CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5320|Reply: 10

PATUTKAH MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR

[Copy link]
Post time 28-7-2012 06:41 AM | Show all posts |Read mode
KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.
Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

Kata seorang pujangga: ?Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.?

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ?penat? berfikir. Biarlah orang lain fikirkan

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami ?modal diri? yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.
Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.
Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.
Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.

Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.

Persoalannya.. bagaimanakah cara  berfikir intelektual yang boleh mengapai kejayaan kita itu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 04:02 PM | Show all posts
Minda diasah melalui persoalan, pemerhatian, bacaan, penulisan dan penghayatan.
Jd, byk kn aktiviti di atas utk membina intelek.

Persoalannyanya, bergantung kpd diri sendiri utk memilih:
- sekitaran, habitat, tempat, etc. utk minda menjelajah - pengenalan
- bahan² bacaan drpd yg plg asas kpd yg cirian utk bina tapak pemikiran yg lbh luas
- kefahaman melalui penulisan² dan penyampaian literal mahupn tersimpul rapi bg mendptkn cambahan buah fikiran.
- pengamatan dlm setiap perkara yg diterima minda utk dihayati bg membuat pilihan yg lbh besar.

Spy diri yg berakal berhijrah drpd ketidaktahuan kpd berpengetahuan
dan yg plg utama mendekatkn diri kpd kebenaran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 03:15 PM | Show all posts
ehh.. tak banyak plak komen di sini... berminda kecil kah semua? sebab takde aspek 'orang lain' untuk difikirkan... huhuhu...
kita perlu sentiasa berubah seperti mana bumi perlu sentiasa bergerak... kalau bumi berhenti bergerak tanda kepada malapetaka.. jadi sekiranya untuk mengubah diri kita memerlukan kita untuk mengubah cara berfikir, so be it!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 11:16 PM | Show all posts
megubah cara pemikiran,bagimana nk ubah..kalau aper yg kita pikirkan 2 sama..

mcm mana nk jadi kan minda 2 lebih besar,,dengan terokai sesutu 2 dengan mendalam,dengan mencari kata2 yg benar bg sesuatu bnda..
mcm 2 ker..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 11:22 PM | Show all posts
cara berfikir orang yang berjaya adalah:

1. Big picture thinking not small picture thinking.
2. Focused thinking not scattered thinking
3. Creative thinking not restrictive thinking
4. Realistic thinking not fantasy thinking
5. Strategic thinking not random thinking
6. Possibility thinking not limited thinking
7. Reflective thinking not impulsive thinking
8. Innovative thinking not  popular thinking
9. Shared thinking not solo thinking
10. Unselfish thinking not selfish thinking
11. Bottom line thinking not wishful thinking

moral of story: ckp senang nk buat tue selalu ja bertangguh. camno tue nk berjaya?

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 12:33 PM | Show all posts
mentaliti yg x berkembang, x update ilmu terkini, pergerakan terhad sbb kekangan wang/teknologi/mentaliti kuno, tidak berada di persekitaran produktif/org2 berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2012 12:45 PM | Show all posts
jhkuu9ytrtdgh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 06:31 PM | Show all posts
be different in terms of thinking. jangan restrict yourself with unnecessary boundaries. sometimes orang kata nak jadi practical, amek path of least resistance, but not realising that there are so much more potential in being innnovative.
kalo orang kata susah, take it as a challenge. kalo susah makanya x ramai buat. kalo tak ramai buat maknenye kita special.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 08:45 AM | Show all posts
...stagnant...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 07:21 PM | Show all posts
kena dapat wahyu sebelum dapat mengubah cara berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 08:02 PM | Show all posts
merepek je.~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052976 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list