CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22633|Reply: 17

Khasiat Habbatus Sauda

[Copy link]
Post time 26-2-2013 02:51 AM | Show all posts |Read mode
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.



Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain

“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino



Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 11:48 AM | Show all posts
betul ke habbatussauda sgt berkesan merawat sakit lelah/asthma?my sis ade beli kapsul keluaran minsyam,dia ckp sakit asthma dia dh berkurang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 12:58 PM | Show all posts
saya br seminggu try lepas direkomen oleh kazen2 saya..saya baca bnyk kebaikan tentang habbatus sauda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:30 AM | Show all posts
im intend to consume habatussauda as one of my effort to get pregnant. In shaa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:30 PM | Show all posts
.i'Allahpenawar pelbagai pnyakit.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2013 07:21 PM | Show all posts
Makanan sunnah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 10:39 AM | Show all posts
makan mcm tu je ke? mcm mkn pil biasa sbb kat rumah ada cuma xtau nak kena rendam dlm air ke atau mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2013 12:28 PM | Show all posts
minyak habbatus sauda elok utk org yg batuk, cepat hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 05:38 PM | Show all posts
ni yt jintan hitam tu ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:14 AM | Show all posts
@CikTigger  boleh juga cuba produk hsgold premium
kerana proses mengekstrak kandungan antioksidan yang memberi kesan kepada badan kita adalah sangat tinggi

@mitten
kami juga akan keluarkan formulasi habbatus sauda dalam partikel nano
jadi penyerapan ke saraf dan sistem badan lebih cepat & efisyen

@izzah_mia
kalau yg berbentuk pil (softgel), boleh makan terus aje
kalau yg dalam bentuk minyak, boleh campurkan sikit dengan apa jua air
air zamzam adalah terbaik

#hsgold boleh didapati melalui http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=740400
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:00 AM | Show all posts
bagaimana pula pengidap diabetes militus? blh kan mengamalkannya? mohon penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:30 PM | Show all posts
saya ade jual... blh pm
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:31 PM | Show all posts
blh pm
aku ya Last edited by aku_2011 on 19-9-2013 06:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:52 PM | Show all posts
Salaam.

Boleh rekomen yang terbaik punya brand?

Yang simple jer; mengandungi asas habbatus sauda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 05:05 PM | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 5-8-2014 02:52 PM
Salaam.

Boleh rekomen yang terbaik punya brand?

akk mkn brand baraka....blh beli online tapi akk tak jual ye...

aritu beli yg minyak punya asik lupa je nk mkn....ni beli yg kapsul senang sket, letak sket dlm handbag, kalau lupa mkn kat umah, mkn kat opis

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 12:39 PM | Show all posts
Saya amalkan habatussauda jgk.
Alhamdulillah rasa cergas kuat je badan wpon bekerja berbelas jam sehari.

Saya rekomen yg keluarga saudara mara. Respon mereka
- sakit lutut yg berbulan2 dh hilang
- sakit belakang hilang
- yg ada kencing manis darah tinggi - tiada sembap kaki, dr pakai tongkat nk berjalan dh xperlu pakai
- hubungan suami isteri makin intim
- sakit biasa demam batuk selesema tak perlu mkn ubat beli farmasi/klinik lg
- ada asma, dh xperlu guna ubat sedut lg
- ada eczema , kulit beransur baik

Bykk lagi respons positif. Syukur yg teramat sgt

Rasulullah SAW bersabda ' habatussauda ubat segala penyakit kecuali mati.'
je berikhtiar, insyaAllah sembuh.

Sape yg nak try bole PM sy.

Produk Habasyi88: habatussauda oil 500mg , 125 kapsul sebotol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.109850 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list