|
tertarik dgn idea kerja di hotel2 seluruh dunia sambil melancong...
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=638
Rindu Eropah Tawan Damascus
Munir Ramli
Harga: RM 18.00
ISBN: 978-967-5711-17-6
Halaman: ~368
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 24 Dis 2010
Kategori: Umum
Sinopsis Sebuah travelog seorang pemuda berusia 21 tahun dengan menaiki kereta api, kapal laut, kapal terbang dan adakalanya terpaksa berjalan kaki. Kisah benar yang dilalui penulis dipaparkan secara telus ini boleh menjadi panduan kepada bakal pengembara.
Munir berhasrat menuju Eropah, tetapi akhirnya menetap dua tahun di Syria. Sebelum itu, Munir sempat menjejak Thailand, Singapura, India, Pakistan, Turki dan akhirnya berpeluang menunaikan fardu haji pada usia 22 tahun.
Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef di Hotel Meridien, Syria.
Karya ini mampu membuka minda pelajar-pelajar jurusan perhotelan, bahawa mereka boleh memohon pekerjaan di hotel-hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia.
|
|