CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8186|Reply: 4

TV: plasma/lcd/led

[Copy link]
Post time 2-10-2012 01:02 AM | Show all posts |Read mode

as’kum semua.. boleh saya katakan untuk setiap brand tv semuanya memang ok, cuma setiap brand ada engine masing-masing. kalau kita perhatikan
SONY BRAVIA nama engine
TOSHIBA REGZA
PANASONIC VIERA
SAMSUNG DNIE/ mungkin nama engine baru
LG TRIPLE XD
SHARP AQUOS

engine TV ialah pengerak utama untuk mengeluarkan cahaya dan warna yang di keluarkan melalui back light(lampu utama tv).
persamaan lcd dengan plasma ialah kedua-duanya mengunakan Cold Cathode Fluorescent Lamp.
perbezaan kedua-duanya pula..
LCD:mengunakan konsep cecair,tahap dynamic contrast ratio maksima ialah 100,000-1 untuk tahun 2012,mengeluarkan gambar yg terang,terutama sekaliHD.
baik dari segi 1920*1080(full hd)ataupun 1366*768 standard resolution. mempunyai respond time.
PLASMA:mengunakan konsep gas,sebab itulah ia lebih berat 20 hingga 25% daripada lcd malah panel nya pula kaca.tetapi tahap dynamic contrast ratio minimum ialah 3,000,000-1 keatas.dari segi gambar plasma tv lebih natural(tidak terlalu terang dan gelap)mempunyai resolution yg sama,tetap boleh menerima siaran digital cuma tidak setepat lcd tv.
plasma tidak mempunyai respond time ini kerana ia mengunakan gas..

LED:persamaan led dan lcd ialah kedua-duanya mengunakan konsep cecair.tetapi tahap dynamic contras ratio LED lebih kurang sama dengan plasma tv,iaitu 3,000,000-1 keatas. ini kerana ada perbezaan warna dari sudut ketepatan gambar.
sudah tentu led tv teknology yg terbaik di malaysia untuk dari segi pelbagai guna,seperti 3D,smart tv dan juga kegunaan biasa. tetapi jika kita jangkau di luar negara seperti di negara-negara europe teknology tv terbaru mereka ialah ORGANIC LED (OLED)yang ketebalan mencecah 2.9mm.
LED juga ada pelbagai konsep iaitu:
nano LED
full LED
edge LED

spec: jika saya ingin membeli tv akan saya pastikan panelnya tidak lembut. biasanya jika lembut:
1)dari segi ketahanan kurang.(hentakan)memang
boleh dikatakan setiap brand tidak menangung kos
pembaik pulih panel walaupun masih dalam waranty.
dan ada sesetengah brand ada insuran untuk risiko
panel yang pecah.tetapi saya tidak sanggup untuk
menungu selama 1 atau 2 bulan di rumah untuk tv
di baik pulih… tak mungkin bagi saya.
2)mengeluarkan cahaya terlalu terang,menarik warna
dari segi penjimatan tenaga elektrik kurang
kepastian.
3)kebiasaan nya panel lembut hanya cantik apabila
kita tonton tv dihadapan sahaja bila kita duduk
di sudut tepi kebanyakanya warna berubah boleh
juga kita perasan yang warna hitam bertukar jadi
kelabu.
DYNAMIC CONTRAST RATIO:
saya tidak percayakan mana-mana brand menyatakan tv mereka mengunakan mega contrast dan tidak memberi tahu contrast sebenar mereka,ini kerana DYNAMIC CONTRAST RATIO adalah amat penting untuk ada pada setiap tv.ini membolehkan kita membezakan
antara hitam dan putih.
sebagai contoh (arnab putih berlari di kawasan bersalji) jika dynamic contrast tv itu rendah,kita tidak akan dapat membezakan yang mana arnab dan salji..
ciri-ciri tv PILIHAN saya:
panel IPS tecnology(in panel switching)
di mana jarak penglihatan dari semua sudut yang sempurna.warna hitam yang baik,mempunyai 4,000,000-1 dynamic contrast ratio keatas,sekurang-kurangnya 100hz keatas sudah cukup baik bagi saya.kadar warna natural.3D atau tidak smart atau tidak belakang cerita…
nano/full LED:keseluruhan panel dipenuhi lampu LED
membuatkan ia jauh lebih jimat tenaga elektrik.
cuma buat masa ini LG brand sahaja berjaya membuat
nano/full led ternipis di dunia.
LED pluss:di letakan lampu led di tepi frame tv.
pluss bermakna terdapat 3 atau 4 lane lampu led
di tengah panel,untuk backup cahaya diruang tengah
panel.untuk menjimatkan tenaga elektrik.
edge LED:di letakan lampu led di tepi frame tv
sahaja kurang penjimatan tenaga elektrik,
ini kerana apabila tv ini menayangkan scene yang
terang lampu LED di sudut tepi frame terpaksa
mengeluarkan cahaya yang amat kuat untuk sampai di
tengah panel.penarikan tenaga elektrik berlaku di situ..
LED tv:kekuatan cahaya 5 watts untuk setiap satu
lampu LED TV.
OLED tv:kekuatan turun ke paras minima iaitu cuma
30 hingga ke 60 miliwatts untuk setiap satu lampu
LED. malah pada tahun 2010 dan 2011 oled untuk
31″ inci di di jual dengan harga mencecah rm100,000. setiap satu..
memang kita tidak mampu mengejar teknology…
OLEDSementara itu, OLED benar-benar teknologi terbaru dengan skrin besar. Flat panel terdiri daripada berjuta-juta LED kecil. “O” dalam OLED bermaksud “organik” yang bermaksud terdapat karbon dalam molekul daripada pancaran (yang menghasilkan cahaya) lapisan panel. Panel OLED skrin besar tidak memerlukan lampu – mereka sendiri menerangi. HDTV OLED boleh menjadi nipis dan ringan daripada LED skinniest LCD, dan mempunyai beberapa kelebihan lain lebih LCD TV, tanpa mengira sama ada LCD dinyalakan oleh LED atau CCFL.
quality brand dahulu,memang jauh bezanya
dari brand yang sama pada sekarang ini,
jadi saya saran kan lebih baik kita study tentang
teknology,ketahanan,kebaikan dan keburukan malah apa sahaja.paling penting boleh pakai lama.
brand dahulu setiap barangan itu datang dari negara asal 1pcs,tetapi untuk brand yang sama sekarang memang tidak 100% datang dari negara asal mereka.
sudah tentu brand yang masa dahulu mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quality barangan terbaik.. walaupun jangka hayat untuk setiap tv yang lama dulu cuma 60,000jam sahaja.saya tetap percaya jika mereka kata(saya pakai tv sudah 20 tahun.)
di bezakan dengan brand yang sama sekarang amatlah
jauh bezanya,walaupun jangka hayat tv untuk setiap
brand adalah 100,000jam baik plasma,lcd dan led semuanya sama.
tetapi dari segi pengeluaran bagi saya mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quantiti yang banyak.lebih dari qualiti..
jika kita lihat di luar negara,mereka mentelaah(study) setiap brand selama dua atau tiga bulan sebelum membuat keputusan untuk pembelian..
begitu juga saya sekarang ini..
ini ada saya sertakan address graph di mana paparan setiap brand ter baik dari segi servis,ketahanan,penjimatan dan banyak lagi..http://www.pcworld.com/article/244561/hdtv_reliability_and_satisfaction_lg_is_the_brand_to_beat.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 03:51 PM | Show all posts
Skang dah ada yg baru..UD nama dia@Ultra Definition..pixel lagi banyak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 11:57 PM | Show all posts
gelupur posted on 3-10-2012 03:51 PM
Skang dah ada yg baru..UD nama dia@Ultra Definition..pixel lagi banyak

berapakah resolution nyer?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:23 PM | Show all posts
surveyyman posted on 3-10-2012 11:57 PM
berapakah resolution nyer?...

3k lebih rasanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 01:02 AM | Show all posts
gelupur posted on 4-10-2012 03:23 PM
3k lebih rasanya

sebenarnya ada dua resolution nya.. ia itu:

resolution:
  4K:3840 × 2160 bersamaan(8.3 megapixel). 2160P
  8K:7680 × 4320 bersamaan(33.2 megapixel).4320P

aspek ratio: 16:09
Jarak pandangan: 0.75 H
sudut menonton: 100 ° darjah sempurna
Colorimetry: Rec. 2020
Frame rate: 120 Hz progresif
Kedalaman bit: 10/12 bit
Sistem audio: 22,2 bunyi surround
Kadar bunyi: 48/96 kHz

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037450 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list