CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 6

Senjata baru VGM 2013

[Copy link]
Post time 12-7-2013 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Golf

MODEL sulungnya dilancarkan pada 1974 di mana Volkswagen Golf diilhamkan untuk menggantikan Volkswagen Beetle sebagai satu cara pengangkutan peribadi yang lebih berpatutan untuk orang ramai.

Walaupun Kumbang masih dekat di hati ramai pemilik VW, Golf turut tersingkap dalam kenangan  berjuta-juta pemandu selama bertahun-tahun dengan nombor mengejutkan. Angka 29 juta adalah bilangan kenderaan Golf yang telah terjual sejak penubuhannya.

Ia adalah dominator mengukuhkan kedudukan kuasa. Kehadirannya diharapkan dapat mengulang kesuksesan yang pernah diberikan oleh generasi Golf sebelumnya. Tiba di pasaran negara dalam bentuk MKVII, Golf baru ini didedahkan di Berlin pada 4 September 2012, sebelum pelancaran kepada umum di Paris Auto Show 2012. Ingin tahu apa saja kelebihan yang dimiliki hatchback asal Jerman ini, mari kita kupas satu-persatu.

Semuanya dipanjangkan kecuali ketinggian!

Ia merupakan sukses kepada generasi ke-6 yang dibangunkan dan direka baru sepenuhnya. Oleh kerana itu, kereta Golf MKVII ini menggunakan platform MQB (Modular Transverse Matrix) yang juga digunakan pada Audi A3 dan Skoda Octavia.

Menggunakan keluli monokok sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada pengurangan berat badan Golf. Bagi kes di Malaysia, model Golf menerima pengurangan berat sehingga 80 kilogram antaranya di bahagian enjin, struktur badan dan kotak gear.

Gosip sebelum ini yang menyatakan ia berdimensi lebih besar dan berwajah lebih agresif sejak tertangkap basah ketika dipandu uji di Eropah sebelum ini adalah benar!.

Generasi ke-7 ini lebih panjang 56 milimeter (mm) berbanding model sebelumnya dan jarak rodanya juga turut berubah kepada 2673mm dengan penambahan 59mm. Peningkatan berkenaan memberikan ruang kaki yang lebih besar.

Tidak terhenti di situ, kelebihan diteruskan ke bahagian dalam di mana ruang kaki belakang telah berkembang 15mm, walaupun sebenarnya kerusi hadapan telah berpindah 20mm untuk menampung penumpang tinggi.

Malah, lilitan platform yang lebih luas bermakna ruang bahu dan siku meningkat sebanyak 31mm dan 22mm masing-masing. Walaupun ketinggian telah dikurangkan 28mm, masih terdapat ruang kepala yang cukup.

Untuk mereka yang sering membawa barangan yang banyak, tidak perlu risau lagi kerana Volkswagen telah meningkatkan ruangan but sebanyak 30 liter. Secara fizikal, Golf telah berkembang dalam setiap dimensi kecuali ketinggian.

Dari segi rupa, bahagian hadapan tidak banyak berubah dari Golf MKVI. Lampu belakang telah hilang garis bulat dan diikuti lampu hadapan yang nipis  dengan tatapan yang tajam.

Manakala roda hadapan dilanjutkan ke depan  untuk mengurangkan overhang dan memberikan rasa bahawa terdapat bonet lebih panjang dan kabin yang dipanjangkan ke belakang.

Seperti biasa, evolusi adalah kunci penting untuk reka bentuk Golf. Kita ketahui kejayaan Golf terletak dalam kesinambungan.

Ia cukup benar, jika anda keluarkan semua lencana VW itu pasti anda boleh memberitahu ia adalah Golf baru.

Kabin

Masuk ke bahagian kabin, penggunaan warna hitam di seluruh papan pemuka dan peningkatan penggunaan krom gelap mengelilingi menyumbang kepada suasana dalaman yang lebih baik. Ia juga merupakan satu kejutan yang menyenangkan bahawa Golf MKVII juga menetapkan satu penanda aras baru untuk hiburan dalam kereta dan teknologi kabin termasuk ciri-ciri yang sehingga kini dikhaskan untuk jenama dalam hierarki Volkswagen.

Lupakan sejenak kesesakan jalan raya kota dan rasakan kenyamanan di dalam kabin VW Golf 1.4 TSI yang lapang. Di bahagian konsol tengah anda akan menemui skrin sentuh berwarna 5.8 inci Composition Media dengan sensor proximity.  Turut tersedia sebagai standard adalah sambungan USB, AUX dan kad SD serta Bluetooth bersama lapan pembesar suara.

Selain ruang simpanan pada glove box, tepi pintu dan konsol tengah, turut tersedia ruang simpanan yang tersembunyi pada perehat tangan hadapan yang boleh dilaraskan sehingga 100mm panjang dan lima peringkat ketinggian.

Sementara itu, bahagian stereng turut dilengkapi kawalan audio, paparan multi-fungsi dan pedal shiftter yang dioperasi secara manual melalui sentuhan kecil.

Jangan dipandang remeh akan kemampuan

Apa yang terbentang di bawah hud, bagaimanapun lebih penting berbanding rupa paras di luar. Bicara soal enjin memang tak sebesar varian saudaranya dengan lambang GTi, tapi jangan sekali-kali meremehkan tenaga yang tersimpan di dalamnya. Meskipun hanya memiliki kapasiti enjin 1.4 liter bercas turbo tanpa supercharge, kuasa yang dihasilkannya penuh dengan kejutan. Walaupun kuasa kuda dikurangkan sebanyak 20hp dan tork ditingkatkan kepada 10Nm, diajak memecut, Golf tetap cergas.

Lagi kejutan yang dihadirkan VW Golf 1.4 TSI iaitu harganya yang boleh dikatakan cukup terjangkau untuk ukuran kereta Eropah dengan segudang kelebihan yang dimilikinya. Ditambah kecekapan bahan bakar yang tak terlalu mendesak isi dompet anda.

Berpeluang menjadi antara yang pertama memandu Golf MKVII ke Pulau Pinang, satu perkara yang begitu mengagumkan ialah jentera Jerman ini cukup ekonomikal.
Untuk perjalanan pergi sejauh 298.4 kilometer melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan jalan lama dari Bukit Beruntung ke Slim River, Golf memberikan penjimatan 10.1 liter per 100 kilometer. Setibanya di Georgetown, Pulau Pinang, minyak yang tinggal masih boleh pergi sejauh 110km.

Berbeza pula ketika pulang, saya merekodkan angka baru sekitar  11.7l/100km melalui PLUS dengan baki minyak sama seperti pergi. Itu pun diperoleh dengan pemanduan yang sangat agresif kerana ingin mendapatkan pecutan dan kelajuan maksimum ditambah suhu pendingin hawa rendah dan berat muatan 132kg (dua orang dan beg).

Ia masih menjimatkan. Perkara berkenaan turut disumbang pada taq nama BlueMotion di belakang Golf. Teknologi BlueMotion dibangunkan VW pada 2007 yang memberikan penjimatan penggunaan bahan bakar tanpa menjejaskan prestasi. Ciri penting dalam Bluemotion termasuklah bahagian enjin dan ekzos yang menyumbang kepada penjimatan minyak.

Dari segi kuasa yang diberikan, TSI (Turbo Stratified Injection) bekerja sangat maksimum ketika pendikit di injak dalam. Kekuatan yang dihasilkan setara dengan enjin sesaran 2.3 liter tanpa turbo. Kekuatan kereta ini tak berhenti sebatas tenaganya yang buas. Berkat kotak gear 7-kelajuan DSG menjadikan pindahan gear  halus dan cepat hampir tidak ada sentakan.

Sensasi berbeza juga ditawarkan ketika tuas transmisi dipindahkan ke posisi ‘S. Kereta langsung menghempas walaupun dalam posisi permulaan diam. Sementara, faktor bunyi angin hanya dapat dikesan pada kelajuan 140 km/j ke atas.

Sedangkan untuk kestabilan dirasa cukup mampan, sudah dilengkapi dengan Electronic Stability Program (ESP) sehingga ketika diajak berlayar ia tidak kehilangan tarikan.

Peringkat keselesaan juga tinggi ketika memecut, menggunakan tayar 205/55 R16 dan suspensi independent multi-link, ia menyerap keadaan jalan yang tidak rata dan beralun dengan baik. Cuma olengan badan dirasakan sedikit banyak oleh kerana memandu laju.

Bagaimanapun sebaik memasuki lebuh raya, olengan badan tidak hadir, kawalan stereng juga cepat dan tepat tetapi boleh melakukannya dengan maklum balas yang lebih sedikit.

Sekali lagi melalui jalan bandar dengan keadaan trafik yang sesak dan berhenti di lampu isyarat anda akan mendapati sistem enjin start/stop beroperasi sebaik brek ditekan habis. Simbol A dapat dilihat menerusi paparan pada meter yang menunjukkan ia dihidupkan. Aplikasi berkenaan sama ditemui pada kenderaan hibrid.

Walaupun enjin berhenti, pendingin hawa masih berjalan. Dan sebaik ingin bergerak anda mungkin terasa satu sentakkan yang kurang menyenangkan (seperti yang terjadi pada saya). Ia berlaku kerana saya menekan pendikit terlalu cepat sebaik melepaskan brek. Sebagai info sistem enjin start/stop hanya berfungsi selepas 25 minit bergerak.

Dengan harga terjangkau dan segudang kelebihan yang dimilikinya, maka pantaslah Golf menjadi yang terbaik dalam kelasnya. Ia mempunyai beberapa sistem keselamatan baru, termasuk sistem multi-perlanggaran brek automatik yang membrek kereta selepas kemalangan dalam usaha untuk mengelakkan pertembungan kedua, kawalan jelajah termasuk fungsi brek kecemasan dan sistem letak kereta automatik serta auto hold.

Golf baru adalah sebuah kereta yang sangat disukai yang mampu untuk menyediakan pengangkutan selesa untuk lima orang. Ia mempunyai banyak ciri-ciri praktikal yang menjadikan ia sebagai kereta harian dan juga perjalanan jauh.  

Model ketujuh ini juga boleh menjadi salah satu kereta Golf terbaik dari Volkswagen dalam sejarah 38 tahun kereta. Dijual pada harga RM157,888, ia masih berbaloi jika dibandingkan dengan ciri yang dilengkapi dan ekonomi bahan api yang ditawarkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 12:42 PM | Show all posts
mahalnya harga kereta
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 01:14 PM | Show all posts
mahal tapi berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 05:09 PM | Show all posts
walawei....terbaik...hensem betul kereta ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:13 PM | Show all posts
dgr cite gearbox DSG dia bermasalah kalau selalu merembat

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:16 AM | Show all posts
klu selalu merembat, pastu xmaintain semua ketepun barai bro... ;(
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 10:20 AM | Show all posts
mahal le..baik amek altis baru tu....136k kire ok la kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.190719 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list