CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9287|Reply: 8

Agak-agak kalau umur 23 tahun masih sesuai tak ambik sijil kemahiran?

[Copy link]
Post time 5-7-2012 10:24 PM | Show all posts |Read mode
"Agak-agak kalau umur 23 tahun masih sesuai tak ambik sijil kemahiran?"
Itulah persoalan yang bermain di minda aku skang ni... dulu lepas jer aku ambik result SPM, aku terus terfikir masok form 6... mula2 aku ingat form 6 tu senang. sekali dah blajar, mak aih! hardcore tul subjek fom 6 . mau pecah otak aku menghafal buku2 setebal kamus dewan. huhuhu...  redah jer la. last2 gagal. tp try2 jugak apply IPTA.. (memang la tak dapat..) lepas tu guna sijil SPM balik utk apply IPTA, kira ambik diploma jer la.. tapi tak dpt jugak... huhu. tak tau kenaper..

aku try jugak carik kerja, tp kerja2 tu tak menjamin masa depan la.. bila d fikir balik sampai bila nak camni. aku try apply SPA. mntak keja gov, yg sedihnya dah 4 kali fail geng... malahan, byk lagi keja swasta jugak aku try tp tak dpt2 jugak. huhuhu..

Banyak kawan aku suggest, suruh kerja offshore... aku terus nampak peluang.. sememangnya keja offshore ni memang lumayan... aku tak kejar sangat gaji. yang penting aku dapat pengalaman kerja & dpt menjana pendapatan.. itupun dah kira bersyukur...

Tapi parents aku suggest suruh aku ambik sijil kemahiran, bapak aku ckp "camner nak keja offshore kalau takder hand tool skills, nak tak nak keja belajar dulu nak oii.." aku fikir ada betul gak. semua org tau yg spanar2 & bolt kt platform tu mmg besor2. mesti ada skill woo.. safety course BOSIET mmg wajib ambik tp tak guna gak kalau tak tau skills kan.. so, aku pun merelakan diri untuk masuk ILP nak belajar "pipe fitter & gas" belajar pun dalam setahun 5 bulan camtu jer la.

kalau di ikutkan mmg minat aku pada hand tool skills ni, lebih2 lagi berkaitan O&G sbb bpk aku keja shell... cuba la dari dulu jer aku masuk ILP... aiii... ish! tu kisah lama. takyah ingat balik. nak nyesal pun tak guna.

Masalahnya sekarang, aku ada apply ILP/Giatmara/IKM utk bulan julai 2012 tp syg dah tutup la pulak... aku tak tau pulak yg tmpat2 mcm tu kena apply awal2.. so, kena tggu utk bulan Januari 2013. umur aku skang 22, masuk tahun depan dah 23...

KORANG RASA OK KER UMUR 23 TAHUN AMBIK SIJIL KEMAHIRAN????

kalau di ikutkan aku ok jer... cuma ada iblis dalam pala hotak ni aku salu beri tanggapan negatif! So, korang bagi la semangat kat aku yer..! Apa2 pun, thanks guys!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 10:42 PM | Show all posts
sometimes ok, sometimes x ok.

ok sbb ko dpt ilmu baru, dapat sijil. x ok takut jgk lps2 dpt sijil, x dpt jgk nak join ke industri yg sepatutnya. zaman skang dah x de apa yg bleh menjamin masa depan even ada degree/master/phd pun.

actually tmpt2 mcm ko mention tu ko leh tanya terus ke institut sbb certain2 institut mmg ada autonomi utk amik student secara terus, nak2 plk target student mereka masih x cukup.

tp kalo aku jd ko, aku akan terus keje buat la apa keje2 pun janji ada income masuk tiap2 bulan at the same time amik part time diploma kat private collage. ptptn kan ada..

bukan nak racun ko tp pengalaman kerja + kelulusan = superb.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 08:55 AM | Show all posts
it's ok dude...

untuk kerjaya aku suka  mengingtkan diri mahupun mereka yang still ragu2 dalam kerjaya..

dimana bagaimana anda memulakan kerjaya anda merupakan satu langkah komitmen yang besar... namun ramai yang menganggap bahawa adalah perlu untuk mendapat tempat kerja yang bagus gaji yang tinggi untuk awal kerjaya....

sebenarya pada aku itu merupakan suatu bonus sekiranya mendapat tempat dan bayaran yang sebegitu... namun pada aku.. memulakan sesuatu kerjaya tidaklah bergantung kepada utnuk memulakan kerjaya TETAPI bagaimana anda mengakhiri kerjaya anda....

pada aku.. yang da lama kijer neh (lamer ke? baru 6 tahun) kalo nak memilih kijer kalo dpt xper kalo xdpt.. xbekerja la ko....

so bila mana ko da bekerja ko akan nampak sendiri kemajuan kerjaya dimasa depan once ko da terlibat dalam real business... entry point hanya untuk meletakkan ko dlm kelompok mereka yang berjaya untuk tidak bergelar pengangur.. bagaimana nak majukan kerjaya pengalaman dan percampuran ketika bekerja akan memberi dan menunjuk jalan serta mengasah minat untuk terus maju kedpn..

selain gaji... nekad untuk mengakhiri kerjaya sendiri yang perlu difikirkan.. xkan selamanya nak jadi pekerja yang thap itu saja kann??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:06 AM | Show all posts
aku rasa tak de salah pun kau nk amik sijil kemahiran dalam umur 23...at least u got something under ur belt...takde la ko kontang kanting dgn hny cert SPM je bila nk cari kerja...daripada ko kerja bertahun - tahun apa pun tak ada at least kena ada something la kan..daripada sijil kemahiran bila ko dh dpt ko bole cr kerja yg lebih bagus..then after that klu ada duit lebih sambung diploma ... then cari kerja lain yg bagus lagi...lps diploma bole try amik degree...lps dpt degree, diploma dgn pengalaman kerja ko dgn sijil kemahiran lagi..jauh ko bole pegi bro..tp yg penting ko kena ada skill la kan...teori dan praktikal kena seiring la...tak kisah la belajar sampai umur ko 40 pun...

sb aku ada member kat sini dah umur 35 tahun tgh amik degree..dia pun mcm aku ckp dr diploma then apply keje..dh dapat keje elok apply degree PJJ...untuk dapat kenaikkan gaji dengan pangkat...klu setatkat duk kat tempat yg sama tak move on to the next stage pun tak best...sb tu pelajaran tu penting...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:55 AM | Show all posts
23 muda lg.. cepatlah amek pape pun sebelum terlambat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:00 AM | Show all posts
blum terlambat lg..org de degree pn amik kemahiran..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2012 09:12 PM | Show all posts
Tenkiu atas cadangan & komen anda semua....!

Itulah yang bermain kat minda aku skang ni. pasal UMUR jer. aku mcm ada 2 pilihan jer.. Nak kerja atau belajar jap. kalau umur 23 ni kwn2 aku dh anggap dah dpt kerja dah. tp kwn aku ckp camtu pun pun tak kerja jugak. kadang2 ckp kwn pun pun takleh pakai gak. haha.

kira masa ni aku mesti berfikir masak2 utk mempertaruh kan umur 23 thn nanti utk BEKERJA atau BELAJAR..

Aku tak tau la camner peluang kerja kat negeri lain. Aku ni tinggal kat Miri Sarawak. seperti mana korang tau sektor O&G memang pesat membangun kat sini. Malah ada org semenanjung pun keje kat sini tau.. Shell & Petronas kat sini pun makin maju & membangun. syukur Alhamdulilah gak, sebab minyak kat perairan Miri masih byk lagi.. walaupun dah ber tahun2 disedut. haha. rezeki di bumi Allah utk setiap hambanya.. Dari mata dan pemikiran, aku dpt lihat sektor O&G ni masa depan kt sini, sbb tu la aku nak cr kerjaya dlm sektor ni.

Aku pernah gak mintak kerja guna sijil SPM jer.. kira nak ambil pengalaman kaw2 la dulu. Jd kuli pun takper.. cara camtu memang advance lagi dr buang masa belajar.. tapi yg best nyer, awal2 dah kena reject sbb "takder hand tool skills" kadang2 geram2 gak dgn kompeni kat sini. camner nak dpt pengalaman kalau tak d beri keje. tp takpelah tu hak diorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 09:16 PM | Show all posts
sometimes ok, sometimes x ok.

ok sbb ko dpt ilmu baru, dapat sijil. x ok takut jgk lps2 dpt sijil ...
otai_g Post at 5-7-2012 22:42


aku pernah gak g institut kemahiran terus ari tu... diorang ckp dah penoh ler.. tggu kemasukan yg seterusnya. tungguuuu lagi. Aiyak!

nak tak nak tunggu jer la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2012 09:21 PM | Show all posts
aku rasa tak de salah pun kau nk amik sijil kemahiran dalam umur 23...at least u got something under ...
mafilee Post at 6-7-2012 10:06



betul gak tu.... tenkiu sebab bagi semangat utk belajar. Hehe.
p/s: ambik degree umur 35.. mak aih! lagi ler berumur.... hehe. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.626184 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list