View: 2311|Reply: 2
|
Tengku Abdullah: Langkah Revington dipuji
[Copy link]
|
|
Revington
PRESIDEN Konfenderasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan keputusan Paul Revington untuk meneruskan khidmatnya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan itu kerana mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap barisan pemain negara.
Mengakui lega dengan keputusan yang diambil oleh jurulatih berasal dari Afrika Selatan itu, Tengku Abdullah juga menganggap ia satu tindakan yang positif memandangkan pasukan hoki negara itu mempunyai misi bagi melayakkan diri dalam kelayakan Piala Dunia 2014.
Ini kerana katanya, dengan ada bimbingan daripada Revington, peluang pasukan hoki negara untuk mara lebih jauh akan terbuka.
"Saya percaya dia mempunyai keyakinan dengan pasukan kita dan sudah tentu dia tahu apakah tekanan-tekanan akan dialami oleh pemain jika membuat keputusan sebaliknya.
"Ini kerana ia sudah tentu memberi tekanan kepada pemain pasukan kita dan juga pihak hoki sendiri memandangkan kita kesuntukan masa.
"Lagipun, peracangan kita adalah memastikan pasukan berjaya di kejohanan Johor dan kejohanan Asia di Ipoh nanti, itulah sasaran pasukan hoki negara," kata Tengku Abdullah kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-8 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.
Kejohanan tersebut merupakan salah satu pentas untuk Malaysia memburu tiket ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Revington yang bersetuju meneruskan khidmat sebagai ketua jurulatih kebangsaan.
Semalam, ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Paul Revington bersetuju meneruskan khidmat sehingga kontraknya tamat.
Keputusan itu dicapai dalam satu pertemuan tertutup antara Revington dengan presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Zolkples, Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi dan pengurus pasukan George Koshy itu berlangsung di Shahzan House, Jalan Ampang.
Mengenai kontrak Revington, kemungkinan akan dilanjutkan sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada 2016 jika perlu.
Ditanya adakah MHC ada memberi jaminan kepada Revington sehingga mendorong jurulatih itu menarik balik keputusan daripada meletak jawatan, Tengku Abdullah menafikan tanggapan itu.
"Tiada syarat diletakkan oleh Revington, kita sama-sama bersetuju dengan apa yang dibincangkan.
"Beliau juga bersetuju meneruskan tanggungjawab jurulatih, dan keputusan itu membuatkan pemain berpuas hati dengan kesanggupannya untuk terus membimbing pasukan hoki negara," ujarnya.
Pada masa sama, Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM turut berharap agar semua pihak melupakan perkara yang lepas dan kembali fokus apa yang dicanang oleh pasukan hoki negara.
"Cuba melupakan perkara yang lepas, pandang ke hadapan dan fokus. Saya juga berharap pihak yang terlibat memberi kerjasama dan jangan membawa masalah atau salah faham.
"Sekarang apa yang kita perlu buat adalahg membantu Revington sebagai jurulatih kebangsaan," jelas beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman posted on 19-7-2013 10:32 PM
Jurulatih terbaik selepas Pual Lissek
Sebenarnya Paul Lissek tu agak biasa bagi jurulatih Eropah
Paul Revington still the best coz dia tidak rigid dlm corak latihannya berbanding Paul Lissek yg terlalu mengutamakan corak permainan Eropah sehingga Mirnawan n the geng hilang kreativiti utk mencorakkan permainan ketika menentang lawan...
Pada aku, the magic touch yg masih ada adalah anak jati tempatan kelahiran Melaka.. (kalau tak silap)..
Stephen Van Huizen...
Stephen Van Huizen ni lah yg bawak Malaysia layak secara merit ke Olimpik 2000 hingga kita digelar pakar seri dunia.
Corak permainan Malaysia ketika itu merupakan campuran Asia-Eropah kerana sebelum itu Stephen Van Huizen adalah asisstant coach utk Paul Lissek.
Selepas tu sukan Asia 2010, Stephen dilantik sekali lagi dan sejarah terciptabila skuad hoki Malaysia dpt pingat perak...
Corak Paul Lissek - defensive, ball possession dan short pass
Corak Paul Revington - attacking style, long pass dan individual skill
Corak Stephen Van Huizen - defensive, individual skill dan agility.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman posted on 23-7-2013 09:26 PM
MAna pegi Stephen VAn huizen sekarang??,....
Dia telah dinaikkan pangkat oleh MHC dan jawatan terkini beliau adalah Coaching Cordinator or Penyelaras Kejurulatihan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|