View: 14069|Reply: 16
|
Ujian HSG kenal pasti halangan kehamilan
[Copy link]
|
|
Tidak semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata. Seringkali ungkapan ‘belum ada rezeki’ digunakan sebagai jawapan klise untuk setiap soalan yang ditanyakan kepada pasangan yang telah berkahwin namun masih tidak mempunyai anak.
Mengecualikan pasangan yang merancang kehamilan, bagi pasangan yang begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga pastinya akan berusaha melakukan apa sahaja cara bagi memastikan hasrat dan maksud kesampaian.
Tidak mengira sama ada ikhtiar dilakukan secara saintifik mahupun tradisional, semuanya dengan satu matlamat untuk membolehkan si isteri hamil dan memperoleh cahaya mata yang bakal menyinari rumah tangga mereka.
Menurut Pakar Radiologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Norlah Khalil, kesukaran untuk mengandung adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh wanita berumah tangga.
“Keadaan ini dipanggil kemandulan, iaitu gagal untuk mengandung dalam jangka waktu yang dianggap normal, biasanya apabila melebihi satu tahun.
“Mengandung namun sering mengalami keguguran juga mungkin terjadi,” jelas beliau ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.
Menerusi kaedah perubatan saintifik, ujian kesihatan ke atas pasangan-pasangan ini perlu dijalankan.
Ujian dimulakan dengan pemeriksaan terhadap kualiti air mani suami kemudian diikuti dengan tahap kesihatan isteri.
Bagi pemeriksaan untuk isteri, bahagian sistem reproduksi perlu diperiksa dengan teliti bagi menentukan penyebab kepada kegagalan untuk mengandung tersebut.
Antara sebab-sebabnya ialah kelainan rahim sejak lahir seperti rahim didelfi, ketumbuhan dalam rahim dan saluran fallopian tersumbat atau hydrosalpinges, boleh disebabkan infeksi pelvis ( PID) atau endometrosis.
Menurut Dr. Norlah, beberapa cara boleh dilakukan untuk pemeriksaan organ reproduksi wanita untuk tujuan di atas.
Antaranya, melalui ultrasound hysterocontrastsoniography (HyCoSy), laparoscopy dan pemeriksaan X-ray histerosalpingografi (HSG) .
“Histerosalpingografi merupakan satu teknik radiografi mudah, untuk pemeriksaan ruang dalaman rahim dan saluran fallopian, yang dilakukan untuk mencari sebab mengapa seseorang wanita itu sukar mengandung atau kerap mengalami keguguran.
“Teknik ini disarankan dilakukan pada hari ke sembilan atau ke 10
dari tarikh hari pertama kedatangan haid atau setelah darah haid benar-benar berhenti.
“Pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan selepas haid hingga tarikh pemeriksaan dilakukan supaya dipastikan wanita tersebut tidak mengandung ketika pemeriksaan HSG dilakukan,” ujar beliau.
Dr. Norlah menambah, pemeriksaan yang terlalu awal atau lewat di separuh akhir kitaran haid patut dielakkan kerana pada waktu itu, dinding rahim mengandungi banyak saluran darah.
Dikhuatiri intravasasi contrast akan berlaku dan mengelirukan interpretasi filem x-ray kelak.
Teknik
Pesakit perlu datang pada tarikh yang telah ditetapkan. Tiada persediaan khas diperlukan dan pesakit tidak perlu berpuasa semalaman.
Dr. Norlah menjelaskan, selepas pembersihan perineuam (bahagian disekitar alat sulit), kanula akan dimasukkan ke dalam servik dan cecair yang dipanggil ‘kontrast media’ akan disuntik ke dalam rahim melalui kanula tersebut.
Cecair kontras ini disuntik secara perlahan-lahan sambil filem-filem kecil (spot films) diambil secara berperingkat-peringkat iaitu semasa cecair kontras memenuhi ruang rahim, salur fallopian serta ruang pelvis.
Gambar-gambar x-ray yang diambil akan disemak dan laporan akan diberi pada pesakit pada hari yang sama.
“Menjalani HSG membolehkan punca kemandulan atau kekerapan keguguran dapat dipastikan dan seterusnya perawatan dapat disarankan.
“Tidak dinafikan ada ramai para isteri yang belum mengetahui tentang HSG dan fungsinya. Kebanyakan wanita juga pasti ingin mengetahui komplikasi sebelum mencuba teknik ini. Di antaranya ialah infeksi.
“Namun, ini jarang sekali berlaku, jika terjadi sekalipun lebih kerap kepada pesakit yang pernah menghidapi jangkitan pelvis (PID) dan pembengkakan tiub (hydrosalpinges).
“Kesakitan minimum juga boleh dirasai disebabkan distensi rahim dan salur fallopian. Reaksi alahan boleh juga berlaku tetapi ini juga sangat kurang terjadi,” tambah beliau.
Bagaimanapun menurutnya, terdapat beberapa langkah yang diimplementasi bagi mengelakkan kesan sampingan.
Antaranya, perineum pesakit dibersihkan terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dibuat dan alat-alat yang digunakan adalah alat-alat yang telah dicuci hama.
Antibiotik sebagai prophylaxis diberikan kepada pesakit yang yang berisiko tinggi iaitu mereka yang pernah mengalami jangkitan pelvis dan hydrosalpinges. Ubat penahan sakit atau antispasmodic seperti buscopan juga boleh diberikan kepada pesakit yang kurang daya tahan sakit.
“Kanula perlu dimasukkan ke dalam serviks dengan cermat dan cecair kontras disuntik perlahan-lahan supaya tidak terjadi distensi mengejut pada ruang rahim dan salur fallopian yang mungkin menyebabkan kesakitan,” kata beliau.
Kelebihan HSG
Menurut Dr. Norlah, teknik HSG adalah cepat, mudah dan tepat di mana prosedurnya hanya memakan masa lebih kurang 15 minit.
“Pesakit boleh menjalani kegiatan harian seperti biasa selepas ujian radiografi tersebut.
“HSG juga membolehkan ruang dalam rahim dan salur fallopian dilihat dengan tepat dan agak murah berbanding dengan beberapa teknik pemeriksaan lain,” jelas beliau.
Menurut pemerhatian Dr Norlah, ada wanita yang rahim dan salur fallopiannya didapati tidak bermasalah, mengandung selepas satu atau dua bulan HSG dibuat .
Menurutnya salah satu sebabnya mungkin salur fallopian pada asalnya sempit telah terbuka semasa HSG tersebut dilakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai.... 15.1.14 ni kene bt HSG... huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
girly.. posted on 13-1-2014 11:17 AM
alahai.... 15.1.14 ni kene bt HSG... huhuhu
buat kt gomen ke kt private?? |
|
|
|
|
|
|
|
girly.. posted on 16-1-2014 06:06 AM
huhuhu... dah bt dah smlm... sakit nyer.. huhuhu...
kat gomen la.. private... hrm.. ...
sy br peringkt ke2..first time g sana dea amek tekanan darah..2nd time depa amek sample darah..lg 2 mggu depa soh amek result..awak buat hsg tu kena byr brapa?rm5 jer ek?ms register...brpa lm proses? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..lepas hsg ni sy trus pregnnt..mgkin juga rezeki.mmg bgs hsg ni, dpt bersihkan "sawang2" dlm tiub kita selain nk tau ada blokage or x. |
|
|
|
|
|
|
|
naina posted on 18-1-2014 06:30 AM
Alhamdulillah..lepas hsg ni sy trus pregnnt..mgkin juga rezeki.mmg bgs hsg ni, dpt bersihkan "sawang ...
waaaaa....tahniah2..bet nye awak..awk wt kt gomen ke private?baby dh brapa bln? |
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 23-1-2014 06:57 PM
waaaaa....tahniah2..bet nye awak..awk wt kt gomen ke private?baby dh brapa bln?
Sy buat kt damansara specialist
Nurse 2 org n sorg doc sume pmpuan
xsakit pon..kena relax jgn keraskan bdn
Sy under lppkn so byrn rm200
Alhamdulillah dah 17 weeks, doakan bby sy sihat dan selamat yer
awk jgn putus asa k..doa byk2 n jgn malu buat rwtn
insyaAllah segalanya mudah
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata Doktor Hamid Arshat...PAKAR SAKIT PUAN TERKEMUKA..
Masih menanti cahaya mata?….Dah macam-macam cuba?….mungkin anda hanya perlu kembali kepada Basic Needs Of Human Body…..
Iaitu nutrien asas yang sebenar-benarnya badan kita perlukan untuk memastikan sistem pembiakan berada pada tahap produktif dan berkembang sihat tanpa sebarang rencatan dari segi hormon dan kualiti sperma dan ovum yang dihasilkan.
http://numivitashope.com/set-kesuburan-lelaki/
https://www.facebook.com/faizah.zulkfili
|
|
|
|
|
|
|
|
girly.. posted on 16-1-2014 06:06 AM
huhuhu... dah bt dah smlm... sakit nyer.. huhuhu...
kat gomen la.. private... hrm.. ...
brapa lm proses awk dr mula g hosp smpai dpt buat hsg tu?sy br kli ke-2..xtau lg apa next step.next week nk amek keputusan ujian darah..pastu xtau lg kena wt pe..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 24-1-2014 09:45 AM
brapa lm proses awk dr mula g hosp smpai dpt buat hsg tu?sy br kli ke-2..xtau lg apa next step.nex ...
Lipan Bara sori .. lambat reply ..
sy actually alhamdullilah dah ada 2 anak dah. sepasang. sorang 10 yrs, sorang lagi 5 yrs. teringin nak conceive yng last.. n dis year would be my final year. if xde.. sy pasrah. yelah akak ni pon dah 35 yrs. badan dah x segagag dl .
Sy ni mmg ssh sikit la nak pregnant. dah ketentuan Ilahi.. redha tp ttp berusaha. Nak dpt yg 1st tuh pon sy buang fibroid dl. 2 bln lepas opt br pregnant. yng 2nd pon sama. ada cyst plak. tp alhamdullilah sy berjaya pregnant n cyst tuh mengecut sendiri. tp gap anak sy 5 yrs la.
La ni anak dah besar. sibuk tny nak adik lg. sy n suami berusaha la. tp 2011 ada pulak cycst. operate sekali lg. Buat laporoscopic. then asik f/up kat Melaka GH, klinik O & G. HSG ni kiranya 1st time sy bt. Kebetulan time sy p f/up tuh sy tgh period. so Dr kata x pyh tggu Q buat apt kat Xray dept, minggu berikut nyer sy dpt la bt HSG. Dr Xray tuh ckp tube girly ni 2-2 ok. tp ntahlah... bulan 4 nanti br jumpa pakar semula. tgklah apa advice dorang. Harap2 ada lah rezeki. xper. kita berusaha kan...
Lipan bara dah ada anak ke belum??
|
|
|
|
|
|
|
|
naina posted on 23-1-2014 04:06 PM
Sy buat kt damansara specialist
Nurse 2 org n sorg doc sume pmpuan
xsakit pon..kena relax jgn ke ...
sy byk g kt bidan2 kampung sblum cuba dkt hosp gomen ni...bidan2 kata rahim sy cantik..cuma saluran tu tllu byk lemak..hehe..mgkin sbb perut sy agk buncit..hihi...so membataskan pergerakan benda tu nk sampai..hehe..so bidan pon advise soh kuruskan badan..hehe..klu buat hsg ni boleh pbesarkan saluran tiub kita ker? |
|
|
|
|
|
|
|
girly.. posted on 24-1-2014 03:57 AM
Lipan Bara sori .. lambat reply ..
sy actually alhamdullilah dah ada 2 anak dah. sepasang. sora ...
ooo...girly dh ada anak dah..sy xder lg..huhu..bln 3 ni genap 2 thn kawen.. |
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 24-1-2014 09:59 AM
sy byk g kt bidan2 kampung sblum cuba dkt hosp gomen ni...bidan2 kata rahim sy cantik..cuma salura ...
InsyaAllah boleh.sbb yelah kte brtahun2 mkn mcm2kan..tp klu lemak tu tebal sgt bole jd blokage.
Klu bidan ckp cmtu so okla..sbb sy pon sblum rwtn hsg ada jmpa bidan n pgng2 j xurut pon sbb mereka kata ok
xnk kaco lg sbb lom beranak..
awk doa byk2 k..insyaAllah xde pe tu..mnum air msk byk2 k
|
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 24-1-2014 10:02 AM
ooo...girly dh ada anak dah..sy xder lg..huhu..bln 3 ni genap 2 thn kawen..
xper. isnyaallah ada rezeki. faktor umur pon main peranan gak. akak ni dah le debab perut bukan setakat buncit.. tp dah mcm org peknen dah dik oiiii.... tp rezeki ttp dr Allah.. kita berusaha & bertawakal. Yang lain2 tu kerja yang Esa. bersebab dia bg dia anak ramai, anak x ramai, lambat n cepat dik. janji kita berusaha.. bukan meratapi jer. btl x.
|
|
|
|
|
|
|
|
hsg ni mcm ner ye..dh bce pun xbpe fhm?msokkn air utk tgk tiub kite ok ker x eh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|