CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26880|Reply: 77

Jumlah Cuti Korang?, Swasta Sahaja.

[Copy link]
Post time 30-8-2012 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, aku nak tanya berapa hari jumlah cuti korang semua. Ceritanya begini, aku baru saja menghadiri temuduga dan tak minggu ni dan aku berjaya dapat kerja tu tapi aku masih mempertimbangkannya disebabkan satu perkara ni. Aku berpuas hati dengan semua yang mereka tawarkan sehinggalah bila dia menyatakan bahawa jumlah cuti bekerja ialah 30 HARI (WOW!) TAPI 30 hari termasuk CUTI AM (PUBLIC HOLIDAY).

Ini adalah kali pertama aku mendengar mengenai tentang syarat ini, dikompani aku bekerja sekarang jumlah cuti adalah 18 hari sebab aku baru bekerja kurang dari setahun dan dikompeni lama aku jumlah cuti 21 hari sebab dah bekerja lebih 4 tahun. Bila aku mendengar jumlah cuti 30 HARI termasuk CUTI AM tu aku jadi keliru sedikit, ikut HOD tu cuti am adalah hari bekerja jadi kalau nak cuti perlu apply termasuklah cuti HARI RAYA AIDIL FITRI 2 hari tu.

Selepas aku kira-kira di negeri Selangor lebih kurang ada 17-21 cuti am dalam setahun begantung cuti tu jatuh hari bekerja atau hujung minggu, jadinya jumlah cuti sekitar 9-13 hari saja dalam setahun. Walaupun hari bekerja isnin hingga jumaat saja, tapi aku rasa pelik pula dengan syarat ni. Boleh tak rakan-rakan yang ada jumlah cuti sepelik ni kongsikan pengalaman di sini, aku berminat dengan tawaran kerja ni tapi aku takut ada masalah berkaitan cuti di masa depan pula.

Single Polls, Total 114 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 02:10 PM | Show all posts
uishhhh.... 30 hari ok sgt la tu bang....
banyak kampeni kat mesia ni cuma beri 12 hari cuti tahunan untuk tahun pertama dan kedua bekerja.... jadi.. katakan negeri selangor ada 16 hari cuti umum, campur AL ada 28 hari... tapi abang dapat 30hari... ok sgt la tu....

tp heran gak abang ni pilih keje sebab cuti tahunnya...
Last edited by ryo_takahashi1 on 30-8-2012 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 09:52 PM | Show all posts
Office saya first year 10 hari, tak termasuk public holidaysla...sekarang dah kerja 10 tahun, cuti tahunan baru 20 hari...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 03:09 PM | Show all posts
aku cuti rehat tahunan 20 ari
taun lepas cuti x amik sbb asyik claim off OT jek
so b/fwd 20 ari tu jd le taun ni 40 hri
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 02:37 PM | Show all posts
bawah 5 tahun 18 hari, 5 tahun ke atas 21 hari. saya keje kat GLC.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:25 PM | Show all posts
saya dah kerja lebih 17 thn so cuti baru 26hari ( kerja kilang jer )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2012 10:29 PM | Show all posts
sy tak keje.
husband sy baru 2tahun masuk keje kat tempat ni. cuti tahunan 22 hari tak termasuk cuti umum mcm tt..hehehe
cukup 5 tahun kerja, cuti tahunan akan 25 hari
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 07:02 PM | Show all posts
cuti tahun 14 hari je tak kira baru ke lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 12:05 PM | Show all posts
opis haku lagi hampeh... keje lepas 10 tahun baru dapat 19 - 25 hari (ikut gred).  Kalau bawah 10 tahun 14 harii je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 05:48 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 30-8-2012 02:10 PM
uishhhh.... 30 hari ok sgt la tu bang....
banyak kampeni kat mesia ni cuma beri 12 hari cuti tahuna ...

Tapi aku kira di Selangor ni banyak cuti am, contoh ada 18 hari cuti am untuk tahun 2012 tak termasuk lagi cuti jatuh pada hari sabtu dan ahad (kalau ahad di bawa ke isnin contoh Hari Malaysia 16 Septembar ni) yang tahun-tahun akan datang boleh jadi jatuh pada hari bekerja. Bila di tolak 30-18 hari maka ada baki 12 hari, rasa macam sedikit sangat maklumlah aku ni suka sangat berjalan-jalan meronda sana sini.

Lagi pun pengalaman aku bekerja di 3 tempat termasuk sekarang ni jumlah cutinya 18-21 hari walaupun tahun pertama bekerja, mungkin aku sedikit panik dan terkejut bila dapat tahun jumlah cuti dikurangkan jadi 12-14 hari setahun maklumlah selesa untuk ambil 1-2 hari cuti dalam sebulan (terutamanya di hari gaji).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 05:51 PM | Show all posts
SPACENUT posted on 30-8-2012 09:52 PM
Office saya first year 10 hari, tak termasuk public holidaysla...sekarang dah kerja 10 tahun, cuti t ...

Kompeni yang tawarkan aku bekerja ni jangankan tahun pertama tapi seumur hidup cuti hanya 30 hari termasuk cuti am yang perlu di apply, contohnya 31 ogos baru ni aku dapat panggilan lagi interview dengan wakil dari pihak HR untuk rundingan gaji dan sebagainya. Bayangkan 31 ogos tu bekerja, tapi pada masa aku interview tu hampir separuh pejabat kosong sebab pekerja ada pilihan sama ada mahu bekerja atau bercuti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 05:55 PM | Show all posts
dhafir posted on 3-9-2012 02:37 PM
bawah 5 tahun 18 hari, 5 tahun ke atas 21 hari. saya keje kat GLC.

Kira banyak juga ye, rakan serumah aku ni bekerja bahagian logistik kurang 5 tahun hanya 15 hari dan kalau lebih dari 5 tahun naik 3 hari setiap 5 tahun. Maksundnya 5 tahun dapat 15 hari cuti, 10 tahun dapat 18 hari cuti, 15 tahun dapat 21 hari cuti dah seterusnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 05:56 PM | Show all posts
abg_f posted on 3-9-2012 10:25 PM
saya dah kerja lebih 17 thn so cuti baru 26hari ( kerja kilang jer )

Banyak cuti ni memang seronok, sebulan boleh ambil 2-3 hari cuti sekaligus dan seronok kalau dapat bercuti dengan rakan dan keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 05:57 PM | Show all posts
eniliana posted on 3-9-2012 10:29 PM
sy tak keje.
husband sy baru 2tahun masuk keje kat tempat ni. cuti tahunan 22 hari tak termasuk cut ...

Lagi sedikit cutinya ye?, maksudnya kebiasaan kalau cuti am suami bekerja ke?.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 06:01 PM | Show all posts
dr.R posted on 8-9-2012 05:51 PM
Kompeni yang tawarkan aku bekerja ni jangankan tahun pertama tapi seumur hidup cuti hanya 30 hari  ...

Lah kesiannya...sabar ajala...multinasianal ke local?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2012 06:09 PM | Show all posts
SPACENUT posted on 8-9-2012 06:01 PM
Lah kesiannya...sabar ajala...multinasianal ke local?

Banyak branch termasuk di Jerman, Australia dan entah mana lagi sebab aku pun tak habis baca, tapi dukacita di maklumkan walaupun internasional sekiranya aku terima tawaran tu aku hanya duduk di kompeni tu saja dan bukan di branch-branch yang di senarai panjangkan di websitenya tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2012 07:21 PM | Show all posts
I keje tak sampai 6 bulan kat one of private companies yang boleh dikatakan agak established. Cuti tahunan dorang kasi 25 hari. Best kan? TAPI dalam masa 6 bulan I keje, baru cuti 4 hari, tue pun cuti raya 3 hari and 1 hari wedding my brother. Susah nak cuti sebab kena tunggu student cuti, baru boleh cuti. Kalo tak, nanti kena buat replacement class. Itu adalah sangat2 tak seronok. Pastu keje pulak akan bertambah. Sekian.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 08:15 PM | Show all posts
dr.R posted on 8-9-2012 06:09 PM
Banyak branch termasuk di Jerman, Australia dan entah mana lagi sebab aku pun tak habis baca, tapi ...

Haha samalah kita, international gak tapi dok kat sini je...sekali sekali training kat Singapore...cousin aku best kerja kat HSBC, training kat NZ. Jealous giler

Sekarang ni tengah kumpul cuti sebab nak travel Europe tahun depan...harap-harap lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 09:47 PM | Show all posts
dr.R posted on 8-9-2012 05:57 PM
Lagi sedikit cutinya ye?, maksudnya kebiasaan kalau cuti am suami bekerja ke?.

eh tak... kalau cuti am dapat cuti asing. tak kira dalam cuti tahunan tu.
kiranya cuti am+22 hari extra lagi.
rasa mcm banyak sbb bila hujung tahun mesti kena paksa habiskan cuti.
mcm skrg ni dah masuk september, opis dah roger2 soh cuti..
walhal raya hari tu straight 10 hari cuti(cuti tahunan 4 hari+cuti am 6 hari).
nak kata dia jarang ambil cuti tak jugak..

pastu diorang ade cuti ape ke.. kata cuti "menenangkan fikiran" wajib ambil kalau tak silap, dalam satu tahun 7 hari berturut2 (tak termasuk sabtu ahad) tapi cuti tu akan dikira dari annual leave lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 05:27 PM | Show all posts
Wa'alaikumussalam Dr. R (rozmey ke ni?? )

Aku da keje setahun lebih. Cuti dapat setahun 12 hari je. Tapi tak termasuk public holiday.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.098885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list