tanya pacit gugel
ader burung tekukur jawa jadi ibu tumpang
KAEDAH IBU TUMPANG. Kaedah ini digunakan sekiranya induk betina tidak pandai mengeram telur. Telur tadi perlu diletakkan kedalam sarang sangkar burung tekukur jawa (Ring Neck Dove). Burung tekukur jawa ini akan eram telur sehingga menetas dan menjaga anak sehingga besar. Ianya adalah ibu tumpang yang baik. Kebiasaan kaedah ini digunakan oleh pembiak - pembiak komersial kerana proses penghasilan anak adalah cepat. Selepas telur diambil dari induk asal tekukur dan diberi pada ibu tumpang untuk mengeram, induk tekukur tadi akan bertelur kembali dalam jarak 1 minggu dan ianya sungguh pantas untuk mendapat anak tekukur.