CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7574|Reply: 4

[Buku] Buku Kosa Kata Klasik

[Copy link]
Post time 15-4-2013 09:36 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum

kawan-kawan. hest berminat nak tambah kosa kata melayu klasik, bahasa2 istana dan bangsawan melayu.. tapi hest buntu untuk mencari buku genre ni. minta jasa baik kawan-kawan yang mungkin tahu, untuk bagi cadangan pada hest judul buka dan penulisnya


mungkin juga, kawan-kawan sendiri yang mungkin tahu.. boleh letak kan kosakata-kosa kata bangsawan di sini dan insyaAllah hest akan update dari masa ke semasa


mohon izin momod-momod sekelian Last edited by attokz on 20-4-2013 05:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2013 09:38 AM | Show all posts
kosa kata bangsawan dan melayu klasik

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:42 PM | Show all posts
Mungkin yang dimaksudkan adalah bahasa Arkaik.
Boleh cari kamus Panduan Kosa Kata Sastera Klasik yang diselenggarakan oleh Wahyunah Abd. Gani terbitan DBP.
Edisi yang ada pada aku ialah terbitan tahun 1991. ISBN 983 62 2132 8.

Kamus ini merupakan pengumpulan kosa kata daripada hampir kesemua teks/manuskrip Melayu Klasik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 09:24 AM | Show all posts
attokz posted on 20-4-2013 05:42 PM
Mungkin yang dimaksudkan adalah bahasa Arkaik.
Boleh cari kamus Panduan Kosa Kata Sastera Klasik ya ...

"   Bahasa Arkaik atau bahasa mati merupakan bahasa kuno yang telah mati dan juga tidak berkembang lagi. salah satu contoh bahasa Arkaik adalah seperti bahasa Sanskrit yang telah mati sejak abad ke-2 masihi lagi.

bahasa tersebut juga digunakan pada zaman dahulu untuk kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, dan juga Atherva Veda.

Bahasa ini juga di ajar kepada para Brahmin dalam keadaan yang terbatas dan tertutup. sebagai contoh : bahasa latin yang digunakan oleh orang kristian terutama katolik Roma. Ia juga digunakan untuk urusan agama dan juga ibadat. contoh tulisannya juga adalah seperti bahasa kawi, iatitu bahasa Jawa kuno yang telah mati. bahasa tersebut juga dipelajari hanya untuk mendapatkan pengetahuan daripada perpustakaan Jawa Kuno.

http://raziatulaishah.blogspot.com/ "


"   arkaik        1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg tidak begitu dikenal atau bersifat ~.        Kamus Dewan Edisi Keempat  "

"  PENDAPAT:Wujudnya bahasa Arkaik ini sebenarnya merupakan satu kerugian dalam dunia bahasa Melayu sendiri kerana telah mengabaikan bahasa yang digunakan nenek moyang kita pada zaman dahulu. Seharusnya, kita mengekalkan bahasa ini agar bahasa ini dapat diturunkan kepada generasi akan datang.

http://fizayana.blogspot.com   "













Last edited by hest on 22-4-2013 09:29 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 09:43 AM | Show all posts
attokz posted on 20-4-2013 05:42 PM
Mungkin yang dimaksudkan adalah bahasa Arkaik.
Boleh cari kamus Panduan Kosa Kata Sastera Klasik ya ...

jadi bahasa2 istana sama ya dengan arkaik?

kita memang banyak terpengaruh dengan sanskrit. tapi sanskrit ni lebih dia punya bahasa seperasan aku lain sikit dr bahasa istana. arkaik pulak lebih kepada sanskrit kuno.

ke.. aku masih terkeliru dan tersalah?

yang ada pada kau skang ni, kamus tu untuk di jual ke? ke kau guna sendiri?  dia ada edisi terbaru ea?

kau ada tak buku cerita yang masih menggunakan bahasa tu? kalau dalam tulisan jawi pun tak pe, aku boleh baca lancar.

sekarang yang ada pada aku tulisan jawi yang di alih bahasa arab ke melayu.. aku rasa arab la kot. penggunaan bahasa lebih kurang sama cuma nahu sarafnya saje yang tak sama dengan bahasa sekarang.. contoh kitab-matla’-al-badrain-wa-majma’-al-bahrain kitab fiqh ni, menggunakan lenggok bahasa lama. tapi bahasa dia ada yang kuno ada yang tak. kadang2 aku terkeliru dengan lenggok bahasa indonesia.

ok aku rasa dah tersasar jauh.. huhuhu

cuma nak tahu, bahasa istana melayu adakah menggunakan bahasa arkaik yang dikumpul kan?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045402 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list