CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 12

Anak aku darjah 1 malas sekolah

[Copy link]
Post time 17-6-2012 08:11 AM | Show all posts |Read mode
tolonglah dah tak tahu nak wat caner, pukul pon dah. Dalam seminggu mesti ada sehari xgi sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 10:23 AM | Show all posts
Anak laki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 11:15 AM | Show all posts
anak lelaki, siap kuncikan diri dalam bilik air lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 11:15 AM | Show all posts
Reply 2# sadiq_segaraga


   lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:17 PM | Show all posts
Tak tanya ke kenapa dia tak nak gi sekolah? Takut ada budak buli atau ketawakan dia tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 12:26 PM | Show all posts
Reply 5# sadiq_segaraga


   Pernah tanya, macam-macam alasan dia bagi, kerja sekolah banyak lah, kerja sekolah tak siap pastu nak buat pensel box pulak tertinggal kat sekolah (kat rumah banyak lagi pensil tapi xnak guna sebab xbest katanya), ada lagi alasannya dia sakit pinggang sebab kalau kene berdiri diperhimpunan lama sangat (kaki dia pendek sebelah sebab cacat masa lahir - hampir 1 inci beza dan bila dia berdiri dia akan jadi senget sebelah).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2012 12:59 PM | Show all posts
Anak yang pertama ke ni? Dia ada berapa adik beradik?
Pelik gak..selalu budak2 excited nak gi sekolah... takde try tanya cikgu-cikgu dia ke? mesti ada sesuatu yang ditakutkannya kat sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 03:19 PM | Show all posts
Pujuk lah dia dia kata kata yang manis dan memberangsangkan.
Mungkin anak terasa akan kecacatannya akibat di ejek oleh teman temannya maka Puan haruslah pandai mengambil hati anak puan dengan memberikan penjelasan bahawa adanya kelebihannya sebegini. Salah satunya adalah keadaan ini membuatkan dia lebih di kenali dan lebih popular dari mereka yang lain sehinggakan guru besar pun mengenali beliau. Ini tiada kedapatan dengan murid yag lain.

Dan begitulah seterusnya ...Ambillah sedikit masa untuk bersam samanya di sekolah , waktu rehat pagi , bersama samalah dengannya. Dalam beberapa minggu akan okaylah dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2012 05:12 PM | Show all posts
Reply 8# rdzaccess


   AYYO...SINI enciklah bukan puan, puan besau kat rumah jaga anak2, dia tak pandai berforum2 ni.anyway terima kasih atas pandangan tu tapi orang tidak tahu kecacatan dia tu sebab kalau dari segi berjalan atau berlari dia sama dengan murid2 lain kecuali kalau dia berdiri baru orang boleh perasan nampak mcm senget sikit. Cikgu kelas dia pon tak pernah tahu sehingga saya bagitau dia yg anak saya tulang keting dia tu bengkok sikit dan saya bimbang kalau dia masuk acara berlari ke apa takut gak sebab dia masih kanan-kanak dan tulang masih lembut,
saya dah bermacam2 cara pujuk dia dengan lembut dengan kekerasan dah macam2. Nak dipukul selalu kesian juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 08:59 PM | Show all posts
Anak sebenarnya mengajar kita akan kesabaran.
Kalau dia tak mau tu dia akan 'reasoning'...biasalah bagi anak yang hyper active.
Saja dia nak cuba sesuatu dari yang lain ( sama ngan anak saya ).
Anak saya pernah dia sengaja jawap soalan semua tak betul, tapi bila sampai di rumah di ulangi semula soalan yang sedemikian , dapat pulak jawap 100%, .Bila di tanya dia jawap..saja jer, nak tengok cikgu tau ker tak tau...
Tak haru kita di buatnya kalau masa peperiksaan dia nak cuba cikgu dengan buat macam ni...Maka nasihat demi nasihat dan umpan demi umpan di beri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 10:42 AM | Show all posts
cam mana dgn perkembangan anak tt skrg nehh?anak tt sebaya dgn anak lelaki saya....dulu2 masa awal persekolahan, anak saya pn malas gak nk g skolah,tmbh2 lg kalo awal pagi dh kena bgn tido!tp setiap hari, saya bg dia kata2 semangat,nasihat & bg hadiah kalo dia ada peningkatan dlm pelajaran.cm anak saya suka g jalan2...kdg2 tiap2 kali cuti skolah, saya akan bw dia g bercuti tmpt2 yg menarik...& saya g tau dia tu adl hadiah sbb dia rajin blajar!budak2 nehh suka sgt kalo org puji2 dia, ckp elok2...try laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 10:44 AM | Show all posts
jgn kerap sgt pukul dia cos dedulu pn saya kerap pukul anak kalo dia malas g skolah tp kesannya, dia semakin memberontak,melawan dlm diam...tp bila saya pujuk dia elok2,bg kata2 semangat...anak saya mula menunjukkan perubahan yg positif..alhamdullilah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 10:54 AM | Show all posts
anak ana yg sekrg std 3 pun dulu kala cam malas nak gie sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan
mmg dulu ana pun akan rotan, bebel dan pelbagai lagi tp bila x jalan so ana riki dr kawan2 yg mana anak diaorg pun same school dan kelas dgn anak ana, homework xdelah banyak tapi dai nie x suka bila org ejek dia coz dia tinggi orgnya namun a bit cengeng pulak, sikit2 nanges gitulah
pada dia lak ana pujuk dan pujuk dgn nice words, bg tahu kat dia betapa ruginya x gie sekolah nnt x dapat ilmu, kawan2 pun x suka dan mcm2 lagi namun jgn sesekali com[are dia dgn org lain coz anak2 nie x suka
banyak bacakan surah alfatehah dan alam nasyrah masa dia nak tidor, klu boleh lps baca hembus kat umbun2 pala dia sambil bg tahu kuat2 supaya dia akan jadi anak yg pandai dan suka gie school
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053005 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list