Bintil yang tumbuh betul-betul ditepi mata hitam sebelah kanan adakah ianya merbahaya. Baru-baru ni jiran saya tunjukkan pada saya tapi katanya tidak menghalang penglihatan atau rasa sakit. Ianya jernih dan macam menggelembung.
Selain dari itu beliau juga mengalami susah untuk buka mata disebelah kanan bila bangun tidor atau bila terjaga di waktu malam. Kadang-kadang dia gunakan tangan untuk buka matanya kerana kalau tak kenalah pejam dan cuba celikkan beberapa kali baru boleh. Adakah ianya penyakit. Saya cadangkan supaya beliau berjumpa dengan pakar mata tapi hingga kini dia masih tak pergi lagi mungkin baginya tidak merbahaya tak tau la. Saya pun nak tau juga adakah ianya merupakan penyakit.
Terima kasih.