CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7971|Reply: 14

Lelaki Metroseksual

[Copy link]
Post time 23-4-2013 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Apakah itu lelaki metroseksual? Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.


1) Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas: "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri. Janggut tak shave, rambut tidak disisir rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan. Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur. Minyak rambut malam tadi pun masih intact. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.

2) Anda ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.

3) Anda membawa beg tangan lelaki ataupun 'manbag' ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli. Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


4) Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita. Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung Hana Tajima, membuat kek red velvet mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.

5) Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men's Vogue.

6) Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut Maniam. Syampu pun pakai Vidal Sassoon. Eh ada lagi ke syampu tu? Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.

7) Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri. In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit. Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.

8) Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air. Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L'Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.

9) Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Real Housewives of New Jersey.


10) Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi "cet cet" di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti "Hai Bang Long, meh la saya belanja air Zappel". Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat pandangan berahi daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.

Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual. Well, as long as you don't gargle some other man's ball in your mouth, that is. Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 01:02 PM | Show all posts
Metrosexual men are not my type of men.

I prefer rugged men.  TQ
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:05 PM | Show all posts
makin byk laki cam ni... makin trendy n particular ngan penampilan diri dan apa dorang pakai... the younger generation di bandar2 especially....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:58 PM | Show all posts
metroseksual makin ramai.............

kulit pon dah lembut macam perempuan...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:57 AM | Show all posts
ahaks. lelaki metroseksual ada kebaikan dan keburukannya. kalo terkapel dgn orang camni, dan nak kahwin dgn dia, kena la terima segala kekurangan dan kelebihan dia. tak sanggup, lari awal-awal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:11 AM | Show all posts
mannn.... misleading!!!!
metro banyak jenis larrr... kalo stakat yang diletak kat post atas tu dah lebih menjurus kepada pondan dah! lelaki metro appreciate fine living!  bukan nsk jadi perempuan ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2013 06:00 PM | Show all posts
mcm GAYAH je statement kt atas
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 02:51 AM | Show all posts
metrosexual kalau setakat penampilan, pakaian, kebersihan dan kewangian ok laa.. sedap jugak mata memandang.. serabai sangat pun sakit gak mata melihatnya..

tapi kalau sampai pegi facial, pedicure, manicure setiap bulan.. dgn segala produk kecantikan berjenama, tak larat wehh.. mengalahkan perempuan pulak...

apapun paling penting kebersihan.. dalaman dan luaran.. kalau bersih luar dalam automatik nampak hensem!

dan jangan lupa wudhuk 5 kali sehari tu paling penting.. dan pastikan setiap produk yg digunakan tu halal yel..   Last edited by manganini on 25-4-2013 02:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 11:08 AM | Show all posts
Fariz07 posted on 24-4-2013 06:00 PM
mcm GAYAH je statement kt atas

yang tetiba prasangka kat orang tu lagilah spisis mak GAYAH
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:11 PM | Show all posts
kat opis aku ade sekor bajet metro tp tak pandai.. dah cam pondan tak siap je gaya nye.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 02:41 PM | Show all posts
midnite.caller posted on 24-4-2013 10:11 AM
mannn.... misleading!!!!
metro banyak jenis larrr... kalo stakat yang diletak kat post atas  ...

aku pon rase mcm misleading....rasenye yg atas tu lebih kepada gayah kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 07:19 PM | Show all posts
mrbotak posted on 25-4-2013 12:11 PM
kat opis aku ade sekor bajet metro tp tak pandai.. dah cam pondan tak siap je gaya nye.. huhu

begitulah kebiasaannya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 09:27 PM | Show all posts
yang penting laki tu kemas..ni janggut serabai..tk basuh jean..ada ka pompuan yg suka..
tp klau laki pegang beg cam gitu..pergi manicure mmg babai ah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 04:24 AM | Show all posts
kalau sampai nak medicure bagai tuh bukan tahap metroseksual  dah...  ni dah masuk kategori penjagaan diri jebong. Lelaki metroseksual yg betul selalunya jaga penampilan pemakaian, rambut, kulit dan wangian je. Ni over plak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 24-4-2013 08:57 AM
ahaks. lelaki metroseksual ada kebaikan dan keburukannya. kalo terkapel dgn orang camni, dan nak kah ...

Awat hahahahaha?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.102442 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list