CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4524|Reply: 9

[TV3] Muzik Muzik 28. Setiap Sabtu, 5-6ptg

[Copy link]
Post time 31-1-2013 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya tak tau nak letak post thread ni kat bahagian mana.

Muzik Muzik 28

Pengacara: AG Hot FM dan Scha Alyahah



Set baru:


Segmen:
- Bzz... Bzz!
- #MM28 tahun ini lebih kepada "info-tainment", cerita-cerita menarik, isu-isu artis.

Artis yang buat persembahan masa PC:
-Wana




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2013 11:41 PM | Show all posts
Scha Alyahya & AG Pengacara Baru Muzik Muzik Ke-28
Semalam telah berlangsung Majlis Memperkenalkan Set & Wajah Pengacara Terbaru Muzik-Muzik Ke-28 di Sri Pentas. Budiey nak ucapkan tahniah buat pengacara anggun cantik cun melecun, Scha Alyahya dan juga penyampai Hot FM iaitu AG kerana telah dipilih menggalas tugas sebagai pengacara Muzik-Muzik musim baru.








Scha Alyahya

AG

Budiey rasa, TV3 telah melakukan pilihan yang sangat tepat kerana Scha Alyahya memang best dan AG pula memang kelakar. So, elokla tu kan? Tapi kalau letak Awal kat situ nanti jadi lain macam la pulakkan.

Gandingan penyampai Gandingan penyampai radio dan pelakon popular itu tampil menggantikan pengacara Muzik Muzik sebelum ini, Adzriefaiz dan Chad Hot FM.

Kehadiran AG dan Scha dipertemukan untuk kali pertama dijangka memberi kelainan kepada Muzik Muzik edisi ke-28 (MM28). Program TV3 itu kembali menemui penonton setiap Sabtu, mulai esok, jam 5 petang dengan membawa konsep ‘infotainment’. MM28 juga akan membawa perkembangan semasa muzik dalam dan luar negara setiap minggu serta rutin harian penggiat seni pada setiap bulan.

Menurut Scha, dia tidak menyangka hasrat untuk mengembangkan kerjaya sebagai pengacara pada 2013 termakbul selepas menerima tawaran itu.


“Memang pada tahun lepas saya sudah berniat untuk mencari peluang menjadi pengacara televisyen (TV) pada 2013. Apabila TV3 merisik untuk uji bakat pada Disember lepas, saya mahu mencuba. Impian saya termakbul apabila diberikan peluang mengacarakan MM28.”

Penerbit program, Azman Ghafar, berkata beberapa segmen baru turut diperkenal untuk memberi paparan lebih mantap.


“Tiga segmen baru terbabit adalah Buzz Buzz, Hot dan Gosip Fifi yang akan bercerita mengenai gosip paling hangat artis dan industri hiburan. Selain cerita artis, bidang tugas pengurus artis, pereka fesyen, juru solek, penulis lagu, penulis lirik dan pemuzik juga akan dipaparkan setiap bulan.”

“Apapun, Muzik Muzik masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu. 13 lagu tahun lalu turut dibawa masuk semula ke dalam Muzik Muzik 28 untuk bertanding semula. Kami tidak risau dengan keserasian kerana ia akan diperoleh nanti. Mereka berbakat dan banyak pengalaman mengacara sebelum ini.”

Masih mengekalkan carta 20 lagu terbaik dan pencalonan baharu pada setiap minggu, MM28 tampil dengan konsep infotainment dalam berkongsi perkembangan semasa industri muzik di dalam dan luar negara.

Bermula musim ini, tiga segmen baharu iaitu Buzz Buzz, HOTdan Gosip Fifiturut diperkenalkan.


Tahniah buat AG dan Scha, selamat maju jaya. Semoga Muzik-Muzik musim baru ini lebih gempak, happening dan fresh!

http://www.budiey.com/scha-alyahya-ag-pengacara-baru-muzik-muzik-ke-28/

Last edited by Langit13iru on 1-2-2013 11:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:12 PM | Show all posts
pencalonan minggu pertama :

1. (lupe, sape eH?)
2. Apo Kono Eh Jang - Steller, AC Mizal & Fida >>> lagu lama diberi nafas baru pon dh blh msk MM eh?
3. Jagalah Diri - Jaclyn Victor >>> sehingga hr ni, inilah Juara Lagu nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:50 AM | Show all posts
boleh la kot.. yg penting lagu lama tu ciptaan org Malaysia dan tak pernah masuk bertanding dlm MM.. dan yg penting kredit utk pencipta lagu lama tu mesti ada dalam lagu baru tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:10 PM | Show all posts
aku nak kau yg terindah tercalon...

suke sgt teknik vokal alyah dlm lagu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 09:14 AM | Show all posts
dauswq posted on 8-2-2013 10:10 PM
aku nak kau yg terindah tercalon...

suke sgt teknik vokal alyah dlm lagu ni...

Lagu tu dhpun dicalonkan jgk!!!!!!!!!Naik trus ke No 4.....Kalo bole,balik ke top 3......
PATUT JUARA BEB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Kalo bole dikekalkan selama 10-12 minggu dlm top 5 ke top 10 atau sebaiknya top 3,INSYALLAH,ada cukup markah untuk ke semifinals MM28 nanti!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2013 09:17 AM | Show all posts
Bagus!!!!Muzik Muzik kembali bersiaran seperti biasa,1 JAM!!!!
Tpi aku mcm tk dapek saksikan trus pasal tiap kali,AKU KERJA MACAM AKU NAIK GILA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 01:25 AM | Show all posts
Facebook http://www.facebook.com/MuzikMuzik28
Twitter http://twitter.com/muzikmuzik2013

@encik_k_90 Rasanya boleh tengok kat Tonton kot nanti.   

Sistem pengundian masih tak berubah kan... Patutnya dorang kena rombak balik lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 11:32 AM | Show all posts
tolonglah update carta mingguan tu dalam thread nie.. aku memang malas nak tengok sampaila semi nanti.. tapi nak la tahu gak..
anyway KAU YG TERINDAH lagu yg best cuma susunan muzik lagu ni mcm tak dramatik macam lagu KISAH HATI yg sgt hebat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:41 AM | Show all posts
takde ke yg sudi nak update carta ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.105457 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list