View: 2200|Reply: 0
|
Singkap Rahsia Solekan Mineral
[Copy link]
|
|
Setelah diselidik, Audri memperoleh jawapannya iaitu, solekan mineral. Sejak itu, dia mula menjalankan penyelidikan dan kajian berkaitan kosmetik itu. Hasil keterujaannya itu Audri berjaya menghasilkan satu formulasi solekan 100% mineral yang dimulai dengan bedak solekan dua dalam satu, Mineral Foundation & Powder di bawah jenama Ronasutra. Usahanya tidak terhenti di situ, terkini setelah produk pertamanya mendapat sambutan dia bakal melancarkan pemerah pipi mineral di bawah jenama yang sama. Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan pengarah produk dan pembangunan jenama Ronasutra ini tidak menoleh ke belakang lagi. Perkembangan teknologi juga membantunya untuk menguar-uarkan kebaikan solekan 100% mineral kepada masyarakat pengguna dengan lebih mudah dan meluas.
“Tahun 2007, secara rasmi saya melancarkan kosmetik dan produk kecantikan Ronasutra terdiri daripada Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder, Ronasutra Kabuki Brush dan Ronasutra NBR Sponge.
“Sejak itu bedak solekan berasaskan mineral ini mula dikenali dan saya menerima respons yang positif dari pengguna produk ini. Solekan berasaskan mineral ini bukan saja mendapat sambutan hangat dari kalangan pengguna dalam negara malah dari luar juga,” akuinya yang pernah menjadi editor kecantikan untuk majalah bahasa Inggeris tempatan. Cari formulasi terbaik Cerita Audri, minatnya terhadap pembangunan formulasi sesuatu produk kecantikan telah dipupuk sejak remaja lagi.Namun, ilmu yang diperoleh bukanlah hadir dengan mudah. Dia tidak pernah jemu mempelajari ilmu berkaitan formulasi produk di luar negara. Setiap kali ada waktu lapang, dia akan menggunakannya waktu itu untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminatinya itu. “Ia amat penting untuk membolehkan saya terus mencari formulasi terbaik berkaitan produk yang dihasilkan. Misalnya bedak solekan Ronasutra ini sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa agar ia sesuai dengan keperluan pengguna.
“Baik dari segi formulasi mahupun pembungkusan, keduanya kami titik beratkan. Dari segi pembungkusan, ia dihasilkan secara 'custom made' dan tiada peluang untuk disadur atau ditiru oleh orang lain,” jelasnya yang pernah mengikuti kursus berkaitan formulasi di Himalaya dan Bangkok. Bagi menghasilkan satu produk yang unik dan menepati keperluan pengguna, Audri akan menjalankan kajian terhadap produk yang dihasilkan. Malah solekan mineralnya itu juga telah menjalani ujian pengguna yang meluas dalam tempoh dua tahun terutama dalam mencari penyelesaian masalah berkaitan jenis dan warna kulit pelanggan. Menerusi testimoni, dia memperoleh maklumat sekali gus memudahkannya untuk menghasilkan formulasi yang sesuai dengan wajah-wajah wanita Asia. Justeru, tidak hairanlah bedak Ronasutra keluarannya itu boleh digunakan tanpa waswas kerana diperbuat seratus peratus dari bahan galian dan mineral, malah boleh digunakan ketika solat dan selamat memakainya ketika tidur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|