CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5084|Reply: 18

Pembunuh Bersiri ini adalah Vampire? - Seram Siot!

[Copy link]
Post time 24-10-2012 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Vampire juga Pembunuh! Huh!

Prosa dongeng dan Kesusasteraan Barat dipenuhi dengan kisah - kisah seram tentang vampire - raksasa penghisap darah yang menghuru harakan pekan  - pekan kecil dan kampung - kampung. Cereka tentang kengerian mereka tidak hanya menakutkan orang - orang Barat, malah hingga berjaya membuatkan kita turut merasa tempiasnya. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu, Vampire tidak hanya wujud dalam dunia kesusasteraan dan filem semata - mata, bahkan dalam fakta sejarah juga mencatatkan Vampire sebagai sebahagaian daripada pembunuh paling kejam pernah direkodkan.


Dilahirkan di Santa Clara Country, California pada 23 Mei 1950, Richard Chase adalah lelaki yang paling layak digelar sebagai vampire dalam sejarah. Digelar sebagai "Vampire of Sacramento", dia telah membunuh enam orang dalam jangka masa sebulan, memakan mayat mangsa dan, sesuai dengan gelaran yang diberikan ke atasnya, Chase meminum darah mangsa - mangsanya sehingga kering! Chase berasal daripada keluarga yang porak peranda. Dia mula menunjukkan tanda - tanda mengalami masalah psikologi ketika di awal usia, dan kemudiannya meningkatkan reputasi dirinya sebagai kaki botol dan juga penagih dadah kronik ketika zaman remaja. Chase mula obses terhadap cecair dalam tubuh, dan pernah sekali dia ditahan di wad kerana keracunan darah akibat menyuntik masuk darah arnab ke dalam tubuhnya sendiri.


Chase membunuh mangsa pertamanya; Ambrose Griffin pada 29 Disember 1977 dengan menembak mangsa, sebelum meninggalkan mayat tanpa diusik. Menurut dirinya sendiri, setiap kali dia cuba memasuki rumah mangsa, sia melihat pintu rumah yang berkunci sebagai tanda yang dirinya tidak dialu - alukan dan tidak pernah cuba untuk memecah masuk pintu rumah tersebut, sementara pintu yang tidak berkunci pula dianggap sebagai jemputan untuk dirinya masuk ke dalam dan membunuh mangsa. Mungkin reputasinya sebagai pembunuh bersiri paling kejam bermula apabila dia membunuh mangsa ketiga iaitu Teresa Wallin yang pada ketika itu mengandung tiga bulan, mangsa mati ditembak dengan tiga das tembakan, sebelum Chase bertindak merogol mayat wanita itu dan kemudiannya mandi dengan darah Wallin. Ketagih dengan darah, dua minggu selepas pembunuhan Wallin, Chase membunuh dua ekor anjing jirannya dan meminum darah mereka. Pembunuhan terakhir dilakukan Chase adalah pada tarikh 27 Januari 1978 yang meragut tiga nyawa sekaligus; Evelyn Miroth, ibu berusia 38 tahun dengan anak lelakinya Jason berusia 6 tahun, dan anak saudaranya berumur 22 tahun, David.

Selain merogol mayat Miroth, Chase turut memakan mayat ibu malang tersebut. Dia juga turut meminum darah Jason dan memakan beberapa organ dalaman kanak - kanak itu, termasuk otak. Pada Mei tahun yang sama, Chase berjaya disabitkan hukuman dengan segala perbuatannya. Meskipun didapati mengalami masalah mental, dia dijatuhkan hukuman mati menggunakan gas chamber. Namun begitu, sebelum hukuman tersebut dijalankan, Chase terlebih dahulu membunuh diri pada 26 Disember 1980.

Sumber : http://blogyangsiot.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 07:13 AM | Show all posts
muka calm jer......
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:49 AM | Show all posts
hensem gak tapi sayang psiko gila...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:26 AM | Show all posts
sedap ke minum darah? hanyir jer... ape2pon mmg psiko lg nie... nasib baik cpt ditangkap kalo tak ramai lagik korban dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:10 PM | Show all posts
alahai muka hensem burger tapi jahatnya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:35 PM | Show all posts
Rogol Mayat..???Pelik Jer..Pastu Mandi Darah..Seram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 12:46 PM | Show all posts
Nama pun dah psiko....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 01:27 PM | Show all posts
jefrilza posted on 25-10-2012 09:49 AM
hensem gak tapi sayang psiko gila...



INI time dier muda - muda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 04:55 PM | Show all posts
SyamKyray posted on 25-10-2012 01:27 PM
INI time dier muda - muda...

hermmm... rosak seorang orang....
selalunya yang psiko ni mmg datang dari keluarga yang berantakan atau waktu kecil dulu dia didera dengan teruk kan...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:35 PM | Show all posts


Tapi muka mamat rambut afro tu lebih menyerupai vampire kan?.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:53 PM | Show all posts
Perghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:25 PM | Show all posts
hemsem pekejadahnya macam tu. dead eyes and everything.. euwwww
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 06:59 PM | Show all posts
Real life Twillight
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 11:29 AM | Show all posts
Alahai hensem..leh masuk jd model.tetapi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 03:23 PM | Show all posts
kejam nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2012 04:00 PM | Show all posts
dr.R posted on 25-10-2012 06:35 PM
Tapi muka mamat rambut afro tu lebih menyerupai vampire kan?.

hahahaha nice! betul2!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:58 AM | Show all posts
here i come...hahhaha
aah muke leh bla tp mental...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.168461 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list