CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1735|Reply: 0

Revington terus bimbing skuad hoki

[Copy link]
Post time 18-6-2013 10:18 AM | Show all posts |Read mode



JURULATIH skuad negara Paul Revington menarik  keputusan peletakan jawatannya dan akan terus membimbing pasukan sekurang-kurangnya sehingga pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu di kementeriannya di sini, semalam.

“Saya rasa lega dengan keputusan itu sebab beliau kendalikan pasukan kebangsaan dengan baik. Kita tidak mahu momentum pasukan kita untuk pusingan Liga Hoki Dunia terjejas,” katanya.

Pada pertemuan 20 minit itu, Khairy berkata Revington turut bersetuju untuk mempertimbangkan keputusan terus bersama skuad kebangsaan selepas pusingan Liga Dunia itu.

“Menurut persefahaman antara kami, beliau mungkin akan terus (melatih) juga selepas Liga Dunia itu, cuma saya perlu bincang dengan pihak lain yang terlibat sebelum membuat ketetapan untuk beliau kekal,” katanya.

Khairy dalam pertemuan itu juga turut memaklumkan kepada Revington bahawa beliau akan secara peribadi menangani isu itu bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau turut meminta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong untuk meneruskan perjumpaan dengan MHC berhubung perkara tersebut yang dijangka akan diadakan di MSN, hari ini.

“Saya tidak mahu tidak terlalu ‘micro manage’ perkara ini. Saya memahami pandangan dan kerisauan beliau (Revington). Mengenai masa depan beliau, kita perlu tangani dengan individu yang lain yang ada dalam persatuan,” katanya.

Revington pada Sabtu lepas mendakwa wujud campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan terutamanya daripada jurulatih skuad remaja kebangsaan, Muhamad Dharmaraj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan yang mendorong beliau untuk meletakkan jawatan sebagai jurulatih hoki kebangsaan.

Revington adalah bekas jurulatih pasukan Ireland dan pernah memenangi anugerah ‘Jurulatih Terbaik Dunia 2011’ oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Artikel Berkaitan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040562 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list