Sekali pandang, korang mungkin ingat gambar nie ialah rumah peranginan di tepi pantai. Dengan lantainya kelihatan pasir bertaburan, manakala dindingnye diperbuat daripada batu-bata. Bagaimanapun, bangunan itu bukan seperti anggapan kebanyakan orang, sebaliknya ia adalah hotel istimewa yang diperbuat daripada garam. Sebelum layan gambar, baca la sikit info mengenai hotel nie...

- Nama hotel ini adalah Hotel de Sal Playa dan dibina pada tahun 1993 di Colchani, Bolivia.
- Hotel ini mempunyai 15 bilik, sebuah dapur, sebuah ruang tamu dan sebuah bar.
- Hotel tersebut dibina menggunakan garam hampir sepenuhnya, termasuklah perabot didalamnya.
- Setiap tetamu yang berpeluang menginap di hotel itu pasti terpesona dengan keunikan binaannya.
- Biasanya, pelancong menghabiskan masa beberapa hari di Hotel de Sal bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati keistimewaan bangunan luar biasa itu.
- Ketika ini, Hotel de Sal menjadi tarikan utama pelancong di Bolivia dan mereka biasanya tidak melepaskan peluang ke situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain.
- Dengan bayaran £84 (RM416) semalam, pengunjung boleh menyewa bilik dan merehatkan badan di atas katil diperbuat daripada garam.
- Tidak cukup dengan itu, keesokan harinya mereka juga bakal menikmati sarapan di atas perabot menggunakan garam



|