Rancangan GEMPAK AIDILFITRI 2013 kini bertukar tajuk kepada NUANSA AIDILFITRI 2013, hanya tajuk sahaja yang bertukar tetapi seluruh programnya tetap sama. Kini selebriti pereka dalaman Faizal Zain sibuk dengan jadual pengambaran seluruh episod rancangan ini. Rancangan ini dapat anda tonton sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan 2013 di saluran RTM1 dan Astro 180 TVi.
Di sini dipaparkan sedikit situasi disebalik tabir pengambaran Nuansa Aidilfitri 2013, di mana selebriti pereka dalaman Faizal Zain sibuk mencetuskan sentuhan dekorasi buat kediaman peserta yang terpilih. Bertuah sungguh peserta ini, jika anda juga ingin menjadi peserta yang terpilih, apa lagi 'LIKE' lah facebook kami dan hantarkan gambar kediaman anda!
Persiapan sedang dilakukan untuk memulakan pengambaran.
Cat dinding tajaan Jotun dan wallpaper tajaan Lamex...wow...
Barang-barang tajaan...
Faizal Zain menghasilkan sentuhan dengan rona warna hangat bertenaga.
siap...semua barang free.....
Macam mana, pastinya anda teruja bukan, tunggu rancangan ini nanti di kaca TV anda!