Anda seorang wanita yang sangat berhati – hati dalam memilih pasangan. Selalunya pilihan yang paling selamat adalah memilih mereka yang menyayangi kita. Di sini saya senarikan petanda – petanda yang menunjukkan lelaki tersebut memang benar – benar sayang pada anda.
Dia hanya mahu berada bersama dengan anda.
Seorang lelaki memang gila bayang pada anda bila dia sanggup mengenepikan perkara –perkara lain hanya untuk bersama dengan anda. Dia akan melakukan apa sahaja asalkan dia boleh bersama dengan anda. Apabila anda ingin berjumpa dengan dia, dia akan datang dengan secepat kilat tanpa bertangguh.
Dia selalu menghubungi anda melalui telefon.
Jika anda menerima lautan mesej dan miss call dari dia, dia memang benar – benar sayang pada anda dengan sepenuh hati dia. Nasihat saya, jangan lepaskan dia kerana anda mungkin tidak akan jumpa lelaki yang obses pada anda seperti itu lagi.
Dia akan cuba sedaya upaya untuk memberi anda layanan istimewa.
Lelaki jatuh cinta pada anda apabila mereka mula bertindak gentleman terhadap anda. Mereka mula membuka pintu kereta untuk anda, membuka kerusi untuk anda sebelum anda duduk dan sentiasa mengutamakan anda pada setiap hal. Jika ini berlaku, anda seorang yang bertuah kerana berjumpa dengan seorang lelaki yang benar – benar sayang akan anda.
Dia tidak henti – henti berkata mengenai anda.
Setiap hari dia akan sentiasa memuji anda dengan kata cinta dan sayang. Dia akan memuji – muji anda seolah –olah anda adalah ratu dunia. Apa sahaja yang menarik perhatian dia, dia akan gunakan untuk memuji anda. Pujian bukanlah dari mulutnya tetapi dari hati dia. Anda dapat lihat dengan jelas keikhlasan dia pada anda melalui pujian yang dia hamburkan pada anda.
Dia bawa anda untuk kenal dengan orang yang rapat dengan dia.
Dia sayang pada anda dengan sepenuh hati dia apabila dia mula memperkenalkan diri anda pada rakan – rakan rapat dia, keluarga dia dan segala perkara yang bermakna pada dia.
Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda.
Bila seorang lelaki jatuh cinta pada anda, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda. Jika anda meminta pertolongan dari dia, dia akan menolong anda dengan sepantas kilat, tanpa bertangguh. Baginya, anda adalah seorang yang istimewa dan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda. Dia juga sanggup membantu anda untuk mencapai impian anda.
Dia tidak jemu dengan anda.
Walaupun anda selalu membuat hal anda sendiri dan melayan si dia dengan sepatutnya, dia tetap sentiasa ada untuk anda. Malah si dia, tidak jemu – jemu memuji anda. Dia tidak rasa jemu langsung dengan anda. Sebaliknya dia rasa sangat cinta pada anda.
|