CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5974|Reply: 1

Aberdeen , Scotland , United Kingdom

 Close [Copy link]
Post time 13-2-2013 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Aberdeen adalah bandar ketiga paling rmai penduduk di Scotland. Anggaran penduduk rasminya adalah 210,400.

*dari http://abidfana.com/2009/12/29/melancong-ke-aberdeen/
Ada org brjalan ke Aberdeen krana ingin brmain golf. Tidak dinafikn, memang banyak juga padang golf di sekitar Aberdeen. Ada juga yang datang ke sini kerana ingin berada di tempat paling utara komuniti Malaysia brhimpun. Ada yang datang ke sini untuk mncari kerja di dalam industri minyak dan gas. Ada yang datang ke sini kerana ingin melihat keunikan bangunan granit di sekitar Aberdeen. Ada yang datang ke sini untuk melihat keindahn semula jadi ciptaan Allah. Akan tetapi, sekiranya anda datang untuk mmbeli-belah, atau mncari hiburan sehebat England, maka Aberdeen bukan tempatnya. Ada yang brpandangan Aberdeen sebagai bandar yang agak ‘boring’, dan mmpunyai prsekitarn yang sesuai untuk belajar. Allahua’lam.
Aberdeen adalah bandar ketiga trbesar di Scotland. Trletak di North Sea, Aberdeen banyak brgantung kepada industri berasaskn sumber laut. Sekiranya dahulu bandar ini brgantung kepada industri perikann, akan tetapi sejak penemuan minyak di North Sea pada tahun 70-an, bandar ini dianggap sebagai Oil and Gas Capital City of Europe. Dengan sebab itulah kos hidup agak tinggi di sini. Harga rumah dikatakn yang kedua trmahal di United Kingdom selepas London. Ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di Aberdeen.
Bandar ini juga turut dikenali sebagai granite city. Ini kerana kebanyakan bangunan di bandar ini dibina daripada batu granit. Dikatakn kadar radiasi Aberdeen adalah antara yang trtinggi di dunia, akan tetapi jangan risau, ianya masih berada di paras yang amat minimum dan tidak mmbahayakn manusia. Batu granit mnjadikn bandar ini brkilauan dengan identiti kelabunya, sekiranya (mujur/beruntung) bandar ini dilimpahi dengan cahaya matahari. Walaupun berkongsi status dengan Dundee sebagai bandar yang paling banyak mndapat cahaya matahari (siangnya paling panjang), akan tetapi dalam banyak keadaan, cuaca Scotland – sejuk, hujan, mndung dan gerimis – biasanya dijuarai oleh Aberdeen. Beberapa kali saya melihat dokumentari yang menyatakn bangunan bandar ini sama cantik dengan bangunan di Bath. Allahua’lam.
Aberdeen mempunyai dua sungai utama, iaitu sungai Dee di belah selatan, dan sungai Don di belah utara. Nama Aberdeen dikatakan merupakn gabungan antara Dee dan Don = Deen.Walaupun semasa musim panas, cuaca Scotland yang tidak menentu menyebabkn jarang yang mnjadikn kawasan sungai di sini sebagai tempat brkelah. Perlu diingatkan, Aberdeen letaknya lebih utara daripada Moscow!
Anda boleh melawat Aberdeen sama ada melalui kapal terbang, keretapi, bas atau memandu sendiri. Saya mncadangkn kepada pelawat di Aberdeen untuk memandu atau menyewa kereta apabila sampai di sini, kerana jaringan pengangkutn awam di sini tidaklah seefisyen bandar lain di UK walaupun syarikat First yang mengawal banyak bas dan keretapi awam di seluruh UK berasal daripada bandar ini (harga tiket bas di Aberdeen adalah trmahal).
Untuk penginapn pula, sama sahaja dengan kebanyakn bandar di UK, banyak hotel atau B&B yang boleh disewa. Sebaiknya pilihlah hotel yang terletak di City Centre of Aberdeen untuk memudahkn anda mmbeli barangan dan makanan.

SEHARI DI BANDAR ABERDEEN
Pertamanya, melawatlah ke King’s College University of Aberdeen. Sekiranya anda mmpunyai satellite navigator, cari High Street di Aberdeen atau pun Old Aberdeen. Di sinilah letaknya bangunan lama University of Aberdeen yang dibina pada tahun 1497. Anda boleh merujuk peta Old Aberdeen.

King's College, University of Aberdeen


Destinasi seterusnya daripada Old Aberdeen ialah ke tepi pantai. Anda akan dapat melihat Stadium Pittodrie yang dimiliki oleh Aberdeen FC, antara kelab bolasepak Scotland yang pernah dipimpin oleh Sir Alex Ferguson. Anda boleh meletak kereta anda di tepi pantai Aberdeen untuk bergambar. Terdapat kawasan hiburan di pantai ini.
Setelah puas bergambar di pantai, anda boleh meneruskan destinasi ke Union Street atau jalan utama untuk membeli-belah di Aberdeen. Di sini, anda akan dapat melihat sendiri karakter utama bandar Aberdeen dengan keunikan batu granitnya. Di sinilah juga terletaknya Marischal College yang merupakan binaan granit kedua terbesar di dunia. Terdapat juga beberapa tempat pelancongan menarik yang boleh dikunjungi di sepanjang Union Street.

Union Street


Kemudian, anda bolehlah meneruskan perjalanan ke Duthie Park. Taman ini sama sahaja dengan mana-mana taman di seluruh UK, cuma bezanya ialah di sini terletaknya Winter Garden atau rumah kaca. Bagi mereka yang ingin melihat pokok pisang, padi, kaktus, tanaman tropika dan tanaman musim lain di negara sejuk ini, maka inilah tempat yang wajar anda lawati.
Seterusnya, anda bolehlah meneruskan perjalanan untuk menikmati jalan persisiran pantai di sekitar Aberdeen. Anda boleh bergambar di rumah api Aberdeen / Girdleness Lighthouse dan melihat sendiri keindahan pemandangan di jalan persisiran pantai Aberdeen.

KE SELATAN ABERDEEN
Di dalam radius satu jam perjalanan ke luar city of Aberdeen, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Bagi yang ingin pulang ke Selatan, saya mencadangkan agar anda tidak melalui motorway A90. Sebaliknya ikutlah jalan Dundee-Aberdeen Coastal Route. Nak mudah untuk melalui jalan ini, ialah pergi ke bandar Stonehaven terlebih dahulu. Anda boleh bersiar-siar di pekan kecil Stonehaven ini dan menikmati fish n chip yang terkenal di sini. Atau bagi yang memiliki satellite navigator, menujulah ke Dunnotar Castle, sekitar 20 minit sahaja ke selatan Aberdeen. Istana ini bagi saya ialah merupakan antara istana tercantik di Scotland, kerana keunikan lokasinya yang terletak di tebing laut.

Dunnotar Castle



Kemudian, ikutlah tourist coastal route ke Dundee. Dalam perjalanan, anda akan melalui Arbroath. Ada beberapa bangunan lama yang cantik di bandar ini. Selain itu, anda juga wajib membeli Arbroath smokies atau ikan salai (haddock atau salmon) yang amat sinonim dengan bandar ini.
Sampai di Dundee, setelah bersiar-siar di bandar ini dan menyusuri sungai Tay, seterusnya saya mencadangkan anda untuk pergi ke St Andrews, yang merupakan bandar universiti tertua di Scotland dan juga padang golf pertama di dunia. Jangan lupa untuk bergambar dan meletak kereta percuma di The Scores di tepi Istana St Andrews dan berjalan kaki sahaja di sekitar bandar comel ini. Jangan lupa untuk makan aiskrim janetta yang terkenal di sini. Pilih perasa yang halal!


Last edited by nurfarida on 13-2-2013 11:15 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 10:35 AM | Show all posts
KE BARAT ABERDEEN

Ke barat Aberdeen bermaksud anda menuju ke Scottish Highland. Ada beberapa tempat menarik di sini. Bagi yang meminati salji dan sukan ski, daripada bulan Disember sehingga bulan Mac, anda boleh berkunjung ke The Lecht atau ke Glenshee yang terletak hanya satu jam perjalanan dari Aberdeen. Keadaan salji serta tempat menarik untuk bermain salji lain boleh dilihat di laman ini. Berhati-hati ketika memandu terutamanya di musim sejuk. Semasa cuaca ekstrim, jalan akan ditutup dan kadang-kadang air screen washer kereta anda boleh membeku walaupun menggunakan campuran yang khas!

Selain itu, anda juga boleh melalui Royal Deeside Road. Sepanjang laluan A93 di lembah sungai Dee yang menghubungkan Aberdeen hingga ke Scottish Highland ini, ada banyak tempat menarik untuk disinggahi, seperti Drum Castledan Crathes Castle. Anda juga akan melalui beberapa pekan kecil yang cantik, seperti Ballater di mana terletaknya stesyen keretapi di-Raja yang pernah berfungsi sebagai stesyen keretapi keluarga diraja British untuk pergi ke istana persinggahan musim sejuk mereka di Balmoral Castle. Pemandangan di sekitar perjalanan juga amat menakjubkan. Karakternya berbeza mengikut musim. Musim kegemaran kami sekeluarga ialah ketika awal musim luruh, sebelum pokok menggugurkan daunnya yang kekuningan. Bagi mereka yang ingin ke Inverness, selain melalui A96, anda boleh juga melalui A93 untuk menikmati keindahan alam.


Royal Deeside di musim luruh
KE UTARA ABERDEEN

Sementara ke utara Aberdeen pula, saya mencadangkan anda untuk melaluiCoastal Trail. Anda akan dapat melihat pemandangan tepi pantai yang unik di sepanjang perjalanan, selain beberapa tempat menarik untuk disinggahi seperti pekan Peterhead yang terkenal dengan industri perikanan dan juga restoran fish and chip, Fraserburgh yang terkenal dengan Museum of Scottish Lighhouses dan Banff/MacDuff yang terkenal dengan Haddo House dan Macduff Aquarium.

Selain cadangan di atas, anda boleh melihat banyak lagi tempat menarik seperti yang terdapat di dalam laman ini.

TEMPAT REKREASI KANAK-KANAK

Aberdeen City dan Aberdeenshire ialah tempat yang wajar dikunjungi bagi mereka yang ingin melihat keindahan alan semulajadi. Bukan semua pelancong mempunyai minat dengan tema ini. Khususnya bagi kanak-kanak, mungkin akan menyebabkan mereka sedikit kebosanan apabila melawat ke sekitar Aberdeen. Pun demikian, saya berpandangan menjadi kewajiban ibu bapa untuk mendidik anak-anak kecil kita menghargai alam sekitar. Selain itu, ada juga beberapa tempat menarik untuk kanak-kanak, seperti Codonas Amusement Park di pantai Aberdeen, playbarn Hoodles, Storybook Glen (taman bajet untuk melihat patung karakter kartun kanak-kanak) dan Arheolink Prehistory Park. Kecuali Codonas, saya pernah membawa anak-anak saya ke tempat di atas dan mereka amat menyukainya. Saya tidak mencadangkan anda pergi keSatrosphere Science Centre berdekatan Codonas kerana tidak berbaloi dengan bayaran masuknya.

PELANCONG MUSLIM

Bagi pelancong muslim, tiada apa sepatutnya yang anda perlu risaukan sepanjang perjalanan anda ke sini. Islam adalah agama yang mudah, dan sewajarnya kita tidak boleh mengabaikan tuntutan agama selagi mana kita bernafas di muka bumi Allah ini. Di Aberdeen, tidak terdapat masjid dengan erti kata masjid dengan bangunan yang khusus. Akan tetapi 5000 Muslim di Aberdeen bersembahyang di dua masjid utama, pertamanya di Central Mosqueberhampiran dengan University of Aberdeen (Old Aberdeen campus) dan juga masjid di Crown Terrace yang letaknya berhampiran dengan Union Street. Bagi yang inginkan makanan halal, terdapat banyak kedai take away dan juga restoran halal di sekitar Union Street, King Street dan George Street. Kedai kegemaran kami ialah di Lahore Karahi. Di hotel penginapan, anda boleh meminta brosur take away halal yang biasanya disimpan di kaunter utama. Bagi yang ingin membeli bahan mentah untuk memasak, terdapat beberapa kedai halal di George Street dan King Street, atau di Fair Deal Food Shop.


* pada anda yang sudah ada pengalaman di aberdeen , jom share di sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062313 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list