CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 0

Syura bawa ibu Umrah dulu baru ke Paris

[Copy link]
Post time 27-6-2013 10:26 AM | Show all posts |Read mode



JUARA
MasterChef Selebriti Malaysia (MCSM) musim ke-2, Syura bernazar untuk membawa ibunya, Samsiah Mohamad menunaikan umrah.

Namun, memandangkan keadaan ibunya yang masih belum mengizinkan, Syura akui perlu menanti sehingga kesihatan ibunya pulih.

“Sebelum ini, Syura ada berniat dalam hati nak bawa mak menunaikan umrah kalau menang MCSM ini. Alhamdulillah Syura menang.

“Menitis air mata mak apabila Syura beritahu Syura juara MCSM, tapi kena tunggu mak pulih. Perancangannya pertengahan hari raya nanti tapi kena tengok keadaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MCSM, semalam.

Syura memenangi wang tunai RM 60,500 yang disumbangkan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan dan dua tiket penerbangan kelas perniagaan ke Paris.

Dalam episod terakhir MCSM itu, Syura ada menyebut tentang berbulan madu sekali lagi.

“Bulan madu yang saya maksudkan adalah untuk menghabiskan masa berkualiti dengan suami, itu saja.

“Sebelum ini, kami ada berbulan madu juga tapi tidaklah sampai ke Paris. Kami ke Disneyland Hong Kong,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Namun, Syura akui perlu menunaikan nazar terhadap ibunya terlebih dahulu sebelum ke Paris.

“Saya perlu selesaikan nazar itu dulu dan ke Paris itu tengok keadaan tapi kalau boleh hujung tahun ini,” katanya.

Menurut Pengurus Siaran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pihaknya kini sedang berbincang untuk siri MasterChef yang akan datang.

“Siri MasterChef berikutnya dalam perancangan tapi masih dalam perbincangan. Apa yang saya boleh kata, formatnya berlainan dari MCSM ataupun MasterChef Malaysia,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.151925 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list