View: 14585|Reply: 49
|
Pengguna yang ditindas oleh Proton(dengan bukti)! Bayar sebanyak RM15,000!
[Copy link]
|
|
PROTON EXORA BOLD CFE 13000KM ENGINE BLOCK PECAH
PROTON tidak warranty,mangsa dikehendaki bayar RM13500,tetapi tidak dibenarkan melihat
engin report(PROTON Service Center Pantai Bharu Klang,Jalan Meru)
PENTING! Saya hanya nak laporan daripada Proton!Bukan nak warranty!Sila jangan salah faham!
Pada 11 haribulan Feb,hari kedua pada Tahun Baru Cina,kereta saya yang baru beli setengah
tahun telah rosak di tengah jalan semasa saya balik ke kampung, bahagian engin kereta
mengeluarkan bunyi meletup, dan selepas itu, engin kereta saya telah mati ditengah jalan.
Selepas itu,kereta saya dibawa masuk ke Pantai Bharu Proton Service Center.
Pada 13 haribulan Feb,pekerja Service Center telah balik dari cuti Tahun Baru Cina dan
memulakan pemeriksakan masalah kereta saya.Saya menunggu hingga 6 haribulan March baru
dapat tahu masalah kereta saya. Technician memberitahu saya bahawa block engin kereta saya
telah pecah dan perlu menukar engin kereta baru.Apabila saya tanya dengan lebih mendalam
lagi, technician tersebut tidak dapat memberi jawapan yang pasti kepada saya. Technician
tersebut hanya memberitahu pada saya "mungkin disebabkan masalah ini....""mungkin kerana
masalah itu.." dan engin kereta saya perlu tukar, kosnya hampir RM15,000!
Disebabkan saya tidak mendapat jawapan yang pasti dari mulut technician itu, saya meminta
untuk tengok laporan tentang masalah kereta saya dengan lebih teliti, tetapi Pantai Bharu
Proton Service Center tidak menbenarkan saya berbuat demikian atas alasan prosedur
syarikat Proton tidak membenarkan pelanggan untuk melihat laporan pemeriksaan kereta,
walaupun melibatkan dengan jumlah wang yang banyak!
Selepas itu, saya telah menelefon ke hotline customer service proton-Icare. Jawapan yang
diberikan ialah saya perlu memperolehi laporan kereta saya daripada Service Center
tersebut. Lepas itu, saya balik ke Service Center tersebut dan meminta lagi untuk
mendapatkan laporan tentang kerosakan kereta saya supaya saya tahu punca kerosakan kereta
saya, tetapi mereka tidak membenarkan dengan alasan yang sama lagi! Iaitu,prosedur Proton
tidak membenarkan pelanggan melihat laporan kereta!
Jadi, saya rasa saya telah dipermainkan antara Customer Service dan Service Center, tidak
ada sesiapa yang cuba untuk menbantu saya menyelesaikan masalah ini. Adilkah perbuatan
macam ini kepada pengguna seperti saya? Saya diminta membayar wang yang berjumlah RM15,000
tetapi tiada hak untuk mengetahui kerosakan yang dialami kereta saya! Mengapa mereka tidak
dapat berikan saya satu jawapan yang pasti dan laporan yang formal?Adakan laporan tersebut
begitu rahsia? sehingga saya orang yang membayar pun tiada hak untuk melihat? Lagipun saya
perlu berhadapan dengan sikap yang tidak bertanggungjawab pekerja-pekerja...Bila saya
cakap saya hendak mengadu tentang masalah ini,mereka berkata:ikut suka hati awak sajalah
...nak adu terus pergi mengadu sajalah!
Begitukah sikap seorang pekerja di sebuah syarikat yang terkemuka???
PS: Warranty kereta saya telah dibatalkan disebabkan saya tidak menukar engin minyak di
tempat Proton. Saya faham dan boleh terima tindakan itu.Saya juga rela bayar Rm15,000
untuk memperbaiki kereta saya! Tetapi mengapakah saya tiada hak untuk tahu apa yang
berlaku terhadap kereta saya untuk membayar jumlah wang yang begitu banyak tetapi cuma
mendapat satu jawapan yang kabur dari mulut technician itu.Proton adalah syarikat yang
besar di negara kita,takkanlah hanya meminta laporan kerosakan kereta pun susah sangat?
Dalam masa satu bulan ini saya telah menghadapi banyak masalah dan kerugian yang timbul
disebabkan kerosakan kereta saya. Sebagai seorang pengguna, yang membayar wang untuk
produk dan service, dilayan sebegini...patutke ???Dimanakah hak saya sebagai seorang
pengguna???
Last edited by MRNG on 21-3-2013 01:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
pertama sekali nk ucap tahniah kerana memiliki proton, boleh cuba tanya kat TTPM minta nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
proton dan perodua syarikat sampah.. mmg patut kena boikot pun.. low quality menyusahkan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu proton nie well-known masalah sana-sini...masih dok beli jugok...tahniah sekali lagi...
Kalau ada proton model terbaru utk akan datang lagi...silalah upgrade |
|
|
|
|
|
|
|
ni memang masalah tt ke cedok dari blog??? |
|
|
|
|
|
|
|
fuh dashyat sungguh sampai engine block pecah, masuk tribunal tuntutan pengguna lah nampaknya ni, duit 15k tu bukan sikit, boleh beli sebijik keta 2nd hand lain. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kerana bersedekah pada negara............! |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 20-3-2013 11:13 PM
http://cforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=3035760
TQ for tolong letakkan gambar...sebab i tak tahu sangat nak letak gambar kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
MRNG posted on 21-3-2013 01:09 AM
TQ for tolong letakkan gambar...sebab i tak tahu sangat nak letak gambar kat sini
pls pigi bakar kedai proton itew...........
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 21-3-2013 01:10 AM
pls pigi bakar kedai proton itew...........
Service Center tu kata dia nak popular~dia kata ikut sukahati i nak macam mana mengadu pun....marilah kita biarkan ia bakar kat internet~biar dia popular~
|
|
|
|
|
|
|
|
MRNG posted on 21-3-2013 01:14 AM
Service Center tu kata dia nak popular~dia kata ikut sukahati i nak macam mana mengadu pun....mari ...
ambil gambar serbis senter tu........
|
|
|
|
|
|
|
|
TT buat macam ini parking kat depan centre tu.........
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta baru apahal pi service kat luar. Waranty memang void. Salahkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada waranti napa servis luar...
salah diri sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik tukar enjin halfcut je dari tukar enjin CFE baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku, aku kencing cakap tak servis luar.. cakap tak perasan dah terlebih jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 21-3-2013 08:37 AM
Kereta baru apahal pi service kat luar. Waranty memang void. Salahkan diri sendiri.
"PENTING! Saya hanya nak laporan daripada Proton!Bukan nak warranty!Sila jangan salah faham!"
SILA BACA BAIK BAIK SEBELUM BERCAKAP!
|
|
|
|
|
|
|
|
xguna juga kalo ko meroyan kt sini bukan boleh dapat pun report tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku la jadi TT...
aku takkan simply bayar 15K utk enjin yg sama...
baik la aku masuk enjin Mivec lagi puas hati....rasanya tak smpaipun 15K
btw....baik ko ambil kete tu hantar kat bengkel biasa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|