kecewa dan meratapi wajah cantiknya yang dahulu. Anehnya, Mary sering berjalan ke dalam cermin dan tinggal di dalamnya. Dia akan muncul ketika ada orang yang menyeru namanya di luar cermin...dan akan mengambil mata orang yang menyerunya.



Walau bagaimana pun, cerita ini adalah tahyul belaka. Namun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan mengenai wujudnya imej hantu Mary Worth ketika cuba menyerunya.


Perkembangan Kisah Bloody Mary  


Kisah 'urban legend' mengenai Bloody Mary sudah berkembang sejak berabad-abad lamanya. Perkembangan ceritanya mempunyai pelbagai versi. Misal, pada awal abad ke-20, tersebarnya kartun Halloween yang menggambarkan seorang gadis muda berdiri di depan cermin sambil memegang lilin. Kepercayaan yang tersebar ketika itu adalah, gadis-gadis muda yang berdiri di hadapan cermin pada setiap hari Halloween, boleh melihat bakal calon suaminya..


Versi lain dari abad ke-19 pula, seperti yang terkandung di dalam buku cerita yang diterbitkan pada tahun 1883. Menurut kisahnya, mengenai seorang gadis yang berdiri di depan cermin, tiba-tiba muncul asap hijau yang pekat dari dalam cermin, di ikuti kemunculan hantu yang sudah pun berdiri di belakang si gadis.


Kisah mengenai Bloody Mary ini menjadi semakin popular sejak tahun 1960-an sehingga membawa kepada kemunculan komik dan filem mengenainya. Salah satunya filem "Urban Legends: Bloody Mary" pada tahun 2005 yang menceritakan kisah yang sangat berbeza daripada versi asal.


Bagaimanapun, Bloody Mary akan tetap menjadi kisah seram yang berterusan "menghantui" anak-anak anda, apalagi bagi mereka yang teringin bermain dengan  hantu cermin. Ada yang berani nak cuba tak?



Source: http://drysheet.blogspot.com/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2012 11:38 AM | Show all posts
tak payah nak baca jampi serapah.. ddk depan cermin lama2 pon bleh terasa keseramannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 02:24 PM | Show all posts
menarik untuk dicuba.
pada yang nak cuba, jangan lupa pakai goggle dahulu untuk..





mengelak dari biji mata anda dikorek
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 02:48 PM | Show all posts
syirik je semua nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 03:20 PM | Show all posts
tgk bole.. percaya jgn..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:21 AM | Show all posts
hantu/jin/syaitan/iblis ni mudah jer nk perdaya manusia...dia suker sgt klu ada jer manusia yg percaya benda2 pelik cmni...klu korg  x pandang cermin pon xpe...cuma ko byg kn dalam pala otak jer pon dia akn mampu menjelma didepan mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2012 10:35 AM | Show all posts
bertambah seram klo bgn tdo ngan rmbut serabai berdiri dpn cermin  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:06 AM | Show all posts
bloody mary ni hantu barat.agak2 kalo org mesia yg seru,dy bole dtg tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 02:54 PM | Show all posts
setau aku bloody mary ni cocktail yang pedas!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 06:36 PM | Show all posts
penah mkn ais bloody mary...
mcm abc la lebih kurang....
ni anak2 punya pasal la.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:26 PM | Show all posts
macam campuran arak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:43 PM | Show all posts
aku klau terjaga dari tido tgh2 mlm, mmg takut nak pndg cermin....seram semcm jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 12:08 AM | Show all posts
yang nak panggil die tu buat ape? ayoyai!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:47 PM | Show all posts
nie cam Urban Legend kan kat sana. dorg pun taktahu kesahihan tu.. Tp betul la kalau dok depan cermin tenung lama2 pun seram gak...aku sllu takut ada bnde kat blkg je..nmpk dlm cermin. Imaginasi mmg kuat kalau bosan2 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:56 PM | Show all posts
Reply 14# ninjago


    tp klu kita x fkr psl hantu ni klu jmp pun kita x rasa tkt...sbb kita ingat manusia mcm kita gk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 05:05 PM | Show all posts
Reply  ninjago


    tp klu kita x fkr psl hantu ni klu jmp pun kita x rasa tkt...sbb kita ingat ...
novelloverzz Post at 18-6-2012 16:56



   ah yes, tu kalau tak terfikir pasal hantu la.. kalau dan2 tu automatik teringat kat dorg..mau pengsan.. lagi2 kalau dah asik melepak kat bod MPS nie.. macam2 cerita org teringat... kalau kat ofis pun kadang bunyi air dr water dispenser tu pun bole terkejut berpeluh2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 05:12 PM | Show all posts
mek cakap omputih slang penang.....agak agak bloody mary ni paham ke noookkssss????...awwwww
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 06:08 PM | Show all posts
cuba try ckp kat cermin bloody fool 3 kali...confirm ada muka bloody fool depan cermin tu..

cuba try....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 03:00 PM | Show all posts
bloody mary ni hantu barat.agak2 kalo org mesia yg seru,dy bole dtg tak
puccafan Post at 17-6-2012 11:06

kena naik flight dulu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:46 AM | Show all posts
masa den tgh men'grunge'kan diri dulu ada band malaysia bloody mary..lyan gak lagu2 dorang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070253 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list