CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87386|Reply: 2493

RUMAH BORAK GPR V120 ~ Borak2, Sembang2 kat sini jomm..

[Copy link]
Post time 1-8-2012 01:51 PM | Show all posts |Read mode
  




Sudah masuk minggu ke-2 kita berpuasa.. mari kita sama2 semarak ibadah kita dlm bulan ramadhan yg mulia ini.. Semoga amalan kita pada bulan ramadhan kali ini diterima Allah swt hendakNya.. ameen...








Last edited by anniez08 on 3-9-2012 11:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2012 01:52 PM | Show all posts
11 amalan sunat bulan ramadhan...

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)

2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu BerbukaDari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5.  Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6.  Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin


credit to: ferico.com
Last edited by anniez08 on 1-8-2012 05:48 PM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 01:55 PM | Show all posts
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  • Menempah pakaian untuk Ramadhan
  • Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun  malam
  • Berazam melakukan Terawih
  • Bertadarus
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan  tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabah  sebelum Imsak
  • Kurangkan tidur
  • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  • Tunaikan Solat Dhuha
  • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  • Tunaikan solat Rawatib
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • Hadiri majlis ilmu
  • Buat baik pada ibubapa
  • Isteri hendaklah taat pada suami
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Berbuka bersama orang tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • Banyakkan i’tikaf di masjid
  • Baiki hubungan suami isteri
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan berbelanja berlebihan
  • Kuatkan kesabaran
  • Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  • Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  • Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
  • Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
  • Melazimkan solat 5 waktu
  • Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar  yang menjadikan pandangan liar
  • Elakkan banyak berhutang
  • Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  • Tunaikan zakat fitrah
Last edited by anniez08 on 1-8-2012 06:02 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:56 PM | Show all posts
PESSSSSSSS
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:59 PM | Show all posts
anniez08 posted on 1-8-2012 01:55 PM
mlm jap lagikk N edit balik kay..
selamat berborak sumer..

MACEH N...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 02:42 PM | Show all posts
cek innnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2012 02:56 PM | Show all posts
salamss semua.. berbuka apa arineh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:05 PM | Show all posts


@encikotot ...shomel tak???? Last edited by ainiz81 on 1-8-2012 03:06 PM \n\n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 03:11 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2012 03:05 PM
@encikotot ...shomel tak????   Last edited by ainiz81 on 1-8-2012 03:06 PM \n\n

AKU BARU JEK TGOK GMBR NIH TDIK TAU..MMG COMEL HAHAHA..
BLEH LAK NGAM KAN...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:13 PM | Show all posts
BabeYSHa posted on 1-8-2012 02:56 PM
salamss semua.. berbuka apa arineh?

wsalam bicha..

ainiz masak maincourse daging masak black pepper..alamak lapor la plak  


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:13 PM | Show all posts
encikotot posted on 1-8-2012 03:11 PM
AKU BARU JEK TGOK GMBR NIH TDIK TAU..MMG COMEL HAHAHA..
BLEH LAK NGAM KAN...

tgk kat mana tu? email ek?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:36 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2012 03:13 PM
tgk kat mana tu? email ek?

TGOK KT BOD MANE NTAH TDIK HEHEHE..

ALAMAK AINIZ SOK AKU KNA PKAI LONG SLEEVE NGN TIE LAAA...KASUT KULIT ADUYAIIIIII...

PENGSAN AKU....HAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:37 PM | Show all posts
encikotot posted on 1-8-2012 03:36 PM
TGOK KT BOD MANE NTAH TDIK HEHEHE..

ALAMAK AINIZ SOK AKU KNA PKAI LONG SLEEVE NGN TIE LAAA...KA ...

mesti nnti ko encem tot..tepek le pic kat sinik..

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:39 PM | Show all posts
BabeYSHa posted on 1-8-2012 02:56 PM
salamss semua.. berbuka apa arineh?

WSALAM MOD...

TAUGEH GRENG NGN IKAN TENGGIRI MASIN...
TLUR DADAR...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:42 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2012 03:37 PM
mesti nnti ko encem tot..tepek le pic kat sinik..

AKU TKUT NNTI KO MUNTAH2 CAM ORG PEKNEN JEK KANG...

XPON KO PKAT GELAK GULING2  RMAI2 KT SINI LAK KANG..POMPUAN BUKN LEH CAYA SGT HAHAHAHAAH..
MSAK AKU KALO KNA GELAK NGN KORG...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:43 PM | Show all posts
encikotot posted on 1-8-2012 03:42 PM
AKU TKUT NNTI KO MUNTAH2 CAM ORG PEKNEN JEK KANG...

XPON KO PKAT GELAK GULING2  RMAI2 KT SINI L ...

tak gelak arr...sumpah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 03:47 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2012 03:43 PM
tak gelak arr...sumpah

HAHAHHA XMOLAAA...

SGANLA AKU NK WAT CMTU...
CUME XBESE JEK PKAI CMTUH LAA..
SLALUNYE BJU AKU KUARKN JEK GI KJE...
BOSS XDE KOMPLEN..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:49 PM | Show all posts
encikotot posted on 1-8-2012 03:47 PM
HAHAHHA XMOLAAA...

SGANLA AKU NK WAT CMTU...

dekut arrr
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:53 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 1-8-2012 03:49 PM
dekut arrr

HAHAHHAHA..NGADERLA KO AINIZ...

...

MESTI SOK AKU GELAK DPN CERMIN TAU HAHAHA..


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:55 PM | Show all posts
encikotot posted on 1-8-2012 03:53 PM
HAHAHHAHA..NGADERLA KO AINIZ...

...

apa kata ko blurkan pic tu nnti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.113006 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list