CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2592|Reply: 0

1 Set Novel Hlovate RM 50 sahaja! (SOLD OUT)

[Copy link]
Post time 15-5-2013 03:55 AM | Show all posts |Read mode
salam. kepada peminat buku hlovate, saya nak jual buku2 ni. SAYA NAK LET GO SEMUA BUKU PADA HARGA RM 50 SAHAJA.tapi harga tak termasuk pos.

1. Tunas

Sinopsis belakang buku:

“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.


2. Contengan Jalanan
.
Sinopsis:

I - Fend Namanya Affendy. ‘Fend'; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup.

         Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy'. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy' II - K2 Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K2 untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues.

          Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.



3. aA + bB


Sinopsis

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade. Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.


*berminat? pm saya atau email sy di [email protected]. siapa cepat dia dapat



Last edited by syarah_1204 on 23-7-2013 02:06 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.817846 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list