View: 1761|Reply: 3
|
EDISI ATW : Idea giler nak menambah fulu$ ....
[Copy link]
|
|
Salam akak-akak cun ATW semua, Lox harap semua sihat dan subur hendaknya ....
Ok... tred ni bukan untuk ajak akak2 semua masuk MLM, Skim Cepat Kaya atau jual beli emas kerana itu semua adalah auta dan hanya mengkayakan yang dah kaya.
Tred ni semata-mata untuk bincang idea bagaimana nak tambah fulus, supaya akak2 semua dapat lebih berbelanja untuk membeli, perabut rumah baru, fesyen pakaian terbaru, produk kecantikan yang mahal2 supaya penampilan, wajah dan kulit akak2 semua bertambah mulus dan suami akak2 semua tak de la "cemuih" memandang kata orang Penang..
Ok.. semalam, lepas Lox solat Tahajjud, Lox dapat idea camner nak tambah duit untuk Lox bagi lagi pada bini Lox yang sememangnya amat berjimat cermat dan mata duitan tu.
PROJEK TANAM POKOK BUAH-BUAHAN DI BANDAR : Lox terpikir, tanah kat bandar besar macam PJ, Shah Alam, Georgetown tentu semuanya mahal-mahal belaka, camner nak beli tanah nak tanam pokok buah-buahan. So, entah camner, tetiba Lox terpikir nak mintak izin kat orang-orang bandar yang ada tanah sekangkang kera di laman rumah mereka. Mungkin Lox boleh tanam 2-3 pokok rambutan, mempelam, nangka atau cempedak di tanah tuan rumah tu. Cukup masa, Lox pegi kutip jer dan tuan rumah boleh makan sampai boncit perut cuma Lox mintak jangan ade lak tuan rumah yang join sekaki jual kat pasar...tapi Lox rasa tak kot, sebab tuan rumah yang kaya raya mana ada masa nak jual buah kat pasar... kalau buat duit kat pasar saham ade la...hehehehe ....bijak tak Lox?
PROJEK SEWA POKOK BUNGA DI BANDAR : Sekali lagi, tapak semai jadi persoalan. Tapi Lox dapat idea giler, apa kata kalau kita tanam bunga dalam 50 pasu dan letak kat rumah Kak Bedah, amik sewa RM2 satu pasu .. so dah jadi 100 ringgit boleh Lox kutip dari Kak Bedah. Itu belum Kak Kiah, Kak Salmah, Kak Timah, Kak Zaiton, Kak Jemah dan Kak Rokiah ... bayangkan akak2 tu semua lawan hias depan rumah dengan pokok bunga yang Lox tanam dan jaga ... mesti Lox boleh buat duit kheenn.
So..dua contoh di atas adalah idea dari Lox untuk memperkayakan akak2 di ATW supaya akak2 semua lebih berdikari dan tak mengharapkan sangat laki atau boss untuk bayar gaji.
Apa kata, akak2 bagi idea2 giler lain yang boleh kita kongsi suku sakat di sini ....
|
|
|
|
|
|
|
|
ada LOGIKnya situ
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi laaaa lagi idea2 besh camniii
bleh aku manfaatkan skali |
|
|
|
|
|
|
|
Idea tak memerlukan wang, apa yang perlu adalah sedikit teknik "panjang akal" dan mohon Allah SWT lapangkan rezeki. Lagipun menurut kajian saintifik, purata manusia normal hanya gunakan 10% dari kapasiti otaknya untuk berfikir, selebihnya buat berat kepala jer...
Bak kata omputeh "someone's trash is someone treasure" atau dalam bahasa kita, "orang lain punya sampah sarap mungkin orang lain punya ubat mujarab" ... lebih kurang gitulah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|