Iniler sikit sebanyak lafaz sakinah di Johor....
Lafaz suami “ADALAH saya, XXX, suami kepada XXX yang telah menerimatanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM x tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” -suami serahkan mas kahwin pada isteri
Lafaz isteri
“Adalah saya xxx, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima maskahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda,dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allahmerestui perkahwinan kita,” Lafaz Ibu pengantin perempuan Anakku, xx ...Hari ni kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bwh naungan suamimu.Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi seorang anak yang solehah. Hari ni, ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan mnjdi teman yang mesra kepadamu. Berikan khidmat dan ketaatan mu kepadanya dgn jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadpanya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan janganlah sesekalikamu melupakan akan kedua ibu bapamu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebhgiaan kpd kamu. Ibu juga menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti yg telah ibu berikan kepadamu. Maafkan ibu segala kesilapandan kesalahan semasa mendidikmu. Lafaz pengantin perempuan Ibu, Budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas,hari nescaya akan berpindah dari naungan ibu ke satu alam yg baru yg belum saya ketahui. Saya mohon doa restu ibu agar saya dapat menghadapi cabaran rumahtangga dgn sabar . Saya ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat dan kasih sayang yang tidak ternilai.Ampunkan segala dosa dan kesilapan saya semasa berada dengan ibu. Terima kasih ibu Lafaz Bapa pengantin perempuan, Adalah saya , xxx, bapa kepada xxx dari saat ini menyerahkan tanggungjawab, nafkah,perlindungan, keselamatan , kasih sayang, dan tanggungjawab agama islam kpd kamu xx(pengantin lelaki). Semoga diberkati olah AllahSWT di atas kamu, dan orang yg membawa tanggungjawab kamu dan zuriat kamu. Lafaz Pengantin lelaki Dengan ini saya xxx yang sah kepada xxx bersyukur kepada Allahs.w.t di atas anugerah nikmat iman, islam, kesihatan dan isteri serta berterimakasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawabsebagai suami kepada isteri saya xxx. Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknyauntuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut: 1. Memberi nafkah zahir dan batin. 2. Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna. 3. Keselamatan yang terjamin. 4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhaioleh allah s.w.t. Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutamakedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian terima kasih Last edited by JuanM on 30-10-2012 09:53 AM
|